Rasanya ramai yang mengikuti Drama Menanti Februari yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 kan?. Semalam adalah episod ke 15 drama ini yang juga merupakan episod akhir drama Menanti Februari ini. Aku rasa jalan cerita drama ini menarik sebab bijak bermain dengan emosi penonton, lakonan pelakonnya seperti Zul Ariffin, Fathia Latiff dan Afiq Muiz juga best, aku paling suka dengan dialog Zul Ariffin yang melakonkan watak Arie tu, setiap dialog yang menyindir Edie dan Fiza tu memang sentap hehehe. Dari komen - komen yang aku baca di Twitter ramai juga yang emosi dengan ending drama Menanti Februari ini, ada yang suka dengan endingnya dan ada juga yang tak suka dengan endingnya. Aku rasa intanlah paling senang sebab dapat pilih dua - dua hahaha. Episod akhir drama Menanti Februari ini bermula dengan Fiza yang masih sukar untuk membuat keputusan untuk memilih Arie mahu pun Edie. Manakala Arie masih mendesak Edie supaya memulangkan Fiza padanya manakala Edie pula menanti keputusan Fiza. Hanya selepas Fiza melahirkan anak keduanya, barulah Fiza membuat keputusan untuk memilih Edie dan ini membuatkan Arie kecewa namun Arie menerima keputusan Fiza dengan tenang dan berlalu pergi.
Kesian juga pada Arie ni, Fiza patutnya tunggu lebih lama sedikit, mungkin dalam setahun sekurang - kurangnya selepas Arie hilang. Ini lepas 4 bulan Arie hilang, Fiza dah kahwin dengan Edie, manakala lepas 6 bulan lepas Arie hilang dan kemudian Arie dijumpai masih hidup dan kembali, Fiza dah pregnant pula. Cepat betul Fiza ni move on kan hahaha. Aku lebih bersimpati pada watak Arielah pula walaupun awalnya aku tak berapa suka dengan sikap Arie yang lebih mementingkan urusan kerjanya berbanding Fiza dan Intan tu. Tapi kalau Fiza pilih Arie pun, kesian juga pada Edie hahaha. Apa pun dah berakhir dah drama ini jadi tak payah nak emosi dah yeayyy..
Nampaknya kali ini giliran Novel Arluna karya Novelis Rin Ahmad yang akan diadaptasikan menjadi drama bersiri, yang akan disiarkan di Astro Prima, pada 8 Mei 2017 ini. Aku suka tengok muka depan / cover Novel Arluna ini, cantik betul kan, sejuk mata memandang hehehe. Tak silap aku ini kali kedua Novel karya Rin Ahmad diadaptasikan menjadi drama bersiri selepas Novel Aku Bukan Bimbo. Watak Johan Arif dalam Novel Arluna ini akan dilakonkan oleh Saharul Ridzwan manakala watak Nia Arluna / Nina akan dilakonkan oleh Anzalna Nasir. Adeline Tsen akan melakonkan watak Fazleen, Puteri Najuwa sebagai Hanna, Zoey Rahman sebagai Raziq dan ramai lagi. Jadi sambil - sambil tengok drama Arluna di TV itu, jomlah baca novel Arluna ini secara online, caranya dengan klik jer link dekat bawah ini ye. Korang boleh pilih nak baca online novel ini di blog penulis Rin Ahmad ke atau pun di penulisan2u. Selamat Membaca ye.
Telemovie Kuntom akan disiarkan di Slot Citra Exclusive Astro Citra dan Mustika HD pada 6 Mei 2017 ini. Telefilem Kuntom ini diarahkan oleh Osman Ali dan dilakonkan oleh Nora Danish, Hisyam Hamid, Fendy Bakry, Nadiah M. Din, Ainul Aishah dan ramai lagi. Telemovie Kuntom ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd, kalau tengok dari iklan telemovie ini yang sering disiarkan di Astro Citra tu, memang nampak menarik je telemovie ini, ini ditambah lagi kehadiran pelakon popular seperti Nora Danish dan Hisyam Hamid, jadi haruslah tengok telemovie Kuntom ini nanti kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.
Sinopsis Telefilem Kuntom
Kuntom, merupakan seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membuka sebuah kedai hijab. Dia terpaksa bersaing dengan Faris, tuan gedung besar di depan kedainya dan bermulalah perkara-perkara lucu diantara mereka. Tudung yang di design dan di jual oleh Kuntom mendapat sambutan daripada pembeli. Malah hubungan Kuntom dengan Faris juga semakin baik dan mereka saling jatuh cinta. Walaubagaimanapun Girlfriend Faris tidak berpuas hati melihat Faris rapat dengan Kuntom dan cuba melakukan sesuatu untuk memalukan Kuntom dan membuatkan Faris benci dengan Kuntom. Akibat terlalu kecewa, Kuntom kembali ke kampung dan kemudian kawan baik Kuntom meluhkan perasaannya pada Kuntom. Hal ini dirumitkan lagi apabila Faris datang ke kampung Kuntom untuk meminta maaf. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Berakhir sudah Maharaja Lawak Mega 2017 yang menobatkan kumpulan Bocey sebagai pemenang atau Juara Maharja Lawak Mega 2017. Ini bermakna Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega buat kali kedua secara berturut - turut, bermula dengan Juara MLM2016 dan kini juara MLM2017 pula, kiranya juara bergandalah kan hehehe. Tahniah diucapkan buat kumpulan Bocey, murah rezeki diorang kan, menang lagi tahun ini, walaupun mendapat saingan sengit dari finalis lain seperti kumpulan Puteh, Zero, Dzawin dan Shiro. Ramai juga yang tak puas hati apabila kumpulan Zero tidak menang mahupun berada dalam kelompok top three kerana Zero memperoleh tempat keempat untuk MLM2017 kali ini. Kumpulan Zero dikatakan agak konsisten sepanjang musim ini, namun markah dikira berdasarkan persembahan di malam final ini bukannya sepanjang 12 minggu MLM2017 berlangsung. Apa pun rezeki masing - masinglah kan, Kumpulan Shiro menjadi Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2017 ini, nampaknya kumpulan Shiro masih belum dapat merasa menjadi juara Maharaja Lawak Mega lagi, namun diharapkan kumpulan Shiro tidak berputus asa dan terus mencuba, begitu juga dengan peserta lain.
Ramai juga penonton yang sukakan persembahan peserta Solo dari Indonesia iaitu Dzawin, yang kelihatan agak menyerlah di malam Final ini, sekaligus berjaya menang tempat ketiga MLM2017 ini. Kumpulan Puteh pula mendapat tempat kelima, manakala tema untuk final Maharaja Lawak Mega 2017 ini adalah Bebas dan Muzikal. Kelihatan kumpulan Bocey agak menyerlah dalam kedua - dua sketsa mereka, namun aku lebih sukakan sketsa kedua mereka yang agak meriah dan happening itu. Manakala kumpulan Zero pula nampak menyerlah dan kreatif di sketsa pertama mereka namun sketsa kedua mereka kelihatan agak terlalu santai dan biasa. Kalau sketsa kedua mereka juga best, pastinya peluang mereka lebih cerah. Manakala Dzawin juga kelihatan menyerlah di kedua - dua sketsanya, manakala kumpulan Puteh pula aku rasa kelakar jugalah di sketsa pertama tapi biasa - biasa saja di sketsa kedua mereka, namun pemilihan lagu di tema muzikal mereka memang best. Bagi kumpulan Shiro pula, aku rasa sketsa pertama mereka best dan kreatif kerana turut menggunakan juri dan penonton dalam sketsa mereka namun sketsa kedua mereka agak sedikit santai tapi masih menghiburkan kerana ada banyak mesej dan nilai - nilai murni dalam sketsa mereka. Apa pun semua peserta dah melakukan yang terbaik dan telah berjaya menghiburkan penonton selama 12 minggu ini, Tahniah buat semua peserta.
Sudah lama aku nak buat Review tentang filem Bollywood yang bertajuk Sarbjit ini, baru sekarang aku berkesempatan nak buat review filem ini. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini biasa - biasa saja, tapi bila dah menontonnya, filem ini memang terbaik, woww dan sangat tragis dan sedih tau! huhuhu. Jalan cerita filem Sarbjit ini memang boleh buat korang terpaku, terkesima, terkejut, sedih dan juga marah, ini ditambah lagi bila filem Sarbjit ini dibuat berdasarkan kisah benar iaitu mengenai kisah Sarbjit yang ditahan dan diseksa di penjara Pakistan kerana disangka perisik dari India yang bernama Ranjit Singh. Walaupun Sarbjit tidak bersalah namun dia terpaksa meringkuk di penjara Pakistan selama 22 tahun. Paling tragis, sampai ke akhir hayatnya dia terseksa dan tidak dapat pulang semula ke tanah airnya untuk bersama dengan keluarganya. Filem Sarbjit ini turut menunjukkan perjuangan kakak Sarbjit yang bernama Dalbir Kaur lakonan Aishwarya Rai yang menuntut keadilan untuk adiknya itu. Aku rekomenkan filem Sarbjit ini untuk korang tengok, sebab memang best dan sedih. Kena sedia tisu banyak - banyak bagi yang kaki menangis tu ye. Aku rasa lakonan Aishwarya Rai dalam filem ini memang paling terbaik dalam kerjaya lakonannya setakat ini. Sifat dan personaliti Aishwarya Rai yang tegas bila bercakap tu memang sesuai dengan watak Dalbir Kaur itu. Malah kakak Sarbjit yang sebenar turut memantau perjalanan watak dan juga jalan cerita filem ini.
Lakonan Randeep Hooda sebagai Sarbjit juga sangat terbaik dan meyakinkan sekali, lakonan dia ketika scene di dalam penjara tu memang tragis betullah, kesian dan sedih tengok Sarbjit masa ini. Randeep Hooda memang terkenal sebagi pelakon berbakat besar di Bollywood. Aku mula mengenali dan kagum dengan lakonan Randeep Hooda ini sejak dari filem Highway dan Filem Kick bersama Salman Khan tu. Amitabh Bachchan turut memuji lakonan Randeep Hooda dalam filem ini. Selain itu kesian dan sedih tengok kakak Sarbjit itu iaitu Dalbir Kaur yang terpaksa berhempas pulas meminta pertolongan dari ramai orang bermula dari orang biasa sampailah ke Perdana Menteri India sendiri untuk membantu membebaskan adiknya itu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Dalbir untuk membebaskan abangnya, dan hal ini memakan masa bertahun - tahun lamanya, dari Dalbir tu muda sampailah dah berusia, tapi dia masih tak berputus asa untuk cuba membebaskan adik kesayangannya itu. Malah anak bongsu Sarbjit juga tidak begitu ingat muka bapanya sendiri kerana dah lama tak berjumpa, ini ditambah lagi dia masih kecil ketika Sarbjit dipenjarakan. Apa pun aku suka tengok hubungan adik beradik yang rapat antara Sarbjit dan Dalbir. Manakala Isteri Sarbjit iaitu Sukhpreet lakonan Richa Chadda nampak lebih tenang dan memendam perasaan sedihnya itu. Aku suka scene ketika Sukhpreet cuba memberi semangat pada Dalbir yang ketika itu berasa terlalu kecewa dan putus asa tentang pembebasan Sarbjit yang tak jadi tu.
Ini juga adalah kali pertama Aishwarya Rai bergandingan dengan Randeep Hooda sebagai hero dan heroin, walaubagaimanapun mereka menjadi adik beradik dan bukannya kekasih dalam filem ini. Filem Sarbjit ini juga di banned di pakistan kerana dikatakan anti pakistan, Selain itu, dikatakan juga keadaan Sarbjit di dalam penjara sangat teruk, apa yang dipaparkan dalam filem ini hanyalah 50 peratus dari apa yang dia lalui, ini bermakna, realitinya keadaan Sarbjit jauh lebih teruk dan terseksa. Scene ketika Dalbir, Sukhpreet dan dua anak perempuan Sarbjit datang melawat Sarbjit buat pertama kalinya setelah bertahun tidak berjumpa itu memang sedih habis. Layanan pihak penjara terhadap keluarga Sarbjit juga agak teruk, pendek katanya memang sedih habislah scene ini. Selain itu scene ketika Sarbjit diserang oleh banduan lain dalam penjara itu pun sedih sebab selepas itu Sarbjit dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius dan dia koma lalu mati. Keluarga Sarbjit sempat melawat Sarbjit sekejap di hospital, sebelum dipaksa untuk pergi, memang sedih sangat masa ni. Ending Filem Sarbjit ini memang tragis dan sedihlah kan apabila impian Sarbjit untuk pulang ke tanah airnya tidak kesampaian semasa dia masih hidup. Bila dia mati pada tahun 2013, baru mayatnya dipulangkan ke India. Memang aku agak emosi ketika menonton filem ini hahaha. Di bawah ini aku sertakan sinopsis filem ini serta trailer filem ini. Korang tengok trailer je, dah boleh rasa filem ini memang terbaik okey hehehe. Aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Selamat Menonton bagi yang nak menonton filem ini nanti.
Aishwarya Rai Bersama Dengan Dalbir Kaur Yang Sebenar
Sinopsis Filem Sarbjit
Sarbjit Singh merupakan seorang petani dan hidup bahagia bersama dengan isterinya, 2 anak perempuannya, ayahnya dan juga kakaknya Dalbir Kaur. Pada suatu hari sekitar tahun 1990, Sarbjit telah mabuk lalu secara tidak sengaja telah melintas dan memasuki sempadan Pakistan tanpa dia sedari. Pada tahun 1990 sempadan antara India dan Pakistan hanya ditandakan menggunakan batu dan bukannya pagar besi. Hal ini telah menyebabkan Sarbjit ditangkap kerana telah menceroboh dan mereka juga menuduh Sarbjit adalah perisik India yang dikenali sebagai Ranjit Singh yang telah mengebom beberapa tempat di Pakistan. Sarbjit tidak mengaku yang dirinya adalah Ranjit dan kemudiannya dirinya diseksa berbulan - bulan sebelum mendapat peluang untuk menghantar surat pada keluarganya bagi memaklumkan tentang hal yang sebenarnya. Dalbir melakukan pelbagai cara untuk cuba membebaskan adiknya itu atau pun sekurang - kurangnya dapat melawat adiknya itu di penjara. Selepas bertahun - tahun berlalu, hanya pada tahun 2012 selepas 22 tahun Sarbjit dipenjarakan baru keluarga Sarbjit dibenarkan datang untuk melawatnya di penjara. Walaubagaimanapun pada tahun 2013 Sarbjit mati di hospital Pakistan selepas diserang oleh banduan disitu. Setelah Sarbjit tiada, Dalbir Kaur tidak putus asa dan berhasrat ingin menunaikan hasrat terakhir Sarbjit. Kalau korang nak tahu apa hasrat terakhirnya itu, korang kena tengoklah filem ini nanti ye. Korang juga boleh cuba baca artikel ini untuk korang lebih mendalami cerita sebenar tentang apa yang berlaku pada Sarbjit dan Dalbir Kaur itu ➔11 Shocking Facts Sarabjit Singh’s Real Sister Dalbir Kaur Told Us!!..
Bagi semua peserta yang join Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu yang tamat pada 28 April yang lalu, aku dah masukkan link - link blog korang iaitu semua peserta yang join segmen aku dalam bloglist blog aku ini iaitu VVIP 2017. Jadi bolehlah try check nanti ye, manakala untuk ucapan birthday paling best tu, aku dah pilih seorang pemenang, dan banner / watermark blog pemenang tersebut, telah aku letakkan dalam blog ini untuk tempoh masa seminggu atau pun mungkin lebih dari seminggu hehehe dan mungkin juga sebulan. Manakala untuk bloglist pula, aku akan kekalkan bloglist tersebut, sampailah dia hilang sendiri hehe ataupun sampailah aku rasa aku perlu buat rombakan bloglist tersebut. Kalau pun aku rombak bloglist tersebut, aku cuma akan remove blog - blog yang tidak aktif atau pun kurang aktif saja. Apa pun terima kasih buat semua peserta kerana sudi join segmen aku yang biasa - biasa tu hehehe. Kalau ada yang rajin nak blogwalking, bolehlah try blogwalking ke blog - blog yang join segmen aku di bawah ini.
Seperti biasa aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Tomorrow With You yang telah disiarkan pada 3 Februari 2017 dan tamat pada 15 Mac yang lalu. Ada ramai pelakon best yang berlakon drama ini antaranya ialah Shin Min Ah, Lee Je Hoon, Kim Ye Won, Baek Hyun Jin, Jo Han Chul, Kang Ki Doong, Park Joo Hee, Oh Gwang Rok dan ramai lagi. Selepas Drama Oh My Venus, aku memang sentiasa menunggu drama terbaru Shin Min Ah ini dan drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Goblin dan kemudian akan digantikan dengan drama Chicago Typewriter. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti Oh My Ghost, King Of High School dan lain - lain lagi. Di peringkat awal, pelakon Han Ji Min dan Lee Min Ki telah ditawarkan untuk menjadi hero dan heroin drama ini. Walaubagaimanapun kedua - duanya menolak dan tak jadi berlakon dalam drama ini dan seterusnya menjadi milik Shin Min Ah dan Lee Je Hoon. Drama Korea Tomorrow With You ini mempunyai 16 episod dan berkisarkan tentang Yoo So Joon yang merupakan seorang Time Traveler dan juga mengenai kisahnya bersama isterinya Song Ma Rin. Apa pun gandingan Shin Min Ah dan Lee Je Hoon memang nampak comel dan sweet.
Aku agak kurang suka dengan rambut Lee Je Hoon dalam drama ini hahaha, dah kenapa style rambutnya macam tu, kan bagus kalau tukar style dan gaya rambut yang lain, baru nampak lagi handsome kan. Manakala bagi Shin Min Ah pula tiada apa yang aku tak suka, semua suka hehe, dan macam biasa, dia memang kelihatan cantik dalam drama ini. Selain itu aku juga suka tengok aksi - aksi cute Shin Min Ah dalam drama ini, comel habis tau, aksi - aksi cute ni memang sesuai dengan dia. Scene - scene sweet memang banyak dalam drama ini lebih dari scene kelakar, awalnya agak annoying juga dengan kawan merangkap musuh Song Ma Rin iaitu Lee Gun Sook, dia ni sangat berlagak dan memandang rendah pada Song Ma Rin sampailah dia sendiri mendapati suaminya Kim Yong Jin itu jahat, barulah nampak perangai dia berubah sikit. Jalan cerita drama ini agak unik juga sebab Yoo So Joon mempunyai kelebihan untuk pergi ke masa akan datang dengan hanya menaiki tren, disebabkan itu Yoo So Joon dapat mengetahui apa yang bakal berlaku pada dirinya dan juga isterinya pada masa akan datang dan mencari jalan untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku. Lagu tema / OST Tomorrow With You ini biasa - biasa saja bagi aku, tiada lagu yang betul - betul menarik minat aku.
Ada banyak juga scene - scene yang aku rasakan tak logik dalam drama ini, contohnya tindakan Yoo So Joon untuk menyelamatkan bapa angkatnya iaitu Shin Sung Gyoo itu dari mati. Yoo So Joon tu patutnya ikut bapa angkatnya itu kemana saja dan pastikan bapa angkatnya itu betul - betul sampai ke airport untuk berangkat ke Jepun. Ini boleh pula dia biarkan saja bapa angkatnya itu bergerak sendiri dan sekaligus membuka peluang pada Kim Yong Jin untuk menculik dan membunuh bapa angkatnya itu. Seterusnya masa scene Song Ma Rin hampir - hampir nak diculik oleh Kim Yong Jin itu dan Yoo So Joon datang tepat pada masanya, boleh pula Y.So Joon biarkan Song Ma Rin naik teksi untuk pulang ke rumah seorang diri, patutnya Yoo So Joon harus menemani Song Ma Rin dan pastikan dirinya selamat sampai ke rumah atau pun biar Song Ma Rin berada di rumah kawannya itu. Kadang - kadang geram pula tengok tindakan Yoo So Joon ini. Seterusnya scene ketika dia pergi berjumpa dengan Kim Yong Jin dalam tren itu, dia dah tahu yang Kim Yong Jin akan cuba bunuh dia, tapi dia masih pergi lagi ke situ. Last sekali scene ketika dia tahu bila tarikh dia akan mati bersama Song Ma Rin itu, tapi masih lagi boleh pergi berjalan - jalan dekat dengan jalan raya, patutnya mereka duduk rumah saja untuk hari itu atau pun buat benda lain. Selain itu tindakan bapa Song Ma Rin yang cuba untuk kawal situasi dengan mengambil tindakan sendiri untuk menjauhkan Kim Yong Jin dengan Yoo So Joon juga tidak bijak. Kalau dia bincang dan beritahu semuanya pada Yoo So Joon mungkin ada cara yang lebih baik yang dapat difikirkan dan dirancangkan oleh kedua - dua mereka.
Apa pun Yoo So Joon memang beruntung apabila memiliki kawan seperti Kang Ki Doong yang sentiasa membantu dalam susah dan senang. Scene paling sedih sekali masa bapa Song Ma Rin iaitu Doo Sik mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anak perempuannya iaitu Song Ma Rin dan menantunya Yoo So Joon dari kemalangan dan seterusnya mati. Bapa Song Ma Rin ini juga seorang time traveler, dia dari awal lagi cuba mengaturkan agar Yoo So Joon berkahwin dengan anaknya. Selepas Doo Sik mengorbankan dirinya, Song Ma Rin dan Y.So Joon terselamat dari kemalangan tersebut, walaubagaimanapun Doo Sik mati, sedih juga masa ni sebab dia belum rapat lagi dengan Song Ma Rin. Ending drama ini berakhir dengan happy ending, dimana Y.So Joon dan S.Ma Rin ada gaduh - gaduh manja sikit sebelum akhirnya berdamai. Aku teringin juga nak tengok reaksi mereka berdua selepas bapa S.Ma Rin mengorbankan dirinya itu, sayangnya part tersebut tiada dalam drama ini sebab diorang skip scene sedih ini. Secara keseluruhannya drama Korea Tomorrow With You ini menarik untuk ditonton dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.