-->

6 Jan 2014

Gambar-Gambar Ketika Lee Kwang Soo (Running Man) Berada Di Malaysia 2014

Assalammualaikum..
Satu lalu berlangsungnya Fan Meeting Lee Kwang Soo di Malaysia. Sambutan yang diberikan oleh peminat disini agak meriah gitu pada Kwang Soo ini. Sampai Berita Astro Awani pun turut menyiarkan mengenai kedatangan LKS ke Malaysia ini. Sempat gak aku tengok video2 yang diupload oleh Fans LKS di Media Sosial. Bila LKS menjejakkan kakinya di KLIA, terus fansnya menjerit-jerit siap panggil "Oppa, Oppa, Oppa" hehe ada gak yg cakap "Saranghaeyoo" amboii semua speaking korea okey hihi. Kemudian semua beramai-ramai melaungkan nama Lee Kwang Soo beberapa kali. Memang meriah dan kecoh.
Gambar diatas ni credit to kak @LadySherryda, LKS yang diiringi oleh polis berjalan agak laju dan cepat, jadi menyukarkan fans untuk tangkap gambarnya, kalau dpt tngkap gambar pun byk yg blurr jer. Namun LKS sempat melambai-lambaikan tangan kearah peminatnya dan senyum. Ada gak fans yang bertuah bila LKS memandang ke arah kameranya lalu buat peace hehe.
Ketinggian die ni mmg sangat tinggilah hehehe orang2 lain takat paras pinggang or bahu die jer ..
Sebelum Fan Meeting, Diorang ada sesi bertemu Media. Jadi masa inilah para wartawan boleh menginterview LKS ni.
Gambar ni credit to FB ERA- Rasanya ramai yang jeless tengok deejay Era iaitu Ira ni tangkap gambar dgn LKS kannn hihi..
Ini semasa Fan Meeting berlangsung..dengarnya LKS ada menyanyi beberapa buah lagu serta turut bermain piano sambil bernyanyi. Selain itu LKS juga turut bermain games diatas pentas bersama peminat bertuah. Tidak ketinggalan LKS juga turut menari tarian trademark die dan sebagainya. Gambar2 credit to http://www.tianchad.com
Banyak video yg telah diupload pasal Fan meeting LKS ni. Korang search jer nanti k. Sedap gak suara LKS ni bila die menyanyi tapi lagu korea lahh, patutnya die kena buat kejutan kpd fansnya dgn nyanyi lagu Melayu sikit, serangkap pun takpelah kan tu baru lagi best, betul tak?hehe.
ni tiru gaya die menari ker ek?hehe ntahlaa aku pun x tau...

Hehehe lawak muka LKS masa ni..

LKS juga turut update status Twitternya dan mengatakan "Thank You Malaysia"..bila agaknya Running Man nak shooting di Malaysia kan, konform gempaq punye. Selain tu pada mereka yang suka layan Running Man ni bolehlaa tengok di tv2 setiap Sabtu dan Ahad pukul 4 petang. Di Channel One HD Astro pun ade gak setiap Jumaat dan Sabtu. Tak pun layan kat tenet jer senang cite hehe..
Selepas Lee Kwang Soo, nanti tibalah giliran Gary (Running Man) pula datang ke Malaysia untuk Konsert Kump Lessang pada 11 Januari 2014 nanti. Sebelum ini HaHa (Running Man) & Skull telah pun dtg ke Malaysia, rasanya Disember 2013 kot. Kim Jong Kook juga dah pernah datang ke Msia tahun sudah.

P/s- Jangan lupa LIKE Fanpage Blog aku di FB k ->

11 ulasan:

  1. kalau la RM datang malaysia mmg hana nak pergi. minat gila dengan KJK yang sasa tu. :D

    BalasPadam
  2. tempat sesuai kalau diorg nak shooting kat malaysia...LEGO LAND..!!

    sekali gus boleh promot malaysia..!

    kann..!

    BalasPadam
  3. hahah.. memang kelakar la dia ni kan..

    BalasPadam
  4. huhu.. saya paling minat kwang soo.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum awak. bestnya! Kwang Soo dah ler kelakar. suka sabotaj kat Running Man. sheila tengah tengok balik start episod 1 sampai skrg 170 lebih.. kelakar tengok kwang soo ni. hehehhee

    BalasPadam
  6. lps ni dpt dato' la dia ni..hihi.. x jeles pun dia bergmbr ngan sape pun.. deqla cuma jeles kalo SRK jer.. hahah...

    BalasPadam
  7. Hebat la lee kwang soo

    BalasPadam
  8. saya peminat setia awak "LEE KWANG SOO"I love you

    BalasPadam
  9. Kwangsoo kelakar giler..hahaha..smpai mnagis tgk die..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017