-->

24 Sep 2015

Hadiah Khas Untuk Aku


Assalammualaikum..
Dah lama dapat hadiah ni semua, baru hari ni sempat buat entry hehe..Terima Kasih buat semua pengirim hadiah ni. Gembira bila sesekali dapat hadiah hehehe. Hadiah kat atas ni dikirimkan dari luar negara gitu, aku dapat hadiah diatas sebab menang satu Giveaway sebelum ini. Alhamdulilah rezeki kan..Terima Kasih byk2 saudari Sofina. Hadiah kedua kat bawah ni aku terima dari kawan baik den iaitu kakak kesyganku hehe, kiteorang ni mempunyai hobi yg sama gitu. Terima kasih kak atas hadiah ni yer..
Read More »

20 Sep 2015

Ciri-Ciri Penggemar Makanan Hot & Spicy

Assalammualaikum..
Sape kat sini suka makan makanan yang pedas?? 
Aku adalah salah seorang daripadanya, memang hantu pedas hihi, kalau takde makanan yang pedas2 depan mata mmg tak sah, tak lalu nak makan makanan jenis sup2 ni semua. Ingat lagi masa kat Universiti dulu, dalam banyak kawan2 aku ni aku laa yang paling tahan makan pedas2 ni, member2 semua tahu dah perangai aku, kalau nak suruh diorang tolong belikan makanan ker apa ker, diorang dah tahu nak letak kuah aper hihi. Paling tak boleh lupa masak housemate aku buat sambal belacan yang mana die tak sengaja terbuat sambal belacan tahap pedas yang memang dasyat hahaha. Aku dengan yakinnya pun releks ler makan, tapi serius memang pedas habis sampai aku pun surrender nak makan sambal belacan tu hahaha tapi dalam masa yang sama sayang plak nak tinggalkan sambal belacan tu tapi apa boleh buat tahap kepedasan die agak giler2 hihi.
Apapun makan makanan pedas ni ada kebaikan dan keburukannya juga so sama2 lah kita seimbangkan. Kalau korang nak tahu sama ada korang ni mempunyai Ciri-Ciri Penggemar Makanan Pedas atau tidak, korang bolehla try tengok dan baca kat bawah ni sama ada korang tergolong dalam kategori Penggemar Makanan Pedas ni, just klik jer link kat bawah ni k..
Read More »

19 Sep 2015

Abam Tersingkir Di Minggu Ke-4 Super Spontan All Stars

Assalammualaikum..
Team Kungfu Kipidap kalah 2 minggu berturut-turut dan menyaksikan Abam tersingkir di minggu ke-4 mengikuti jejak langkah Nana yang tersingkir di minggu sebelumnya. Rata2 komen yang aku baca di Facebook, ramai yang terkejut apabila nama Abam Bocey diumumkan oleh Hos iaitu Dato Ac Mizal sebagai peserta yang tersingkir untuk minggu ini. Ramai yang menyangka dan berpendapat bahawa Uqasha yang patut disingkirkan bukannya Abam. Kalau tengok reaksi peserta dari team Silat Dongibab semuanya terkejut sebab tak sangka menang lagi minggu ini. Apapun all the best to Abam.
Antara game yang diorang main di minggu ke 4 Super Spontan All Stars ini adalah Keluar Masuk, Penterjemahan, Jurujual Langsung, Emosi Tak Stabil dan Cerita Atas Lantai. Agak2 minggu depan, team mana pulak yg akan kalah dan siapa pulak yang tersingkir yer?..
Read More »

18 Sep 2015

Trend Tudung Terbaru

Assalammualaikum..
Seperti yang semua tahu tudung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk mereka kelihatan bergaya dan cantik. Sekarang ini terdapat banyak seleksi tudung murah dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.

Oleh kerana golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.

Kalau kita lihat dengan lebih dekat trend tudung terkini untuk wanita semakin mendapat perhatian selepas wujudnya golongan pencinta fesyen pakaian Muslimah yang lebih dikenali sebagai hijabista. Malah dengan pengaruh yang datang daripada selebriti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza, Yuna dan Shila Amzah yang popular dengan imej berhijab ianya menaikkan populariti fesyen tudung di negara ini.

Semakin banyak pilihan rekaan untuk koleksi tudung terbaru wanita sekarang ini. Malah variasi warna dan corak juga boleh didapati hampir di mana sahaja!

Ramai juga wanita yang mencari tutorial menggayakan tudung wanita online di internet dan melalui video tutorial hijab di Youtube. Jika anda sedang mencari idea untuk menggayakan tudung bagi daily basis ke tempat kerja, majlis istimewa mahupun makan malam bersama si dia, di bawah ini ada beberapa gaya padanan tudung bersama pakaian Muslimah. Semoga ianya dapat berikan korang sedikit inspirasi!
Baju Kurung Moden

Baju Jubah Moden

Baju Fesyen Muslimah Top
Read More »

Sinopsis Filem Polis Evo

Assalammualaikum..
Filem Polis Evo akan mula ditayangkan di pawagam mulai 17 September ini dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Mimie Ernida dan ramai lagi. Filem Polis Evo ini diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Rasanya filem ni mesti dapat sambutan hangat sebab ada pelakon best dan popular yang menjadi teraju utama filem ini seperti Sam, Zizan dan juga Nora Danish. Lagu tema / OST Polis Evo ini bertajuk Evo dan dinyanyikan oleh Sonaone dan Joe Flizzow. Apapun jom layann sinopsis filem ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Polis Evo

Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.
Read More »

17 Sep 2015

Sinopsis Filem Kapsul

Assalammualaikum..
Filem Kapsul merupakan filem baru yang akan ditayangkan di pawagamn mulai 17 September ini. Filem Kapsul ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Dato Rahim Razali, Elly Mazlein, Jue Aziz, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi. Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membuat penampilan istimewa dalam filem Kapsul ini. Kehadiran filem Kapsul ini akan menambahkan serta memeriahkan lagi senarai filem2 yang berunsurkan sejarah dan kenegaraan di Msia ini. Aku memang bangga dengan kehadiran filem2 seperti ini yang mampu mendidik masyarakat agar menghargai apa yang kita ada selama ini. Tagline filem ini juga menarik iaitu "Kau perlu merasai untuk kau memahami". 

Antara keunikan filem Kapsul ini apabila ianya menggunakan 4 latar masa yang berbeza bagi memberi impak kefahaman maksimum tentang elemen kenegaraan kepada penonton. 4 latar masa tersebut adalah sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu, Era 1955 iaitu ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan ketikA era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jom layannn sinopsis filem ini kat bawah k..
Sinopsis Filem Kapsul

Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.
Read More »

16 Sep 2015

8 Chef Wanita Yang Paling Famous & Jelita

Assalammualaikum..
Menjadi satu bonus kalau seseorang wanita tu cantik pastu pandai masak pulak kan. Di kalangan Chef Wanita yang terkenal memang menjadi satu bonus kalau chef tersebut juga cantik, pastinya rancangan masakannya mahupun buku masakannya menjadi sebutan ramai sekaligus menjadikannya popular dan dikenali ramai. Salah seorangnyer adalah Farah Quinn, ingat lagi tak? Farah Quinn ni yang jadi juri Maharajalawak Mega 2014 dulu tu. Teringat plak tagline Che Lah salah sorang peserta MasterChef Msia dulu "Sape kata perempuan cantik tak pandai masak" hehehe. Oleh itu jom kita tengok dan berkenalan dengan 8 Chef Wanita (Celebrity Chef) Yang Popular dan juga Jelita kat bawah ni k..klik jer link kat bawah ni k..

Read More »

Buat Rileks Sudah..

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017