18 Mac 2016
17 Mac 2016
3 Khan In One Stage - SRK, Salman & Aamir Khan
Assalammualaikum..
Rasanya amat payah sekali untuk kita dapat melihat ketiga-tiga SuperStar Bollywood, 3 Khan ini berada dalam satu filem yang sama mahu pun berada di atas pentas yang sama. Tapi aku terjumpa gambar kat internet ni, yang mana diorang bertiga berada di pentas yang sama untuk program Aap Ki Adalat. Tak tahulaa program Aap Ki Adalat ni program ape n tahun bila ni pun aku tak tahu hehehe. Maybe tahun 2011 or tahun 2013, 2014 entahlaa hehe, Aku ada tengok video tu kat Youtube tapi takde english subtitle, so aku tak berapa faham apa yang dibualkan oleh 3 Khan ni hehe. Yang pasti awalnya kelihatan SRK n Salman tengah bercakap n menyoal seseorang pastu diorang ajak Aamir Khan naik sekali atas pentas tu. Tu yang tiga2 ada atas pentas tu. Selain SRK, Salman n Aamir, ada ramai lagi bintang2 Bollywood lain yang turut hadir dalam program ni. Rasanya ni masa diorang sambut Anniversary Program ni.
Apapun seronok pula tengok bila ketiga-tiga mereka ni berada atas pentas tu, bukan senang nak menghimpunkan diorang ni semua dalam program yang sama kan. Nak harap ketiga-tiga diorang ni berlakon dalam filem yang sama, memang agak mustahil la jugak kan. Bayangkan bajet nak ambil ketiga tiga diorang berlakon dalam satu filem tu, mesti mahal giler hahaha, paling penting sape nak jadi hero n sape nak jadi watak pembantu kan, sebab dalam filem mesti ada sorang jer heronyer. SRK dan Salman Khan ada beberapa kali bergandingan dalam filem. Manakala Salman Khan pernah berlakon sekali jer dengan Aamir Khan, tu pun masa diorang muda2 dulu hehe. SRK n Aamir x pernah berlakon sekali pun. Walaupun usia diorang ni semua dah 50 tahun, tapi still diorang adalah yang terbaik dan tetap jadi rebutan pengarah mahupun produser di Bollywood.
Jom Baca ni jugak --> Batman VS Superman, Sape Yang Akan Menang!?..
16 Mac 2016
Sinopsis Drama Dawai Asmara Slot Azalea TV9
Assalammualaikum..
Drama Dawai Asmara adalah drama terbaru di Slot Azalea menggantikan drama Menongkah Kasih yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi, Wanny Mustahfah dan ramai lagi. Drama Dawai Asmara ni dah pun disiarkan sejak 9 Mac yang lalu dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd serta diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof / Aidilfitri Mohamed Yunos. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Dawai Asmara
Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya. Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material. Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibu bapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka. Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibu bapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung.
Lagu Tema / OST Drama Dawai Asmara
--> Sesaat Cuma Nyanyian Toi
Jom Baca Ni Jugak --> Serius! Hanya Lelaki Saja Boleh Tahan Hidup Dengan Bau Busuk Ni!..
14 Mac 2016
Clever Girl Malaysia TV3 - Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama
Assalammualaikum..
Clever Girl Malaysia adalah program realiti yang berbentuk gameshow yang menghimpunkan 14 gadis pintar yang mewakili negeri masing2. Awalnya aku konfius gak camnela format atau konsep program Clever Girl tu. Rupanya diorang ni akan menjawab soalan2 kuiz pada hari pertandingan, dan pertandingan tu akan terbahagi kepada 3 peringkat. Siapa yang dapat markah tertinggi akan dapat ganjaran setiap minggu seterusnya beroleh immuniti. Manakala yang mendapat markah terendah akan tersingkir. Di minggu pertama Clever Girl ni, peserta dari Johor iaitu Sofia hampir2 tersingkir namun nasiblaa tiada penyingkiran pada minggu ini. Selain pertandingan, para peserta juga dikehendaki melaksanakan aktiviti2 Khidmat Masyarakat.
Alif Satar menjadi Hos / Pengacara untuk Clever Girl Malaysia ni. Penilaian para peserta Clever Girl Malaysia akan dibuat berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan. Tiada sistem undian dilakukan. Pada akhir musim, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000.
Gambar Peserta Clever Girl Malaysia
Jom Baca ni jugak --> Budak Kampung VS Budak Bandar..
I Have A Lover - Sesi Review Drama Korea
Assalammualaikum..
Settle sudah tengok Drama Korea yang bertajuk I Have a Lover ni yang tamat episodnya pada 28 Feb yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Kim Hyun Joo sebagai watak Do Hae Gang dan Dokgo Yong Gi (watak kembar), manakala hero cite ni adalah Ji Jin Hee sebagai Choi Jin Eon, Park Han Byul sebagai Kang Seol Ri, Lee Kyu Han sebagai Baek Seok dan ramai lagi. Drama ni bergenre Melodrama dan mempunyai 50 episod. Awalnya aku malas nak tengok drama ni sebab episodnya agak banyak dan aku juga tak berapa suka dengan hero dan heroin drama ni, tapi aku tersuka plak dengan pelakon pembantu dalam drama ni sebab lawa dan hensem hahaha. Dalam tak pasti tu aku tengok gak drama ni, n bila dah tengok cite ni memang best gak especially part wujud orang ketiga tu, memang suspen n menarik jalan cerita drama ni terutamanya di permulaannya.
Cerita ni bermula dengan hubungan dingin antara Do Hae Gang dan suaminya Choi Jin Eon selepas kematian anak tunggal perempuan mereka. Disebabkan sikap Do Hae Gang yang tegas serta sukar untuk menunjukkan kesedihannya di hadapan suaminya itu membuatkan Choi Jin Eon berasa makin benci dengan sikap isterinya itu lalu menumpukan perhatian pada kerjanya saja. Di tempat kerja, C.Jin Eon berkenalan pula dengan seorang perempuan muda lagi cantik yang bernama Kang Seol Ri dan K.Seol Ri menjadi pembantu C.Jin Eon di tempat kerja. Disebabkan sikap Kang Seol Ri menyerupai sikap isterinya ketika zaman2 mereka bercinta dulu menyebabkan C.Jin Eon tertarik pada Kang Seol Ri, manakala K.S.Ri pula benar2 sudah jatuh cinta pada C.J.Eon. Do Hae Gang yang menyedari situasi ini mula bertindak dan memberikan amaran pada K.S.Ri agat tidak mengganggu suaminya itu. Amaran dari Do Hae Gang itu merupakan satu cabaran bagi Kang Seol Ri dan membuatkan dirinya makin berani untuk menggoda Choi Jin Eon. Memang stress bila tengok Kang Seol Ri tu bukan main lagi untuk cuba membuatkan C.Ji Eon mencintainya. Rasanya masa ni memang ramai penonton akan membenci wataknya itu.
Antara part paling sedih adalah masa Do Hae Gang merayu serta melutut dihadapan Kang Seol Ri agar dirinya tidak lagi menggangu rumahtangga mereka namun gagal bila K.S.Ri buat tak endah jer. Geram jer tengok perangai K.S.Ri masa ni. Satu lagi scene masa Do Hae Gang cuba bunuh diri di depan suaminya dan K.Seol Ri tu lepas lihat kemesraan diorang berdua. Suaminya berjaya selamatkan D.Hae Gang tu dan menjaganya sampai die sedar. Bila die dah sedar, suami die pergi balik kat K.Seol Ri dan nak bercerai dengan Do Hae Gang tu. Serius memang geram tengok perangai Choi Ji Eon dan K.S.Ri masa ni, dua2 sama benggong hahaha. Pastu satu lagi scene masa Choi Ji Eon merayu kat bapa die suruh bapa die paksa D.H.Gang tandatangan surat cerai semua sebab die dah benci sangat kat D.H.Gang tu. Memang emosi sikit tengok perangai Choi Ji Eon masa ni, pastu bila dah cerai boleh plak C.Ji Eon dan Kang Seol Ri tu sama2 gi luar negara untuk sambung belajar selama 4 tahun. Part paling x leh blah bila C.Ji.Eon tu balik n jumpa semula dengan Do Hae Gang yang dah hilang ingatan tu, die akan mula suka dan terhegeh-hegeh semula dengan ex-wife die tu. Pastu nanti K.Seol Ri tu plak yang akan rasa benda yang sama macam yang D.H.Gang rasa masa dulu tu.
Kesian tengok Baek Seok sebab cintanya bertepuk sebelah tangan tu, die ni punyalah cintakan Do Hae Gang namun D.Hae Gang tu tetap sukakan ex-husband die tu. Tapi bila die ada masalah atau sedih die akan cari Baek Seok ni sebab die tak suka nak bebankan ex-husband die tu. Benda ni pun turut berlaku kat K.Seol Ri bila die gagal untuk buat Choi Ji Eon lupakan Do Hae Gang. Paling best Baek Seok dan K.Seol Ri ni adik beradik angkat sebenarnya, Baek Seok tu abang angkat K.Seol Ri, memang kesian plak masa ni kat diorang, tragis betul sebab cinta diorang tu bertepuk sebelah tangan. Apapun memang rasa tak puas hati bila D.Hae Gang tu tak terima lamaran Baek Seok yang sangat baik hati tu sebaliknya tetap sukakan bekas suaminya tu. Lagu Tema/ OST drama I Have A Lover ni sangat sedap okey, aku suka dengan lagu tema cite ni, sedap jer dengar. Apapun kisah cinta tiga segi diorang ni smeua akan berakhir di episod 42 macam tu, sebab selepas tu drama ni akan memfokuskan tentang kisah Do Hae Gang yang cuba melawan bekas bapa mertuanya yang membunuh bapanya serta bekas abang iparnya yang cuba membunuh dirinya dan juga adik kembarnya. So ada banyak jugalah scene2 di mahkamah dan sebagainya, tambah2 lagi D.Hae Gang dan Baek Seok tu memang peguam.
Di penghujung episod drama ni nampaklah yang Baek Seok dan Kang Seol Ri tu dah move on dan tak mengharap cinta lagi dari Do Hae Gang dan Choi Ji Eon. Diorang juga macam dah bertemu pengganti namun tak ditunjukkan pula percintaan diorang semua. Aku juga jadi kesian tengok watak Min Tae Seok yang jadi pelarian tu sebab takut kena tangkap dengan polis tu tapi dulu punyalah jahat kan. Aku juga takdelah tengok kesemua episod drama ni sebab ada gak yang aku langkau/skip hehehe sebab rasa menyampah dan malas nak tengok. Pastu aku sambung balik tengok n di penghujung cerita drama ni aku dah hilang minat nak sambung tengok drama ni, so aku just baca sinopsis/ recap setiap episod, bermula dari episod 43 hingga 50. Manakala ending drama ni memang happy ending lah kan sebab Choi Ji Eon dan Do Hae Gang akhirnya berkahwin semula. Pendek katanya drama ni bermula dengan baik dan berjaya menarik perhatian penonton namun di pertengahan cerita, jalan cerita dah sedikit bosan bagi aku. Manakala di penghujung cerita aku dah jadi hilang minat untuk terus menonton n just baca recap jer.
Selain tu ramai gak penonton yang tertanya-tanya apa jadi dengan adik kembar Do Hae Gang iaitu Dokgo Yong Gi tu?. Lepas Dokgo Yong Gi tu ngan anaknya serta doktor tu sama2 gi US, dah takde tunjuk langsung apa jadi dengan kisah diorang tu. Adakah D.Yong Gi tu akan kahwin ker dengan doktor tu? n takkan lah doktor tu tak balik semula sebab abang die dah masuk penjara kan. Apapun ada part2 yang menarik perhatian aku, ada gak yang bosan. Apapun drama ni masih okey dan sesuai untuk ditonton dan aku bagi 6.5 bintang dari 10 bintang untuk drama ni. Hero drama ini iaitu Ji Jin Hee pernah beberapa kali muncul dalam Running Man manakala Park Han Byul pernah mucul sekali dalam RM episod berapa ntah hehe.
Jom Baca ni jugak --> Serius! Hanya Lelaki Saja Boleh Tahan Hidup Dengan Bau Busuk Ni!..
13 Mac 2016
Sinopsis Telemovie Lamar (Cerekarama TV3)
Assalammualaikum..
Telemovie Lamar akan disiarkan pada 12 March ini menerusi Cerekarama Tv3. Telemovie ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Nadia Bran, Ika Nabella, Raja Ema, Mustaqim, Nizam Ijam dan ramai lagi. Telemovie Lamar ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Telemovie ini disiarkan sempena DFKL2016 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tengok dari iklan kat tv nampak macam menarik juga Telemovie Lamar ni. Apapun jom layan sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Lamar
Mengisahkan Fara (Nadia Brian) seorang pengurus di Lamar.com, sebuah agensi yang membantu orang untuk melamar atau meluahkan rasa cinta bagi mereka yang sukar untuk meluahkan perasaan. Cabaran demi cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Fara, Apa yang bakal berlaku seterusnya?..
Jom Baca ni jugak --> 15 Peraturan Atau Arahan Yang Selalu Kita Langgar!..
12 Mac 2016
Cham Tersingkir Di Minggu Ke-7 MLM2016
Assalammualaikum..
Berakhir sudah minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega 2016 yang bertemakan Muzikal Komedi. Rata2 kumpulan mendapat 4 dan 5 Ha daripada juri. Walaubagaimanapun selepas beberapa minggu kurang menyerlah dan sentiasa di bottom three akhirnya kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul terpaksa akur dengan penyingkiran mereka. Entah kenapa kump Cham gagal menyerlah di MLM2016 ni mungkin kerana baru bergabung setelah sekian lama tidak bertemu menyebabkan mereka kurang serasi. Sedangkan aku masih ingat lagi, betapa best dan menyerlahnyer diorang ketika di Raja Lawak Musim Kedua dulu. Sayangnya diorang gagal mengulangi prestasi cemerlang diorang ketika di RL2 dulu di MLM ni, sedangkan kump Cham antara kump yang dinanti-nantikan oleh penonton untuk MLM2016 ni.
Apapun maybe di MLM akan datang, diorang akan lebih best ker kan, hope pasni tak payah lah nak berpecah ker ape, just terus kekal bersama jer..Good Luck Cham. Dalam banyak2 sketsa, aku suka gak sketsa pasal persahabatan dari kump LOL tu n Isa Bora memenangi Man Of The Match minggu ni. Apa agaknya tema untuk minggu depan yer?
Jom Baca ni jugak --> 6 Benda Mudah Yang Korang Perlukan Untuk Hidup Mewah!..
11 Mac 2016
Sinopsis Filem Usin UFO
Assalammualaikum..
Filem Usin UFO akan mula ditayangkan di pawagam bermula 10 Mac yang lalu dan merupakan filem pertama arahan pelakon Zul Yahya. Filem Usin UFO ini dilakonkan oleh Shuib Sepahtu, Aishah Illias, Puteri Sarah Liyana, Liza Abdullah, Joey Daud, Aliff Satar, Kaza Saisi, Yassin Yahya, Cat Farish, Fiza Halim, Mimi Ernida dan ramai lagi. Usin UFO merupakan Filem Komedi yang menerapkan elemen sains fiksyen gitu dan rasanya diorang dah shooting filem ni dari tahun 2012 lagi, tahun 2016 baru kuar cite ni. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Usin UFO
Mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Usin yang amat disenangi oleh penduduk kampung dan berjaya mengusahakan sebuah resort di kampungnya. Pada suatu malam, sewaktu dia melawat kawasan resortnya, Usin telah diculik oleh sekumpulan Alien. Alien - alien itu telah menjalankan ujikaji ke atasnya dan memulangkan Usin ke bumi pada keesokan harinya. Sejak dari peristiwa itu, pelbagai perkara pelik berlaku ke atas Usin yang menyebabkan huru hara di kampungnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Jom Baca ni jugak --> Cara-Cara Untuk Kenali Personaliti Diri Anda..






























