-->

26 Okt 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-8


Assalammualaikum..
Sekejap jer dah nak masuk Separuh Akhir Super Spontan 2013 nih. Di Minggu Ke-8 ini menyaksikan team Ketam Konfius kalah dan Suhaimi disingkirkan. Minggu ke-8 juga berlaku kejutan apabila Jepp mendapat kad merah daripada Ray dan membuatkan Jepp tidak dapat beraksi dalam beberapa game untuk minggu ke-9 nih. Ikutkan kalau dapat kad merah memang tidak dapat bermain langsung, tapi mungkin dah separuh akhir jadi syarat tu dilonggarkan. Selain itu dalam ramai2 penonton yang hadir kelihatan Shaheizy Sam disitu. Baru dapat tahu bahawa Afdlin pernah mengajak Shaheizy Sam untuk jadi peserta Super Spontan tapi telah ditolak oleh beliau. Mungkin sebab SaM sgt busy or die x berapa gemar berspontan ni. Jom kita tengok game apa yang diorang main untuk minggu ini.
Game Pertama yang diorang main adalah Game Dialog Dalam Tin dan menyaksikan team Semut Sentap yang diwakili oleh Jepp dan Tauke start dulu. Tak leh blah dengan dialog last yg Jepp dapat tu, macam kena mengena jer dengan tajuk yang diorang dapat tu iaitu kat bulan kena jerit, Semalam mak kau masak ikan sedap tak!! hehe lawak jer. Kemudian tibalah giliran team Ketam Konfius yang diwakili oleh Nabil dan Along. Diorang dapat watak jadi sepasang kekasih. Tapi Along macam tak selesa dengan watak tu dan die mintak kawtim dengan Ray dan Haniff, tapi Nabil cakap tak payahlaa jadi diorang pun teruskan dengan sketsa diorang. Nampak kedua-dua team pun boleh tahan main game ni.

Seterusnya diorang main game Terteruk Di Dunia dan Di Ladang, best gak game ini, bila diorang kena pikirkan situasi yang paling teruk dalam sesuatu pekerjaan yang diberikan. Antara pekerjaan yang diorang dapat adalah Tukang Gunting Rambut, Tukang Masak, Pengapit Pengantin dan Penjual Kereta yang semuanya memang terteruk di dunia dan di ladang. Semua peserta bermain dengan cemerlang untuk game ini. Seterusnya diorang main game Jualan Langsung. Rasanya game Jualan langsung ni yang paling tidak digemari peserta sebab diorang kena jual barang secara individu dan terpaksa berfikir dengan pantas dan kreatif.  Team Ketam Konfius yang diwakili oleh Suhaimi, Along dan Nabil start dulu. 
Barang2 yang diorang ambik susah2 belaka, tapi diorang berjaya gak buat, yang mana diorang kena jual produk untuk mengesan awek yang masih solo.  Manakala Team Semut Sentap pula yang diwakili oleh Rahim, Jepp dan Johan kena jual produk yang mencegah dari mengumpat. Jepp keluar dengan strategi yang ingin biarkan masa berlalu dengan cepat maka die start main game ni dengan cuba berinteraksi dengan penonton serta menyanyi terlebih dahulu hehe. Johan juga cuba bermain dengan masa apabila die turut berinteraksi dengan penonton. Bila dengar die cakap slang cina terus semua ketawa, siap ada nama produk lagi iaitu Umpatanku ditepis-tepis. Memang lawak part Johan tu, yang lain2 pun best gak.
Seterusnya diorang main game Keluar Masuk. Team Semut Sentap mula dulu, diorang jadi budak2 yang main mercun. Jepp tetiba cakap ayat yang tak lengkap terus jadi kelakar hehe. Manakala team Ketam Konfius selalu sebut perkataan sendiri dan keluarkan diri sendiri. Last Game yang diorang main adalah game Pemandu Pelancong. Team Ketam Konfius start dulu dan Yus yang jadi Pemandu Pelancong dan lokasi yang Yus kena teka adalah Kedai Dobi. Awalnya Yus nampak belum dapat tangkap hint2 yg kawan2 die bagi sampailaa Nabil bagi hint yang terbaik yang merujuk pada Shuib barulaa Yus dapat teka. Untuk Team Semut Sentap, Rahim yang akan jadi Pemandu Pelancong.

Rahim dapat meneka lebih awal so Team Semut Sentap nampak lebih yakin dan releks siap suruh enjoy lagi hehe. Rahim dan yang lain mengatakan lokasi itu adalah Bilik Bedah. Manakala Haniff dan Ray mengatakan lokasi tersebut adalah Bilik X-Ray. Jadi team Semut Sentap tak berapa puas hati dan jepp terus ke depan dan mengatakan tu Bilik Bedah dan kemudian Ray terus memberikan kad merah kepada Jepp.  Lepas tu kelihatan Haniff juga memberikan kad merah kepada Pengurus Pasukan Semut Sentap. Memang kecoh masa ini. Apapun Team Semut Sentap tetap menang di minggu ke-8 dan kekal dgn 4 ahli, manakala team Ketam Konfius hanya tinggal 3 ahli saja.
Gambar2 credit to FB Super Spontan.

4 ulasan:

  1. teringin nak tgk..

    BalasPadam
  2. Meluat dgn pengacara ...sikit2 nak bg kad merah...yg byk dpt pun pasukan semut sentap...huhh...apapun, jep terbaikk...

    BalasPadam
  3. sam xnak join sbb dia xpandai main kot....hehehehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017