gambar terbaru JoZaN hehe..
Pelawak dan penyampai radio Era iaitu JoHaN menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepathu.
“Saya terkejut apabila ada khabar angin tersebut menjadi perbualan ramai malah telah diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar minggu lepas (Ahad).
“Khabar angin tersebut tidak benar sama sekali.Bagi saya ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak mebuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut,” ujar Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim.
Pelawak berusia 28 tahun ini yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak turut menambah, khabar angin itu mungkin timbul gara-gara sikap segelintir individu yang ingin melihatnya menyertai kumpulan Sepahtu.
Sementara itu, salah seorang anggota Sepahtu, Shuib ketika ditanya berhubung khabar angin ini memberitahu yang dia juga terkejut dengan khabar angin tersebut yang kini tersebar meluas.
Menurut Shuib, dia dan Johan tidak pernah berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulan mereka.
“Saya agak terkejut kerana setahu saya, saya tidak pernah berbincang dengan Johan tentang hal tersebut.
“Saya ada bertanyakan kepada Jepp (salah seorang lagi ahli Sepahtu) dan dia juga tidak tahu menahu langsung mengenai berita yang tersebar itu. Walaubagaimanapun, saya enggan mengulas lebih lanjut. Rasa pelik juga apabila berita sebegini timbul,” ujar Shuib yang tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Johan menyertai kumpulan Sepahtu.
~Dah agak dah xkan lah Johan nak sertai Sepahtu dan tinggalkan JoZaN kan..macam pelik je jadinya..Jepp dan Shuib pun rasa pelik bila dengar cerita ni hahaha..yela rasanya diorang pon berpendapat sama ngan orang lain kan xkan lah JoHan nak tinggalkan Zizan dan JoZaN kan..mmg sgt pelik bunyinyer..
P/s-Agak terkezut juga bila si Polan tuh bawa benda tuh sekali kuar screen haha dah la benda tuh dihadiahkan oleh si Teeetttt...apalagi perasan la si teeeetttt jawabnyer..terus si Teeetttt menyatakan perasaan gembiranya itu di FB dll..OMG x sanggup aku nk lihat kegedikan diri si teeettttttt...->agak2 Cik Dya faham x apa yg dimaksudkan??hihihi payah benor nak berkias-kias nih kan.. :P
huhu...suke sangat gabungan Johan dan Zizan...kan? kan? kan?
BalasPadamsape la c teeeettt tu erkk??? hihi
BalasPadamMasha-mestilaaah...suke ngan jozan..
BalasPadamSweety-cubalah tekaa siapa si teeeetttt tuh..haha x susah nk teka sebenarnya cuma kena alert dan fokus jer..wakaka..
kan da kata propa je. :)
BalasPadamerr tak faham langsung pasal si teeettt tu. :)
hhehehhee...taw3..byaselah 2 cik banu oiii...biau je die..haha
BalasPadamapo teeet² tu miss banu. pening ku bacenye. hehe.
BalasPadam