Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz & Amyra Rosli
Assalammualaikum..
Drama Isteri Tuan Ihsan sudah mula disiarkan di kaca tv bermula 5 Disember yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Awak Sangat Nakal yang telah tamat episodnya. Drama Isteri Tuan Ihsan ini dilakonkan oleh Aaron Aziz sebagai watak Tuan Ihsan Iskandar, Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina, Harris Baba, Gambit Saifullah, Nadia Mustaffa, Mardiana Alwi, Ruzana Ibrahim, Qazem Nor, Shah Rezza, Ungku Ismail dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Tuan Ihsan karya Novelis Sara Kyoko, kalau nak baca online novel tersebut boleh Klik ➼ SiNi..
Drama 20 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampaknya setiap kali drama ini disiarkan memang akan trending di Twitter. Rata2 penonton suka dengan drama ni, aku suka tengok Amyra Rosli dalam drama ni sebab die nampak comel sangat ditambah dengan wataknya yang gedik n manja tu. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.,
Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan
Drama Isteri Tuan Ihsan ini mengisahkan tentang dua individu yang berlainan cara hidup. Tuan Ihsan adalah seorang yang berusia dan kaya. Tetapi hidupnya sering bergelumang duka. Akibat duka lama, dia seolah mengelak dari bercinta lagi. Segala harta kekayaan tidak mampu untuk membahagiakannya. Seroja Irdina pula adalah seorang gadis remaja yang masih menuntut di universiti. Sebagai remaja yang membesar di ibu kota, dia sering ke kelab malam untuk mencari hiburan. Pakaiannya mengalahkan artis antarabangsa. Biarpun hidupnya sentiasa ditemani kawan-kawan dan penuh dengan hiburan, tetapi hatinya seringkali resah.
Suatu hari dua individu yang berbeza gaya hidup ini bertemua kerana sekeping wasiat. Ibu Seroja telah mengamanahkan Tuan Ihsan untuk menjaga Seroja. Ibu Seroja pernah menjadi seorang gadis yang istimewa dalam hidup Tuan Ihsan satu tika dulu. Seroja yang kini hidup sendirian, tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke banglo mewah Tuan Ihsan semata-mata untuk memenuhi permintaan ibunya itu. Adakah pertemuan itu, akan merubah dua hati yang mempunyai gaya hidup yang sangat berbeza?
Lagu Tema / OST Isteri Tuan Ihsan ⏩ Bukan Yang Pertama Nyanyian Faizal Tahir
Baca ni jugak ⇨ 6 Alasan Paling Kerap Korang Gunakan Bila Nak Ajak Member Lama Untuk Lepak Sekali!..
aduduu. tuan ihsan kaya sngt. haha
BalasPadamTerima kasih
BalasPadam