-->

23 Mac 2015

Explanations

-Agree-
Read More »

22 Mac 2015

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015

Assalammualaikum..
21 Mac yang lalu berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 DFKL2015. AG dan Yana Samsuddin bertindak sebagai pengacara/hos DFKL 2015. Antara kejutan yang berlaku Keputusan Anugerah DFKL ini adalah apabila Ayda Jebat tewas ditangan Amyra Rosli namun Ayda tetap cool jer, lagipun drama lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin iaitu Rindu Awak 200 peratus tetap menang besar. Antara moment yang paling kelakar masa Sharnaaz Ahmad terpaksa umum pemenang untuk kategori yang dirinya juga tercalon hahaha. Tak leh bayang kalau masa Sharnaaz tengah nak umum pemenang tetiba die yang menang, kiranya macam umum diri sendiri, mesti janggal giler dan lawak gak hihi. Apapun Zul Ariffin yang menang.

Walaubagaimanapun Sharnaaz x pulang dengan tangan kosong, Sharnaaz turut menang bersama Nelydia Senrose gitu. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015 dibawah ni k..
Senarai Pemenang DFKL2015

Penulis Skrip Drama Pilihan
Nieza Nahar – Rindu Awak 200%
Barisan Pelakon Drama Pilihan
Selamat Pengantin Madu
Pengarah Drama Pilihan
Aidilfitri Mohamed Yunos – Rindu Awak 200%
Pelakon Lelaki Drama Pilihan
Zul Ariffin – Rindu Awak 200%
Pelakon Wanita Drama Pilihan
Amyra Rosli – Kristal Maya
Hero Dan Heroin Drama Pilihan
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Drama Pendek Pilihan
Luahan Abah (Muhamad Haizad Hashim)
Drama Pilihan 
Rindu Awak 200% (Creative Skill Solution)
Read More »

21 Mac 2015

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa Astro Ria

Assalammualaikum..
Drama Isteri Separuh Masa adalah drama terbaru di Astro Ria, drama ini menggantikan drama Suamiku Encik Sotong yang telah tamat episodnya. Drama Isteri Separuh Masa ini adalah adaptasi daripada Novel karya Suri Ryana dan versi dramanya diarahkan oleh Michael Ang. Drama ini mempunyai 15 episod dan dilakonkan oleh Aiman Hakim, Emma Maembong, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Shafiq Kyle dan ramai lagi. Aku dah tengok episod pertama drama ni hari tu, memang nampak macam best jer hehe. Apapun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Read More »

20 Mac 2015

CPUV Nuffnang - MCMC: Klik Dengan Bijak & DiGi Project Byte

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu MCMC: Klik Dengan Bijak & DiGi Project ByteTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

Sinopsis Drama Ajaibnya Cinta Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Ajaibnya Cinta ini adalah drama terbaru untuk Slot Lestary bagi menggantikan drama Delina yang telah tamat episodnya. Drama Ajaibnya Cinta ini juga adalah kesinambungan bagi drama Spain Uolls yang ditayangkan pada hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Drama ini juga mengekalkan kesemua pelakonnya seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani, Erma Fatima, Dato Rahim Razali dan ramai lagi. Drama Ajaibnya Cinta ini akan bersiaran setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam di Tv3. Apapun jom layannn Sinopsis drama ini kat bawah k..

Sinopsis Drama Ajaibnya Cinta

Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga pada Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya. 
Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.
Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.
Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia. 
Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa. 
Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu. 

Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat. 
Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya. 
Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. 
Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif?

Read More »

18 Mac 2015

Kad Kahwin Sudirman Haji Arshad




Kad kahwin Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad. Memori berharga yang dikongsikan oleh Mr. Ooi Eow Jin, sahabat karib Sudirman dan yang pertama menulis lagu untuk Allahyarham Sudir melalui lagu Gerimis Di Lautan.

Sumber:- Facebook SINAR.FM

P/s- Cantik tulisan tangan Allahyarham Dato' Sudirman.
Read More »

CPUV Nuffnang - 9 Seputeh CNY Video Media & British Council Education

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu 9 Seputeh CNY Video Media & British Council EducationTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

16 Mac 2015

5 Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Rasulullah SAW

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017