-->

2 Jul 2015

Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk Slot Akasia Tv3 yang bertajuk Syurga Nur akan mula menemui penonton mulai 1 Julai 2015, bagi menggantikan drama Dia Isteri Luar Biasa yang telah tamat episodnya. Drama Syurga Nur ini adalah terbitan JS Pictures dan skripnya ditulis oleh Sofia J Rhyland. Drama ini bukan adaptasi daripada novel yer seperti drama2 terdahulu di Slot Akasia. Drama Syurga Nur ini dilakonkan oleh Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Sheila Rusly, Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson, Ammar Alfian dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo). Kalau tengok dari sinopsis drama Syurga Nur ni memang nampak macam best dan jalan ceritanya macam sedih jer kan. Apapun selamat menonton yer..
Sinopsis Drama Syurga Nur

Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya, apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?
Lagu Tema OST Syurga Nur

- Benar Cinta nyanyian Aisha Hanim

Pelakon Utama Syurga Nur 


Klik2 gak link kat bawah ni k..

3 ulasan:

  1. kita dtg blogwalking sini yer... nnt jemputlah dtg rumah kita jugak tau :D

    jindrisska.blogspot.com :D

    BalasPadam
  2. bukan mami ngan papa Nur meninggal sebab kena bunuh dgn perompak ker..

    BalasPadam
  3. Last sekali mesti nur kawin gan haris an..sian kamil

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017