-->

11 Nov 2017

Sinopsis Drama Misi Laksa Dan Laksam (Dahlia TV3)

Sinopsis Drama Misi Laksa Dan Laksam Slot Dahlia TV3, Drama Melayu, Drama Misi Laksa Dan Laksam, Pelakon Drama Misi Laksa Dan Laksam, Aqasha, Rita Rudaini, Raysha Rizrose, Umar Harith, Farzana Latiff, Sheila Mambo, Lydiawati, Kuna, Isteri Baru,
Sinopsis Drama Misi Laksa Dan Laksam Slot Dahlia TV3

Drama Misi Laksa Dan Laksam adalah drama terbaru di Slot Dahlia TV3 yang sudah disiarkan sejak 4 November yang lalu, iaitu setiap Jumaat hingga Ahad. Antara Pelakon Drama Misi Laksa Dan Laksam ini adalah Aqasha, Rita Rudaini, Raysha Rizrose, Umar Harith, Farzana Latiff, Sheila Mambo, Lydiawati, Kuna dan ramai lagi. Selain itu Drama Misi Laksa dan Laksam ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azmi Hatta serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik juga drama ini, apa pun jom tengok sinopsis ringkas drama ini dibawah ye.
Sinopsis Drama Misi Laksa Dan Laksam Slot Dahlia TV3, Drama Melayu, Drama Misi Laksa Dan Laksam, Pelakon Drama Misi Laksa Dan Laksam, Aqasha, Rita Rudaini, Raysha Rizrose, Umar Harith, Farzana Latiff, Sheila Mambo, Lydiawati, Kuna, Isteri Baru, Ending, Poster Drama,
Sinopsis Drama Misi Laksa Dan Laksam

Mengisahkan Fiza yang disahkan menghidap kanser. Dia berusaha mencari isteri baru untuk suaminya, Hakimi, supaya suami serta anak-anak mereka, Iskandar dan Fea dijaga dengan baik setelah dia pergi meninggalkan mereka kelak. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah Fiza mencari isteri baru serta mak baru yang terbaik buat suami dan anak - anaknya itu? 

Lagu Tema / OST Misi Laksa Dan Laksam
➔ Santai Nyanyian Nanasheme Feat Eyza Bahra
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

9 Nov 2017

Review Drama Korea - Secret Forest

Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Secret Forest - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Secret Forest dan turut dikenali juga sebagai Stranger, Forest Of Secret dan lain - lain lagi. Drama ini release pada 10 Jun dan tamat pada 30 Julai 2017 dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Chicago Typewriter yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan dengan drama Live Up To Your Name. Pelakon Drama Secret Forest ini terdiri daripada Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong dan ramai lagi. Drama Secret Forest ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN. Pelakon Cho Seung Woo dan Bae Doo Na jarang betul berlakon drama sebab diorang lagi banyak berlakon filem berbanding drama. Jadi bila diorang berlakon dalam drama ini, buat aku tertarik nak tengok drama ini, sebab aku rasa diorang mesti pilih skrip dan drama yang best untuk dilakonkan. Bila korang dah start tengok drama ini memang susah nak berhenti hahaha sebab jalan ceritanya makin lama makin menarik dan penuh dengan misteri.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Cho Seung Woo membawa watak sebagai Hwang Shi Mok yang merupakan seorang pendakwaraya yang bagus, berdedikasi, tidak pernah terlibat dalam rasuah, sentiasa buat hal sendiri, tidak suka bersosial, dingin serta sangat bijak. Sikap Hwang Shi Mok yang tidak suka bergaul dan bersosial dengan orang lain membuatkan dia tidak mempunyai kawan. Berbeza sekali dengan watak yang pernah dibawa dalam drama Cho Seung Woo sebelum ini iaitu dalam drama God's Gift - 14 Days (2014) yang lebih kelakar, cepat marah, dan baik hati. Drama ini bermula dengan satu kes pembunuhan yang akan membabitkan banyak pihak atasan, Hwang Shi Mok secara kebetulan berada di tempat kejadian yakin kes itu sangat rumit dan berazam untuk menyelesaikan kes itu secepat mungkin. Hwang Shi Mok akan dibantu oleh seorang polis wanita yang bernama Han Yeo Jin dalam menyelesaikan misteri kes tersebut serta kes - kes lain yang bersangkut - paut antara satu sama lain. Tiada kisah cinta langsung dalam drama ini ye, walaupun aku suka tengok hubungan persahabatan antara Hwang Shi Mok dengan Han Yeo Jin itu. Selain itu, benda paling susah nak tengok dalam drama ini adalah senyuman Hwang Shi Mok hahahha, sebab riak wajahnya sentiasa sama je, sama ada dia happy, suka, marah, stress, muka dia memang tiada reaksi. Bila dia terlampau stress, dia akan pengsan.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Aku rasa dalam drama ini, adalah dalam 2 kali macam tu yang Hwang Shi Mok tersenyum, satu masa dia tengah lepak dan bercakap - cakap dengan Han Yeo Jin. Satu lagi adalah di bahagian ending drama ini hehehe. Hwang Shi Mok masa kecil ada menjalani pembedahan otak, jadi disebabkan itu, dia tidak dapat menunjukkan emosinya dengan jelas dan sentisa suka bersendirian. Tapi aku nampak dia memang suka berborak dengan Han Yeo Jin ini. Korang juga akan tertanya - tanya siapa orang jahat sebenar dalam drama ini. Selain itu aku juga agak keliru dengan orang atasan Hwang Shi Mok yang bernama Lee Chang Joon ini. Mula - mula memang nampak dia jahat tapi lama - lama memang nampak dia agak misteri dan ada perancangan tertentu. Awalnya nampak dia macam tak suka dan seperti bermusuh dengan Hwang Shi Mok tapi dalam masa yang sama dia naikkan pangkat Hwang Shi Mok serta menginginkan H.Shi Mok menyiasat kes - kes rasuah yang membabitkan semua peguam. Bila korang terus menonton drama ini korang akan faham dan tahu siapa sebenarnya Lee Chang Joon ini dan kenapa dia bersikap sedemikian. Antara scene yang aku suka bila Hwang Shi Mok mempunyai teamnya sendiri untuk menolongnya menyiasat segala kes - kes rasuah dan kes pembunuhan. Semua ahli kumpulan Hwang Shi Mok ini memang best dan happy go lucky, seronok tengok diorang berkerja sebagai satu kumpulan dan mula rapat antara satu sama lain.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Awalnya aku syak kawan sekolah Hwang Shi Mok yang turut berada dalam kumpulan H.Shi Mok ini jahat tapi bukan rupanya, sebaliknya orang yang nampak baik itulah yang jahat hehehe. Selain itu aku agak annoying dengan perangai salah seorang pendakwaraya yang bernama Seo Dong Jae. Dia ini merupakan kaki bodek, suka mengampu orang atasan, talam dua muka, musuh dalam selimut dan sebagainya. Masa di penghujung cerita Seo Dong Jae menjadi saksi apabila ketuanya bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi dan ketuanya itu sempat menasihati Seo Dong Jae itu untuk berubah sebelum ketuanya tu mati. Jadi aku ingatkan Seo Dong Jae akan benar - benar berubah selepas itu. Sampai Hwang Shi Mok pun macam percaya dan beri peluang kedua untuk dia berubah. Tapi lama kelamaan perangai lamanya datang balik, tak serik betul. Selain itu aku agak familiar dengan pelakon Choi Jae Woong yang melakonkan watak Jang Gun yang merupakan orang bawahan Han Yeo Jin itu. Rupanya dia adalah pembunuh bersiri dalam drama The Village: Achiara's Secret. Nampak pelik pula bila dia berlakon jadi polis dalam drama ini, sebab sebelum ini dia dah jadi pembunuh bersiri hahahaha. Lagu tema / OST Secret Forest ini juga best terutamanya untuk scene - scene suspen. Antara watak yang agak annoying dan juga kesian diakhirnya adalah watak Young Eun Soo.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Kesian pada Young Eun Soo ini bila Hwang Shi Mok langsung tidak mempedulikannya mahu pun memberi peluang padanya. Masa permulaan memang annoying dengan wataknya, yang mana dia obses nak balas dendam bagi pihak bapanya. Tapi jadi kesian pula bila H.Shi Mok tidak memilihnya untuk join team yang dibentuk oleh H.Shi Mok itu. Akhirnya Young Eun Soo ini dibunuh pula dan menyebabkan H.Shi Mok berasa sangat bersalah pada Y.Eun Soo ini. Ending drama Secret Forest berakhir dengan Hwang Shi Mok yang dipindahkan ke tempat lain dipanggil semula untuk berkhidmat di ibu pejabat sekaligus mempunyai kuasa untuk membentuk pasukannya semula untuk menyiasat satu kes lain. Apa pun memang syok menonton drama Secret Forest / Stranger ini, pelakon - pelakonnya juga memang terbaik, rugi kalau tak menonton drama ini, sebab kalau korang baca komen - komen penonton terhadap drama ini memang semuanya positif dan ramai yang memuji drama ini. Apa pun, secara keseluruhannya aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

8 Nov 2017

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Dengan SAPS Ibu Bapa

Saps, SAPS Ibu Bapa, SAPS 2017, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Semak Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Onlinem Sistem Online, KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia, PPD, JPN, Guru, Ibu Bapa, Pihak Sekolah, Pelajar, Markah Peperiksaan Secara Online, Check Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online, SAPS 2017, SAPS Ibu Bapa 2017, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan Sekolah, Prestasi Pelajaran, Markah Setiap Subjek,
Semak Keputusan Peperiksaan Anak Anda Secara Online Dengan Sistem SAPS Ibu Bapa

Apa itu SAPS Ibu Bapa? SAPS Ibu Bapa atau SAPS adalah Singkatan untuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data -data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini memudahkan ibu bapa dan juga pelajar untuk membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Selain ibu bapa dan pelajar, sistem ini juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak lain seperti pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD. Kiranya dengan ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini akan memudahkan semua pihak. Walaubagaimanapun Semakan keputusan peperiksaan online ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Segala keputusan peperiksaan sekolah seperti Ujian 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan boleh disemak melalui laman SAPS ini, kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Saps, SAPS Ibu Bapa, SAPS 2017, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Semak Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Onlinem Sistem Online, KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia, PPD, JPN, Guru, Ibu Bapa, Pihak Sekolah, Pelajar, Markah Peperiksaan Secara Online, Check Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online, SAPS 2017, SAPS Ibu Bapa 2017, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan Sekolah, Prestasi Pelajaran, Markah Setiap Subjek, Gambar Hiasan,
Teringat zaman - zaman dulu semuanya kena dibuat secara manual, segala keputusan harus direkodkan dalam buku laporan atau Report Cards. Ibu bapa pula terpaksa menunggu anak - anak mereka memberikan buku laporan untuk disemak oleh ibu bapa dan seterusnya menandatangani buku laporan prestasi pelajaran anak  mereka itu. Atau pun Ibu Bapa perlu datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru anak mereka bagi melihat keputusan anak mereka sekaligus berbincang dengan guru anak mereka tentang keputusan ujian dan peperiksaan anak mereka. Bila ada sistem SAPS Ibu Bapa ini, pelajar dah tak boleh nak menipu tentang jumlah markah peperiksaan mereka atau pun mencuba untuk meniru tandatangan ibu bapa mereka lagi, serta memberi pelbagai alasan lain kerana di zaman teknologi ini, semuanya hanya di hujung jari saja. Dengan kemudahan Internet, Ibu bapa dah boleh menyemak keputusan peperiksaan anak - anak mereka secara online, pada bila - bila masa dan di mana - mana saja tanpa ada halangan, dengan menggunakan Sistem SAPS Ibu Bapa ini.
Saps, SAPS Ibu Bapa, SAPS 2017, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Semak Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Onlinem Sistem Online, KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia, PPD, JPN, Guru, Ibu Bapa, Pihak Sekolah, Pelajar, Markah Peperiksaan Secara Online, Check Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online, SAPS 2017, SAPS Ibu Bapa 2017, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan Sekolah, Prestasi Pelajaran, Markah Setiap Subjek,
Dengan adanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Saps Ibu Bapa) ini membolehkan ibu bapa memantau prestasi pelajaran anak mereka dengan lebih senang dan efektif. Ibu bapa juga boleh mengetahui subjek apa yang anak mereka cemerlang atau pun lemah, kerana ianya memaparkan slip keputusan peperiksaan dengan terperinci sekali, termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan , jumlah kehadiran ke sekolah, peratus dan lain - lain lagi. Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat perbandingan markah setiap peperiksaan yang diduduki oleh anak mereka dan sekaligus mengetahui sama ada prestasi pelajaran anak mereka makin menurun, mahu pun semakin bagus. Apa pun jom tengok cara - cara dan langkah - langkah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar di bawah ini ye.

Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.
  1. Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.
  3. Tekan semak.
  4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.
Terima Kasih buat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana telah mewujudkan sistem SAPS Ibu Bapa ini dan memudahkan lagi urusan semua pihak yang berkaitan.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

Sinopsis Drama Mat Rukun (TV9)

Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Mat Rukun,  Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak, Ending, OST Mat Rukun, Lawak,
Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9

Drama Mat Rukun telah mula disiarkan di Slot Kelakarama TV9 yang bersiaran setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Oktober 2017 yang lalu. Pelakon - Pelakon Drama Mat Rukun ini adalah Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak dan ramai lagi. Selain itu drama Mat Rukun ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Nampak menarik dan lawak juga drama bersiri ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9

Mengisahkan Roslan dan Khatijah yang risau kerana walaupun sudah 21 tahun, perangai manja Mamat masih tidak berubah. Mama juga suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah bersama rakan-rakannya. Kerana buntu, Roslan dan Khatijah bertanya pada rakan-rakan mereka. Ramailah memberikan pelbagai cara dan kaedah sehinggakan ada juga yang tidak masuk akal sehinggalah ada seorang rakan mereka mencadangkan supaya Mamat berumah tangga. Mungkin dengan berumah tangga perangai Mamat akan lebih matang dan bertanggunjawab.

Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Mat Rukun,  Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak, Ending, OST Mat Rukun, Lawak,

Sudah tentu Mamat tidak bersetuju, dia merasakan dirinya masih terlalu muda untuk berumah tangga dan belum puas untuk menikmati hidupnya. Tetapi setelah didesak Mamat akhirnya setuju tetapi bersyarat. Mamat ingin Roslan dan Khatijah mencari seorang gadis Kedah yang kulitnya cantik, ayu seperti gadis kampung. Roslan dan Khatijah bersetuju kerana mereka juga suka sekiranya dapat bermenantukan gadis kampung. Sekali lagi dengan bantuan rakan-rakan, mereka mencari gadis seperti yang diminta oleh Mamat. Seorang rakan mereka berkongsi gambar seorang gadis yang tinggal di sebuah kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai, Kedah. Roslan dan Khatijah berkenan dengan keayuan wajah gadis tersebut dan terus membuat keputusan untuk merisik gadis tersebut.
Sinopsis Drama Mat Rukun Slot Kelakarama TV9, Drama Melayu, Drama Bersiri, Pelakon Drama Mat Rukun,  Zoey Rahman, Elisya Sandha, Syed Ali, Aliff Yasraff, Fiena Tajuddin, Marisa Yasmin, Ropie, Chik Pak Man Telo, Ilya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Faiz Talam, Shah Sulaiman, Din Chepak, Ending, OST Mat Rukun, Lawak,
Pada mulanya Mamat tidak mengendahkan siapakah gadis pilihan ibu bapanya. Tetapi apabila terlihat gambar gadis tersebut, dia tidak menyangka hatinya tertarik. Mamat pula meminta izin Roslan dan Khatijah untuk ke kampung Ayu, tunangnya itu. Mamat memberi alasan mengenali Ayu. Ayu juga walaupun tidak mengenali Mamat, menerima seadanya akan kekurangan Mamat. Tetapi untuk mengubah Mamat, Ayu telah menetapkan syarat. Mamat perlu mempelajari rukun-rukun yang penting sebagai seorang Islam dengan datuknya bagi membolehkan Mamat menjadi suami yang lebih baik. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Mampukah Mamat mempelajari dengan baik kesemua rukun-rukun tersebut seterusnya menawan hati Ayu dan keluarganya?

Lagu Tema / OST Mat Rukun
➤ Mat Rukun Nyanyian Khalifah Band
➤ Kau Aku Nikahi Nyanyian Z.H. Emdee
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

7 Nov 2017

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku (Akasia TV3)

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Drama Adaptasi Novel, Novel Mr Hot Guy, Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Drama 32 Episod, Ending Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, OST Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Cinta, Sweet, Hero dan Heroin, Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku,  Raja Afiq, Puteri Aishah, Syazuwan Hassan, Julia Farhana Marin, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Jaja Iliyes, Hafiz Nolan, Ariff Aziz, Adiba Yunus, Anne Arifin, Poster Drama,
Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Slot Akasia TV3

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku adalah drama terbaru di Slot Akasia bagi menggantikan Drama Titian Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini juga diadaptasikan daripada Novel Mr Hot Guy, karya Novelis Danisyarahmat. Antara Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku adalah Raja Afiq, Puteri Aishah, Syazuwan Hassan, Julia Farhana Marin, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Jaja Iliyes, Hafiz Nolan, Ariff Aziz, Adiba Yunus, Anne Arifin dan ramai lagi. Selain itu drama ini sudah pun disiarkan di Tv3 sejak 31 Oktober yang lalu dan mempunyai 32 episod. Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku ini diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca.

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Luqman Hakimi, yang merupakan anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila. Awalnya ianya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja di sebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. 
Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Drama Adaptasi Novel, Novel Mr Hot Guy, Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Drama 32 Episod, Ending Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, OST Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Cinta, Sweet, Hero dan Heroin, Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku,  Raja Afiq, Puteri Aishah, Syazuwan Hassan, Julia Farhana Marin, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Jaja Iliyes, Hafiz Nolan, Ariff Aziz, Adiba Yunus, Anne Arifin, Poster Drama,
Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata. Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga. Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

Lagu Tema / OST Lelaki Itu Pemilik Hatiku
➤ Menahan Rindu Nyanyian Wany Hasrita

Baca ni juga ➔ Baca Online Novel Mr Hot Guy

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

6 Nov 2017

Baca Online Novel Mr Hot Guy

Baca Online Novel Mr. Hot Guy Bab 1 Hingga Bab 41 / (Drama Adaptasi Novel Lelaki Itu Pemilik Hatiku), Novelis Danisya Rahmat, Novel Mr Hot Guy, Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Novel Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Bab 42 Novel Mr Hot Guy, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot Akasia, TV3, Watak, Luqman Hakimi, Luke, Nurin Kamila, Andrea, Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Natasya Mahyan,  Hafiz Nolan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar,
Baca Online Novel Mr Hot Guy (Drama Adaptasi Novel)

Selepas Novel Titian Cinta diadaptasikan menjadi Drama Bersiri dan disiarkan di Slot Akasia TV3, kini tibalah giliran Novel Mr Hot Guy karya Novelis Danisyarahmat. Novel Mr. Hot Guy ini akan diadaptasikan menjadi Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang tengah rancak disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 31 Oktober yang lalu. Watak Luqman Hakimi atau Luke akan dilakonkan oleh Raja Afiq, manakala watak Nurin Kamila akan dilakonkan oleh Puteri Aishah. Pelakon Julia Farhana Marin pula akan membawa watak Andrea, Syazuwan Hassan pula sebagai Aiman / Rashdan dan lain - lain lagi. Jadi sambil - sambil tengok Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku di Tv3, korang juga boleh baca online Novel Mr Hot Guy ini di blog penulis novel itu sendiri dengan cara mengklik link - link di bawah ini, jadi apa tunggu lagi, Selamat Membaca ya..

Baca Online Novel Mr. Hot Guy Bab 1 Hingga Bab 41 / (Drama Adaptasi Novel Lelaki Itu Pemilik Hatiku)

Bab 42 Novel Mr Hot Guy - Boleh dapatkan Novelnya di Pasaran
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

5 Nov 2017

Drama Adaptasi Novel Joni Togo

Drama Adaptasi Novel Joni Togo, Sinopsis Novel Joni Togo Kembali Lagi, Kisah Seram dan Misteri, Astro Prima, Maya HD, Novelis Ahadiat Akashah, Pelakon Drama Joni Togo, Niezam Zaidi, Shamsul Ghau - Ghau, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Esma Daniel, Fezrul Khan,
Drama Adaptasi Novel Joni Togo

Siapa yang rajin menonton drama bersiri Joni Togo ini di Astro Prima dan Maya HD? aku kadang - kadang ada juga tengok drama ini yang menghimpunkan kisah - kisah seram dan misteri. Rupa - rupanya drama Joni Togo ini adalah adaptasi daripada Novel Joni Togo karya Novelis terkenal Ahadiat Akashah. Aku dulu memang suka baca novel - novel hasil karya Ahadiat Akashah ini. First Novel yang aku beli pun adalah Novel karya beliau seperti Hikayat Cinderella, Dilema Salina, Lagenda Budak Setan, Untuk Tiga Hari, Pilot Cafe dan banyak lagi. Cuma sekarang ini aku dah jarang beli novel seperti dulu dah, aku juga belum baca Novel Joni Togo ini tapi ada tengoklah drama Joni Togo ini di Astro Prima. Pelakon Drama Joni Togo ini juga agak ramai sebab setiap episod berlainan ceritanya serta pelakonnya. Antara Pelakon drama ini adalah Niezam Zaidi, Shamsul Ghau - Ghau, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Esma Daniel, Fezrul Khan dan ramai lagi. Tak Silap aku drama ini ada 13 episod dan aku sertakan sekali sinopsis novel Joni Togo ini dibawah ye Selamat Membaca..
Drama Adaptasi Novel Joni Togo, Sinopsis Novel Joni Togo Kembali Lagi, Kisah Seram dan Misteri, Astro Prima, Maya HD, Novelis Ahadiat Akashah, Pelakon Drama Joni Togo, Niezam Zaidi, Shamsul Ghau - Ghau, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Esma Daniel, Fezrul Khan,
Sinopsis Novel Joni Togo Kembali Lagi

Koleksi 5 siri ngeri Joni Togo

1. Ini Cerita Joni Togo

2. Joni Togo Merepek Lagi...

3. Bercerita Tentang Malam

(2 Siri bonus yang belum pernah diterbitkan)

4. Negeri Hingga Ke Tulang Hitam...

5. Dahlah Dingin, Gelap Pulak Ti...

Awak tak percaya hantu? Ramai yang sama macam awak. Siapa pun tak tahu macam mana rupa hantu yang sebenar sebelum berjumpa sendiri dengannya. Yang lecehnya, bila cerita pada orang yang saya jumpa hantu. Mulalah awak pakat gelak. Ada yang kata saya ni merepek. Tidur tak basuh kakilah, suka berkhayallah, hm... macam-macam mendengarnya. Yang saya ni macam nak mampos ketakutan awak sedap-sedap je gelakkan saya. Saya sampai terkencing dalam seluar ketakutan awak ingat saya main-main. Punyalah ngeri tak tahu macam mana saya nak cakap. Suara pun tak keluar. Rasa macam nak mati. Hi... punyalah ngeri..

Lagu Tema / OST Joni Togo
➤ Bayangan Hitam Nyanyian Trivia

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

4 Nov 2017

Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2017

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017, ASK2017, Hos ASK2017, Fahrin Ahmad, Jihan Muse, Shuk Joras, Filem Hanyut, Drama Pesan Dari Tuhan,
Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2017

Tahniah buat semua pemenang #ASK2017 (Anugerah Skrin 2017), Nampaknya Drama Pesan Dari Tuhan serta Filem Hanyut menang besar dalam Anugerah Skrin 2017 ini. Aku sememangnya bersetuju bila Drama Pesan Dari Tuhan menang drama terbaik sebab jalan ceritanya best, pelakon pun best malah kualiti gambarnya pun cantik. Aku dah pernah menonton drama Pesan Dari Tuhan ini di RTM ketika disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Begitu juga dengan Filem Hanyut yang sememangnya wajar menang. Apa pun jom tengok Senarai Pemenang ASK2017 di bawah ini ye..

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017

Rancangan Majalah Terbaik:
Misi K 2016 (Pulau Cebu Filipina)

Rancangan Realiti Terbaik:
Mentor Milenia 2017 Akhir

Rancangan Anugerah Terbaik:
Anugerah Juara Lagu 31

Pelakon Komedi Terbaik:
Ellie Suriati

Drama Komedi Terbaik:
Budak Ijat

Lakon TV Terbaik:
Pesan Dari Tuhan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem:
Diana Danielle (Hanyut)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem:
Khalid Salleh (Hanyut)

Lakon Layar Terbaik:
U Wei (Hanyut)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama:
Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama:
Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

Pengarah Terbaik Drama:
Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

Pengarah Terbaik Filem:
U Wei Haji Saari (Hanyut)

Pelakon Wanita Terbaik Filem:
Sangeetha (Adiwiraku)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem:
Khir Rahman (Rock Bro)

Pelakon Wanita Terbaik Drama:
Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama:
Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

Drama Rantaian Terbaik:
My Sweet Lavender

Filem Terbaik:
Hanyut

Drama Terbaik:
Pesan Dari Tuhan
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017