Assalammualaikum..
Hari ni bermulanya tayangan drama Kisah Cinta lakonan Bintang Paling Popular 2012 Shaheizy Sam dengan artis cantik jelita Fazura..mesti best drama ni..dah lama x tengok Sam berlakon drama, selalunya Sam berlakon Filem jer..kali ni Sam berlakon drama pula bergandingan pula dengan Fazura yang juga dah lama x berlakon. Kali terakhir nampak Fazura berlakon masa drama Tahajjud Cinta. Ditambah dengan kemenangan Sam kat ABPBH baru2 ni rasanya ramai yang x sabar nak tengok drama ni..dari sinopsis cite ni pun nampak mcam best jer..Jom kita baca sinopsis drama Kisah Cinta..
Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang. Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.
Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.
Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.
Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.
Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah. Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal?

Itulah sinopsis cite die..cam best jer kan..hehe jom layan gmbar Fazura kt bawah ni..Fazura adalah salah seorang pelakon yg aku suka..
akak pun suke tgok Fazura ni. tak puas tgk dia, cantik sangat...;)
BalasPadammenarikkk.... :)
BalasPadamsuka la gandingan sam & fazura. huhu..
BalasPadamehh bila drama ni? semlm tgk xde pun... huhuhu...
BalasPadamwahh mcm bez ja ;-)
BalasPadamaah fazura ni mmg cantik giler...tulaa smlm drama ni xde plak..
BalasPadamBest bila tengok depa digandingkan berdua
BalasPadamdya pun suka tgk fazura..cantik.. dia kalau xmake up pun still cantik..
BalasPadamx sempat nak folow lah citer ni
BalasPadamsuka tgk...so sweet
BalasPadambaju yg fazura pakai pun sgt cantik
sape tau kat mana boleh beli
terima kasih