Sinopsis Drama Mencintaimu Mr. Photographer (Astro Ria)
Assalammualaikum..
Drama Mencintaimu Mr. Photographer adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hero Seorang Cinderella yang telah tamat episodnya. Drama ini diadaptasikan daripada Novel Mencintaimu Mr. Photographer karya novelis Emma Mariam dan dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marissa Yasmin, Hairie Othman, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufiaz, Aishah Azman dan ramai lagi. Selain itu, drama 16 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Drama Mencintaimu Mr Photographer ini juga sudah mula disiarkan di Astro Ria bermula 3 Julai yang lalu. Episod pertama drama ini saja dah trending di Twitter, selain itu ada banyak scene - scene sweet antara Jemy dan Aira di episod - episod awal ini. Aku rasa di pertengahan cerita, mesti lagi best drama ini bila pelbagai konflik mula timbul dalam hubungan Jemy dan Aira ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye. Selamat Membaca.
Sinopsis Drama Mencintaimu Mr. Photographer (Drama Adaptasi Novel)
Satu kejadian yang tidak disangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas atau nama glamournya Jemy. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati / model seperti mamanya dan merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad. Aira terpisah dari mamanya dan abangnya kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar. Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Jemy seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira.
Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang kerana mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya iaitu Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa suaminya?.
Lagu Tema / OST Mencintaimu Mr. Photographer
⏩ Jampi nyanyian Hael Husaini
Baca ni jugak ➔ Baca Online Novel Mencintaimu Mr. Photographer
wah boleh tengok nt ni 😊
BalasPadambaca novel lagi best kot..hehe
BalasPadamHua series baru pula. Yang Cinderella pun saya lum habis tengok :D
BalasPadamcomel ja heroin dia..
BalasPadamCerita ni best...sweet sngat..lakonan hero n heroin pun sngat baik. Xterlepas setiap episod.
BalasPadam