-->

16 Okt 2014

Review Super Spontan 2014 Minggu Ke-6 - Abam Tersingkir

Assalammualaikum..
Macam biasa nk buat review Super Spontan 2014 minggu ke-6. Agak terlambat gak buat review untuk minggu ke-6 ni, apapun minggu ke-6 ni menyaksikan kumpulan Biawak Laser kalah tipis dengan kump Mawas Berduri dan menyaksikan Abam tersingkir. Kalau korang perasan Super Spontan selalunya berlangsung selama 10 minggu tapi baru minggu ke-7 dah masuk Separuh Akhir dah dan ianya akan diadakan di Kuantan. Manakala minggu ke-8 adalah Final dan bakal diadakan di Melaka. Pelik juga kenapa musim ni dipendekkan pula dari 10 minggu menjadi 8 minggu jer dan baru aku teringat sebenarnya ada 2 kali atau 2 minggu Super Spontan telah ditunda berikutan insiden MH17. So patutlah ada 8 minggu jer kan.

Apapun dari awal memang dah dapat agak dah yang kemungkinan Abam akan tersingkir maybe Abam ada offer diri untuk disingkirkan ker kan. Sebab memang nampak team Biawak Laser mmg bagi peluang untuk Abam main game puas2 di minggu tersebut dan di akhir rancangan diumumkan Abam Bocey tersingkir. Tapi kalau minggu tersebut team Mawas Berduri kalah lagi mesti lagi haru entah siapa yang akan tersingkir, adakah Jihan ek sebab Johan, Yus dan Rahim mmg dah biasa ke Final cuma Jihan jer orang baru di SS. Akhirnya bukan team M.Berduri yg kalah tetapi Biawak Laser. Game pertama yang diorang main di minggu ke-6 ini adalah game Sketsa Ayat Penyata. Best gak game ni semua tak boleh tanya soalan hehehe.
Paling tak boleh lupa bila Tauke masuk, boleh plak die tanya soalan hehe, lawak part ni. Game kedua diorang main game Pilihan Lain yang mana team Mawas Berduri diwakili oleh Jihan dan Yus manakala team Biawak Laser diwakili oleh Tauke dan Abam. Game ketiga diorang main Jurujual Langsung. Tak leh blah tgk gelagat Johan jadi lembut, die jadi Linda tu hehe lawak jer, yang lain2 pun best juga. Game ke-4 yang diorang main adalah Keluar Masuk manakala game ke-5 adalah game Direktor Tak Siuman. Game ke-5 ni team M.B dapat filem Pendekar Bujang Lapok manakala team Biawak Laser dapat filem Kuch-Kuch Hota Hai. 

Team Biawak Laser yg diwakili oleh Shuib, Tauke dan Achey macam keliru dan tertukar filem Kuch-Kuch Hota Hai dengan filem Mohabbatein hehehe especially Shuib dan Tauke. Siap mention Gurukul, Amitabh Bachan semua hihi. Manakala Achey nampaknya tahu dan tidak keliru die siap menyanyi lagu Koi Mil Gaya lagi hehehe. Apapun hope Separuh Akhir Super Spontan 2014 di Kuantan akan lebih best dari minggu ni. Aku rasa x payahlaa nk buat satu segmen khas untuk bagi si Amir lawan dengan pengurus team MB, en Reza tu sebab kita semua nak tengok peserta jer main dgn bersungguh-sungguh, tambah2 x cukup masa semua.

1 ulasan:

  1. kite antara orang yang paling sedih bila abam tersingkir... sebab minat dia dari dia main dekat MRL dulu lgi...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017