-->

10 Mei 2014

Jawapan Jom Teka Mata Siapakah Ini?


Assalammualaikum..
Okey inilah Jawapannya-

1- SriDevi
2- Madhuri Dixit
3- Juhi Chawla
4- Karisma Kapoor

Itulah jawapannya..Tahniah pada Deqla..kerana berjaya meneka dgn tepat hehehe. Tapi hadiahnyer xdelaa kan sbb teka suka2 jer ni hehe. Apapun terima kasih pada yg sudi join meneka sekali. Jom terjah Blog diorang ni k.

Read More »

9 Mei 2014

Jom Teka Mata Siapakah Ini?

Mata Siapakah ini??

Assalammualaikum..
Ada Sesape nak teka gambar mata siapakah kat atas tu..??
Klue->Pelakon Wanita Bollywood Yang Popular Dari Dulu Hingga Sekarang dan masih aktif berlakon hingga kini. Cer Teka Mata Siapakah itu??hihihi
Read More »

7 Mei 2014

CPUV Nuffnang : IKEA

Assalammualaikum..
Tadi ada check Nuffnang n tgk2 ada CPUV lak yg melekat di blog ini..yessza Alhamdulilah..Terima Kasih Nuffnang.. & IKEA.
So pada kengkawan semua jemput2lah n sudi2 kanlah Klik2 Iklan2 Nuffnang di blog ini yer..Terima Kasih juga pada semua yg sudi klik2 iklan di blog ini, jasa korang amat dihargai =)
Read More »

6 Mei 2014

Sinopsis Drama Kusinero Cinta Astro Mustika HD

Assalammualaikum
Pastinya ramai x sabar nak tengok drama ini kan sebab ada Jericho Rosales, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Ni drama melayu pertama Jericho Rosales, sebelum ini die pernah berlakon dlm beberapa babak dalam filem Bilut. Apapun drama ni mesti meletop punye hehe, perkataan Kusinero adalah dari bahasa Tagalog (Filipina) yang bermaksud Chef Lelaki. Drama ini mempunyai 60 episod dan akan disiarkan di channel 134 Astro Mustika HD setiap isnin-rabu. Jom layan Sinopsis drama ni k.
Sinopsis Kusinero Cinta

Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya. Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana. Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.
Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne. Apa yg terjadi seterusnya? kenalah tengok drama Kusinero Cinta.
Read More »

4 Mei 2014

God's Gift - 14 Days (Korean Drama Review)

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yg berjudul God's Gift- 14 Days. Drama ini mempunyai 16 episod dan dibintangi oleh Lee Bo Young, Jo Seung Woo, Kim Tae Woo, Jung Gyu Won, Baro dll. Drama ini bergenre suspen thriller, penuh dengan tanda tanya dan ala2  penyiasatan gitu. Lee Bo Young yg sebelum ini cemerlang dengan drama lakonannya yg popular iaitu I Hear Your Voice kini kembali dengan memegang watak sebagai seorang ibu buat pertama kalinya dalam karier lakonannya. Setiap episod dlm drama ini akan membuat kita suspen dan berteka teki siapakah penculik/pembunuh sebenar kerana semua watak boleh dianggap suspek.
Aku rasa drama ni patut dipanjangkan lagi maybe menjadi 17-18 episod sebab final episod drama ini nampak macam tergesa-gesa dan semua jawapan kepada semua persoalan dipadatkan dalam episod akhir . Hal ini menyebabkan episod akhir drama ini jadi sedikit kelam kabut. Teringin nak tahu apa yg jadi kat isteri Perdana Menteri yg berkomplot dengan Timbalan Menteri yg jahat tu sedangkan Pdana Menteri x tahu apa2 pun. Selain itu ramai yg keliru dan konfius dengan ending drama ini adakah hero drama ini mati di akhir cerita ataupun die hidup. 
Kalau ikut logik, die patut hidup, tapi mungkin gak mati. Pening nak pikir sebab ending cite ni terbuka dan terpulang pada penonton untuk mentafsirkannya dan membuat ending masing2. Rasanya penulis skrip patut bagi ending yg jelas. Ingatkan watak Lee Bo Young sbg Kim Soo Hyun akan bercinta dan berkahwin dgn Ki Dong Chan pada akhirnya tpi takde sebaliknya hero lak x tahu hidup ke mati. Apapun memang syok lyn drama ni sbb sentiasa suspen jer. Jom layan sinopsis drama ni k..
Kim So Hyun adalah ibu kepada Saet Byul yang telah diculik dan dibunuh. So Hyun tak dpt menerima kenyataan yg anaknya telah mati lalu cuba untuk membunuh diri sendiri. Walaubagaimanapun satu keajaiban telah terjadi, dimana So Hyun telah diberi peluang utk ke 14 hari yg lalu dan cuba utk menyelamatkan anaknya. So Hyun dibantu oleh Ki Dong Chan yg merupakan seorang bekas polis. Ki Dong Chan membantu So Hyun disebabkan kes peculikan dan pembunuhan anak So Hyun ada kaitan dengan hukuman yg bakal dijalani abangnya di penjara. Maka Mereka berdua sama2 mencari dalang yg sebenar dan akhirnya menemui satu rahsia besar dan mendapati ramai yg berkomplot dlm kes ini. 
Sepanjang penyiasatan, So Hyun juga mengetahui 1 kebenaran iaitu mengenai kecurangan suaminya dan menyebabkan rumahtangganya menjadi retak. Manakala Ki Dong Chan pula mula menaruh hati pada So Hyun, Adakah So Hyun berjaya menyelamatkan anaknya? dan mampukah Dong Chan menyelamatkan dan membuktikan abangnya tidak bersalah dan terselamat dari dihukum gantung? kerana hakikatnya abangnya memang tidak bersalah. Nak tahu Kenalah tengok cerita ni k.
Aku bagi 3.6 bintang untuk drama ni..jom baca review drama korea yg lain dibawah ini..

Review Drama Lakonan Lee Bo Young Yang Terdahulu-

Review Drama Lakonan Jung Gyu Won Yang Terdahulu-



Read More »

2 Mei 2014

Kesempurnaan Yang Sebenar

Read More »

29 Apr 2014

Lagu & Lirik Masih Mencintainya - Papinka


Assalammualaikum..
Sedap gak lagu ni, layannn jer k..

Lirik 

Jika teringat tentang diri mu

Berlinang air mata ku
Ku rindu saat-saat bersama mu
Kasih sayang mu pada ku

Kini kau bukan milik ku
Dan berakhir sudah cinta ku
Biarkan saja hati ku bicara
Ku masih sayang pada mu

Aku selalu mendoakan mu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hati mu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hati ku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya


Read More »

27 Apr 2014

Fizz Fairuz & Almy Nadia Telah Selamat Bernikah

Assalammualaikum..
Setelah menempuh pelbagai halangan dalam percintaan mereka, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah selamat bernikah dan kini mereka sah bergelar Suami Isteri. Majlis akad nikah mereka berlangsung di Pulau Pinang.
Tahniah buat Fizz Fairuz dan Almy, moga jodoh berkekalan hingga ke akhirnya dan bahagia selalu..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017