-->

1 Ogo 2011

KhaiRuL FaHMi PutUs tUnaNg deNgan ELia.


AssaLammualaikum..apa khabar semua...
terkejut juga apabila membaca akhbar Metro Ahad semalam mengenai khairul fahmi yg putus tunang dgn Elia..Rasanya diorang baru bertunang Mei 2011...
Hari sabtu baru2 ni je first time aku gi ke BLoG Elia nih..membaca entry2 nyer....especially membaca ttg kisah cintanya dgn khairul fahmi nih..(ketinggalan aku..byk yg dh baca blog elia..nih..famous blog die)
kat sana elia menceritakan bagaimanakan first time bertemu sehinggalah mereka bercinta..
banyak juga gambar2 khairul fahmi kat sana..gambar lama..gambar baru semua ada..
n ternyata bila baca kisah diorang nih..sweet je aku rasa hehe..
namun bak kata org tua2..orang bertunang nih mmg byk dugaan...emmm xde jodoh kan..tapi siapa tahu mungkin suatu masa akan bertaut kembali..org kata kalau cerai pun boleh rujuk balik ni plak bertunang kan =)
sebab mereka putus tunang..??ada yg kata khairul fahmi yg curang serta meninggi suara pada mak elia...tgk sajala pada status fb elia tuh..marah bebenor die...tapi dlm metro ahad..fahmi menyatakan semua itu tidak benar...ramai juga yg menuduh elia bukan2 kerana terlalu terbuka dlm menceritakan kisah cintanya dalam blognya untuk tatapan umum membacanya...
bagi aku tak salah rasanya elia nak menceritakan kisah cintanya secara terang benderang di blognya..itu hak die..rasanya kalau org biasa yg x dikenali menulis kisah cinta mereka tentu tak jadi masalah..cumanya bekas tunang elia nih dikenali ramai..dan menjadi tumpuan sebab tu lah ianya menjadi isu besar..tuh baru pemain bola sepak.cuba kalau elia bercinta dgn artis lelaki yg popular..mesti lagi teruk elia dihentam..mungkin ramai yg jeless kot..

biasalah mcm2 jenis orang yg ada kt MSia nih...tapi kesian juga pd elia baru bertunang dh putus...bahaya dan berisiko bila bercinta dgn orang2 yg popular..nih..tmbh2 org tuh rupanya boleh tahan..mcm2 dugaan akan datang..apa yg boleh dibuat..bersabar jelaaa..mungkin ada hikmahnyaaa.... 

UPDatE...KENyataan Elia di Harian Metro (1 Ogos 2011)
(KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.)

okey..kenyataan diatas adalah sebahagian petikan dari Harian Metro..yg fahmi cakap mcm tu yg elia ckp mcm nih..emm x sangka pula elia tidak tahu menahu mengenai putus tunang nih..sebaliknya hanya tahu apabila membaca akhbar H.Metro..fuhh..kesian pula pada Elia..Orang ketiga nih x tahu malu betul la..kenapa la nak meruntuhkan masjid yg bakal dibina x lama lgi tuh..kalau sape2 kat tempat elia mestinya sakit hati nyer..huhuhu..Bila singgah ke blog Elia dapat dilihat entry2 mengenai Love Story diorang banyak yg dh xde..mungkin Elia dah delete..apa pun kesabaran amat penting untuk masa ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017