-->

29 Sep 2012

ShiLa Amzah JuaRa Asian Wave 2012 di ChiNa


Assalammualaikum..
rasanya dh ramai blogger buat entry mengenai kemenangan Shila Amzah di China tuh..rasanya ramai yg bangga dengan kejayaan Shila nih kan..kat dalam negara ni Shila sendiri pernah menyertai One In A Milion dan Mania tapi x berjaya bergelar juara..rezeki belum sampai..Sekarang ni bila Shila dh bertudung rezeki pun makin banyak..Alhamdulilah juara Asian Wave tuh dah la bertanding kat tempat orang menang plak tuh..memang bangga la kan..korang dh tengok video Shila menyanyi masa kat pertandingan itu?..kat You Tube mmg banyak orang upload..ternyata Shila memberikan persembahan yg memukau..aku suka tengok Juri2 pertandingan ni..dh la ramai sporting pulak tuh siap menari sekali tepuk tangan semua..syok tengok..walaupun kebanyakan juri mengkritik dalam bahasa Cina yg mmg aku x faham..tapi rasanya semuanya memberi pujian pada Shila..
Aku suka dengar Shila nyanyi lagu Gemilang, Grenade n lagu berbahasa Cina  tuh..sedap jer dengar..penonton kat sana pun sporting siap menyanyi sekali n bersorak untuk Shila how sweet..

Paling sweet sekali masa Shila diumumkan sebagai Juara..ada pemuzik yg melompat kegembiraan bila Shila menang..alololo sweetnya..semua suka Shila kat sana..Kat Youtube aku dapat tengok komen2 peminat dari China yg memuji-muji persembahan dan vokal Shila ni..selain tuh orang-orang Cina di Malaysia  juga rasa bangga dengan Shila ramai yg memberi komen positif..semua bangga dengan Shila..tambah2 Shila satu-satunya artis bertudung masa kat sana tuh..pastu menang pula..ternyata lah juri2 kt sana x pilih kasih kan..baca paper Metro tadi baru aku tau Shila ni dulu pergi Sekolah Cina jadi die faham juga bahasa Cina patutlah dia macam faham jer masa juri komen kat die tuh..masa die nyanyi lagu berbahasa Cina tuh pun nmpk mcm lancar je sebutan die...sedap lagu berbahasa Cina tuh..korang dh tengok video Shila tuh..korang patut tengok mmg best dan bangga giler hehe..

Shila bukan sahaja mengharumkan nama negara malah dia juga mendapat dana berjumlah lebih dari RM1 Juta. Wang dana berkenaan merangkumi mcm2 termasuklah rakaman album,konsert,promosi dan lain-lain yang berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi di China. Apapun ia masih dalam perbincangan dengan pihak penganjur. Shila selepas ini akan kerap berulang alik ke China. Apapun bagi sesape yg x tengok video persembahan Shila di Asean Wave tuh bolehla tengok kat bawah ni..yg mana video tersebut merangkumi semua persembahan Shila di Separuh Akhir dan Akhir..rugi tak tengok mmg best..sedap suaranya..

15 ulasan:

  1. rezeki dia lah tu. moga dia pertahankan artis bertudung

    BalasPadam
  2. dah rezki dia..kite pn tmpg gumbira..

    BalasPadam
  3. Dia orang kata Shila ini superstar!!

    BalasPadam
  4. RM 1juta....Shila dapat!!! best.
    Tahniah buat beliau..
    Rakan akukat kilang kata dia nyanyi lagu mandarin memang clear!!

    BalasPadam
  5. Mmg mantop pun suara dia..kak M dengaq pun meremang bulu roma..

    BalasPadam
  6. Rezeki lepas bertudung.. Alhamdulillah.. Bangga dengan shila yang mengharumkan nama negara kita :)

    BalasPadam
  7. dya suka masa dia nyanyi lagu cina masa semi final

    BalasPadam
  8. sdp.masa nyanyi lgu cina2 terbaiklah..ptutlh pandai gupe g sekolah cina

    BalasPadam
  9. suke tgk dia nyanyi lagu foever love tu..dan lagi suke tgk gelagat juri2.. mmg diorg kagum dgn shila ni..

    apapun tahniah.!

    BalasPadam
  10. suka la dgr Shila nyanyi..meremang bulu roma tau ;)

    BalasPadam
  11. seriesly mmg talented minah ni. sedap sore die kan. ;)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017