-->

30 Sep 2015

Sinopsis Drama Hello Mr Perfect Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Hello Mr Perfect adalah drama terbaru di Slot Akasia Tv3 yang akan menggantikan drama Mencintaimu bermula 30 September ini. Drama ini merupakan adaptasi novel yang tajuknya juga sama karya Waniey Zakaria. Drama ini dilakonkan oleh Fattah Amin, Nur Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Rafiq Razali, Mimi Ernida dan ramai lagi serta mempunyai 28 episod. Kalau tengok dari sinopsis drama ni memang nampak macam best jer cite ni kan. Drama Hello Mr Perfect ni rasanya pasti dapat sambutan penonton seperti drama2 lain di Slot Akasia ni. Apa pun jom layan sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Hello Mr Perfect!
Hello, Mr. Perfect! mengisahkan mengenai Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif. 

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Lagu Tema/ OST Hello Mr Perfect
- Sorry Sorry Sayangku nyanyian Nomad..

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017