Assalammualaikum..
hari ni aku nak share satu kisah cinta islamik gitu yg boleh memberi teladan dan pengajaran pada kita..memang best baca cerita ni..so apa lagi jom sama2 kita baca..Korang pernah baca atau mendengar kisah islamnya Salman Al-Farisi?Kisah pengembaraan Salman Al-Farisi dari satu tempat ke satu tempat yg lain untuk mencari agama yang benar,agama Islam. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran..Sebagaimana hebatnya kisah pengembaraan Salman Al-Farisi mencari islam,agama yang benar,begitulah juga kisah cinta Salman Al-Farisi.
Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti dibibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita Solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya2 indah bak lakaran pelangi..penuh warna dan cinta...
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
"Subhanallah..Alhamdulilah"terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda, tanda ta'ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini. Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
"Saya adalah Abu Darda dan ini adalah saudara saya Salman Al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah S.A.W hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya" berkata Abu Darda kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
"Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya" wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
"Silakan tuan..." balas Abu Darda.
Selepas beberapa minit berlalu, datangla walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya. "Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan"
"Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda S.A.W yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur" kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman Al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus. Subhanallah.. jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman Al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi/tempat Salman Al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman Al-Farisi:
"Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti" dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil. "Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!" air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.Itulah jawapannya..reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati..sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi S.A.W yang utama tetapi rahmat kasih sayang Illahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus Memberi..
Salman Al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja iaitu Memberi. MemBeRi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki..tidak haloba dengan apa yang tiada. Salman Al- Farisi yang sangat mulia darjatnya disisi Rasulullah itupun diuji sedemikian hebat apabila pinangannya ditolak dan tambah mengejutkan lagi, teman baiknya yang dijadikan orang tengah itu yang menjadi pilihan si gadis solehah. Itulah bukti akhlak Islamiyyah yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita sebaik sahaja apabila diuji atau menerima sesuatu berita yang kurang menyenangkan. Jika kita sedikit terkilan dan rasa nak marah pada mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang terbaik lagi. Tapi reaksi pertama yang hadir tanpa kita berfikir panjang itu adalah aras ukur tahap akhlak kita yang sebenarnya. Sebabnya reaksi itu hadir secara semulajadi dan yang semulajadi itulah akhlak kita yang sebenarnya..
Apakah reaksi anda jika berada di tempat Salman Al-Farisi?Masihkah mampu MEMBERI dengan senyuman ikhlas?Sumber
p/s-sorry tulisan besar kecik hehe ada kesilapan teknikal sikit haha..
mulia sungguh akhlak sahabat rasulullah...kalau sekarang mungkin siap kuar paper..masuk mahkamah...dan dan terus sue!
BalasPadamjemput join sini untuk dapatkan hadiah menarik :
BalasPadamhttp://musyuxmusyux95.blogspot.com/2012/08/i-love-blogging-giveaway-by-wawa.html
bagusnya sebab dapat terima penolakan macam tu dengan ikhlas.. :)
BalasPadamitulah cinta yg paling mulia. sekarang ada lagi tak mcm ni ek? impossibble. huhu..
BalasPadamhebatnya Salman Al-Farisi....
BalasPadammasih adakah lelaki sesabar dia..?
Semooga masih ada
Padambaiknya Salman Al Farisi.sabonye dia.huh kalo gua terkejut amat!org lain yg nk kawen,org lain yg dpt calon.hihikk
BalasPadammemang hebat...
BalasPadamZaman skang susah nak cari sahabat semulia tu kan!
BalasPadamZaman sekarang susah nal jumpe org cm tu kan
BalasPadam..
Tetap ada org mcm tu zaman sekrng.. Allah dh jNjikan..cima mereka yg terbaik
BalasPadam