-->

2 Dis 2011

Johan Raja Lawak Enggan Komen Isu Saman Malu oleH OGy


Barangkali kata orang tua-tua, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’ adalah ayat yang tepat menggambarkan situasi yang dihadapi oleh Johan Raja Lawak, 27 apabila dia dikejutkan dengan berita Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang disifatkan Ogy berbaur penghinaan terhadap kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.
Pasangan duo ini telah diberi kepercayaan mengacarakan malam anugerah berprestij, FFM24 bersama-sama buat pertama kali.
Insiden saman ini nyata mengejutkan ramai kerana melihat pada keletah gurauan kedua-dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun tiada angin tiada ribut, Ogy melaharkan amarah terpendam sejurus selepas tamat majlis sehingga nekad untuk menyaman Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohammad Aziz.

Ogy mendakwa Johan bertindak biadap, bukan setakat pada dirinya malah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan sesuka hati. Paling mengguris hatinya apabila Johan mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad.
Memetik kenyataan balas Johan yang dipetik daripada Kosmo! mengenai isu saman tersebut, Johan mengakui benar-benar terkejut dan hanya mengetahui perkara saman melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara tersebut baru-baru ini.
Menurutnya lagi, dia tidak menyangka isu tersebut dipanjangkan kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM24 tamat sekiranya terdapat salah silap kata-katanya yang mengguris hati Ogy.
Enggan mengeruhkan keadaan, Johan tidak mahu berbicara lebar mengenai hal saman ini selagi surat saman tersebut tidak sampai ke tangannya.

“Saya terkejut dan hanya dapat tahu perkara ini melalui sebuah akhbar tempatan yang menyatakan Kak Ogy nak saman saya. Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini selagi surat saman belum sampai kepada saya,”
“Tunggulah jika perkara ini masih berpanjangan, saya akan bercakap mengenainya kepada semua,” akhiri Johan.

SumBer~http://www.suarapeople.com/2011/12/johan-raja-lawak-enggan-komen-isu-saman-malu-fauziah-datuk-ahmad-daud/~

p/s-kesian gak kt Johan die mcm terkejut dan x sangka akan disaman,bak kata org tua2 kerana mulut badan binasa..hope jadi pengajaran dan harap kak ogy lembut hati x jadi saman.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017