-->

7 Okt 2013

Senarai Lagu-lagu di Konsert Minggu Ke-4 AF2013

Assalammualaikum..
Dah masuk minggu ke-4 AF2013 ni. Konsert AF pada minggu ini akan diadakan di Johor. Azhael mendapat kelebihan yang mana diorang dapat memilih sendiri lagu2 untuk diberikan kepada peserta AF yang lain. Ketika mendapat lagu2 tugasan pelbagai reaksi yang diberikan oleh peserta AF nih, ada yang suka dapat lagu yang dipilih oleh Azhael, dan ada gak yang kurang suka. Bagi aku lagu2 yang dipilih untuk konsert minggu ke-4 semuanya best2 dan popular. Cuma kemungkinan besar arrangement muzik lagu tu berubah sebab selalunya diorang tak akan ikut macam lagu asal. Bila muzik lagu asal tu berubah memang kadang2 rasa cam sedap dengar n kadang2 macam pelik pun ade hehe. 

Peserta wanita masih kekal bertahan di AF2013, Malam ni siapa yang akan tersingkir dan mengikut jejak langkah Sani, Darren dan Iman?. Sama2 lah kita nantikan, apa2 pun jom tengok senarai lagu2 untuk Konsert Akademi Fantasia (AF2013) di minggu ke-4 ini.

1-Angin Syurga, nyanyian asal Misha Omar akan dinyanyikan oleh Irmisa.
2-Ya Maulai, nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza akan dinyanyikan oleh Amira.
3-Hampa Hatiku, nyanyian asal Ungu akan dinyanyikan oleh Suhada.
4-Treasure, nyanyian asal Bruno Mars akan dinyanyikan oleh Nona.
5-Relakan Jiwa, nyanyian asal Hazama akan dinyanyikan oleh Azhael.
6-Aku Yang Tersakiti, nyanyian asal Judika akan dinyanyikan oleh Nabila.
7-Hanya Aku, nyanyian asal Hyper Act akan dinyanyikan oleh Aishah.
8-I Love You, nyanyian asal Najwa Latif akan dinyanyikan oleh Faizul.
9-Putih-Putih Melati, nyanyian asal ST12 akan dinyanyikan oleh Indah.

Rasanya lagu Ya Maulai tu dah pernah dinyanyikan oleh Farah AF2 masa di konsert AF2 dulu tu.

5 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017