-->

13 Ogo 2015

Sinopsis Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Assalammualaikum..
Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa adalah drama terbaru untuk saluran Astro Bella dan Mustika HD. Drama ini mempunyai 26 episod dan dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Shogen, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ni unik sikit sebab ada pelakon Jepun yang berlakon sekali, disamping beberapa lokasi shooting drama ni juga turut dilakukan di Jepun. Apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Mengisahkan Alisa (lakonan Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).

Rykal adalah anak kepada Datuk Sherry yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (lakonan Shogen). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan adik-beradiknya.

Gambar Pelakon Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Lagu Tema (OST) Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa 
- Ku Tinggalkan Cinta nyanyian Marsha Milan 

Jom Baca Ini juga 👉👉 Biodata Terkini Mimi Lana

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017