Mother (2018) - Korean Drama Review
Dah lama tak buat review drama Korea dalam blog ini hehe, paling latest drama Korea yang aku dah habis tengok adalah drama Life On Mars. Apa pun kali ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Mother yang disiarkan di channel TVN dan release pada 24 Januari dan tamat episodnya pada 15 Mac 2018. Antara pelakon drama Korea Mother ini adalah Lee Bo Young, Heo Yool, Lee Hye Young, Go Sung Hee, Son Seok Koo, Lee Jae Yoon, Jo Han Chul, Jeon Hye Jin, Go Bo Gyeol dan ramai lagi. Selain itu drama 16 episod ini adalah remake daripada drama Jepun (2010) dan disiarkan bagi menggantikan drama Prison Playbook dan kemudian akan digantikan pula dengan drama My Mister. Manakala pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama yang best seperti drama Emergency Couple, My Beautiful Bride, On The Way To The Airport, Chicago Typewriter dan lain - lain lagi. Pelakon kanak - kanak Heo Yool terpilih untuk melakonkan watak utama drama ini iaitu Hye Na selepas ujibakat yang turut melibatkan 400 peserta lain. Paling menarik bila Korean Drama Mother ini menang anugerah "Best Drama" di 2018 (54th) BaekSang Arts Awards, manakala Heo Yool juga turut menang anugerah "Best New Actress" dalam majlis anugerah tersebut.
Drama Korea Mother ini mengisahkan Hye Na lakonan Heo Yool yang hidup terseksa bersama ibunya dan sering terabai serta didera oleh ibunya dan paling teruk lagi Hye Na di dera dan dipukul oleh kekasih ibunya yang bernama Seol Ak. Malah Hye Na dilayan seperti sampah oleh kedua - dua mereka sehingga munculnya guru Hye Na iaitu Soo Jin yang prihatin dan tak sanggup melihat Hye Na dilayan sedemikian rupa, lalu bertindak melarikan Hye Na dari ibu kandung Hye Na iaitu Ja Young. Kemudian Soo Jin dan Hye Na terpaksa hidup dalam pelarian kerana Soo Jin sebenarnya dianggap telah menculik Hye Na, walaupun niat Soo Jin sebenarnya baik iaitu ingin melindungi Hye Na. Bagi Hye Na pula dia berasa sangat gembira dapat bersama dengan Soo Jin yang kini menjadi ibu barunya. Apa pun pelakon kanak - kanak Heo Yool tu memang pandai berlakon, jadi memang tak hairanlah dia boleh menang anugerah gitu. Wataknya sebagai Hye Na yang di dera oleh ibunya serta kekasih ibunya itu memang kesian tapi Hye Na tu tetap bertahan dan langsung tak mengadu pada sesiapa dan sangat sayangkan ibunya. Tapi sayangnya mak Hye Na tu tak sedar yang dia ada anak yang cukup baik tapi lebih pentingkan kekasihnya berbanding anak sendiri.
Siapa - siapa yang dah tengok drama Korea Mother ini pasti geram dan marah dengan sikap ibu Hye Na itu lakonan Go Sun Hee, lebih geram lagi dengan kekasih psiko Ja Young itu yang memang kaki pukul dan ada niat nak membunuh Hye Na. Malah dia juga dah pernah bunuh anak - anak bekas kekasihnya sebelum ini. Selain daripada kisah Hye Na, drama ini turut memfokuskan juga tentang kisah hidup Soo Jin yang memang suka bersendirian dan merupakan pengkaji burung, namun hidupnya mula berubah 100 peratus selepas bertemu Hye Na. Ikutkan Hye Na dan Soo Jin boleh melarikan diri dengan jayanya tapi nasib diorang kurang baik bila Seol Ak yang merupakan kekasih ibu Hye Na nampak diorang dalam bas dan akhirnya memburu mereka sekaligus membuatkan segalanya menjadi sukar. Drama ini juga ada menceritakan serba sedikit mengenai kisah silam Seol Ak yang psiko itu serta penyebabnya dia menjadi jahat. Sikap Hye Na yang baik, peramah dan ceria itu membuatkan semua orang menyenangi serta menyukainya dan membuatkan Hye Na cepat menyesuaikan diri di tempat - tempat baru. Selain itu tiada kisah cinta dalam drama ini, walaupun kelihatan ada doktor muda yang handsome bernama Jin Hong turut menyukai Soo Jin dan sentiasa menolong Soo Jin yang berada dalam kesusahan itu.
Namun tak nampak Soo Jin macam suka dengan doktor tu sebab Soo Jin kelihatan biasa saja dan hanya memfokuskan Hye Na saja. Bagi aku Soo Jin lakonan Lee Bo Young memang nampak dingin dan macam tak ada perasaan dengan orang lain, kecuali dengan Hye Na saja. Di penghujung cerita, drama ini bertukar dari suspen menjadi sedih pula bila melihat kasih sayang Soo Jin dan Hye Na ini, bila semua orang cuba memisahkan mereka berdua. Tapi korang jangan risaulah sebab ending drama Korea Mother ini memang happy ending gitu, jadi kalau korang nak tahu kenapa drama ini boleh menang anugerah Best Drama kenalah tengok drama ini nanti hehehe. Apa pun bagi aku drama ini memang best untuk ditonton dan aku bagi 7.9/10 Bintang untuk drama ini.
Update 4/2/2021
Update 4/2/2021
👸 Drama Korea Mother kini tengah disiarkan di TV3 setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 11 malam.
Tonton Drama Korea Mother Episod 1 Hingga Episod 16 (Full Episode)
👉👉 https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-mother-playlist-26172305
Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Drama Marry Me Senorita Slot MegaDrama Astro Ria Tonton Episod 1 Hingga 20 (Full Episode) Lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann
👉👉 My Korean Drama List 2020
wargh x leh la bab budak2 kena dera ni murung sekejap :(
BalasPadamthx for review :)
macam best je drama ni!
BalasPadamEmm rasa cam nak tgk juga drama ni,, tgu weightlifting fairy ni abis br nak start yg baru
BalasPadamrasanya ada baca jugak ritu pasal mother ni.. hehe tapi kurang layan citer mellow. hehehe..
BalasPadamcomel betul maknyer.. haha
BalasPadamPenat nangis tgk citer...xsnggup nk smbung tgk bila soo Jin hye na dkt umaah ank yatim Tu 😥😥ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
BalasPadamBagus cerita ni sb kekadang kita terlupa nasib malang si kecil yang tak bernasib baik...masyarakat kita makin tenat...sekurang2 nya cerita ini menyedarkan tggjwb kita pada mereka ini
BalasPadamSaya tak faham lah. Kenapa su Jin tak ambil yoon bok jd anak angkat dia ?? Tak boleh ke? Terima kasih kerana menjawab soalan saya☺️
BalasPadam