-->

22 Mei 2014

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Setelah drama Aku Isterinya melabuhkan tirainya semalam, kini tibalah giliran drama baru yang bertajuk Kerana Terpaksa Aku Relakan mengambil tempat di Slot Akasia tv3. Drama ini merupakan adaptasi dari novel yang judulnya juga sama dan dibintangi oleh Izreen Azminda, Amar Baharin, Shafiq Kyle dan ramai lagi. Tak silap aku drama ini ada 24 episod. Apapun jom layan Sinopsis Drama ini..

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan
Mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan. Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati. 
Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi. Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah. Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati IndahSatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Sinopsis credit to Sini.. Gambar2 Credit to Page FB KTAR.

P/s- Khabarnya masa tgh shooting drama ini, Izreen bercerai dengan suaminya, moga izreen tabah dgn dugaan ini.

7 ulasan:

  1. blogwalking di sini
    done follow your blog
    jom singgah dan follow:
    http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Tadi dah tgk episod 1 macam best sangat

    BalasPadam
  3. Best apa.....xcerdik je aku tgk indah tu....xda effort nk blik bkawen...erm.......

    BalasPadam
  4. Xbest lgsung ep.1....cm xcerdik je si indah tu...xda efforts nk balik untuk pkahwinan dier.....huhuhu

    BalasPadam
  5. X logik betul cite ni.xkanla xleh nak tepon guna phone Sape2 kt rnr tu . apekahla

    BalasPadam
  6. Lepas tgk first episode i must say the logic is real crappy. Tp i kinda like lakonan izreen tuh. Maybe i w read the novel...

    BalasPadam
  7. Tu la namanya "cerita"..kalau kalau best, tengok..xbest tukar la channel...hokeyyy..???

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017