-->

2 Sep 2015

The Time We Were Not In Love - Korean Drama Review

Assalammualaikum
Seperti biasa aku nak buat Review Drama Korea yang baru aku tonton iaitu The Time We Were Not In Love (2015). Drama ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Ha Ji Won, Lee Jin Wook, Yoon Kyun Sang. Drama The Time We Were Not In Love ni diadaptasikan daripada drama Taiwan yang bertajuk In Time With You (2011) dan bergenre Romantik Komedi. Jalan cerita drama ni kira okeylaa cuma ianya agak slow dan lembab sikit terutamanya melibatkan percintaan watak2 utama drama ni. Apapun aku suka tengok Ha Ji Won dalam cite ni, die sangat cantik giler kot, dari segi pakaian, makeup sampaila ke kasut semuanya lawa2 dan up to date sesuai dengan wataknya yang merupakan wanita berkerjaya tapi dalam masa yang sama terlebih cute hahaha. Gandingan Ha Ji Won dan Lee Jin Wook sebagai hero dan heroin drama ni nampak sesuai dan serasi gitu. Banyak gak adegan2 flashback zaman persekolahan yang dilakonkan sendiri oleh hero heroin drama ni siap pakai baju sekolah semua.
OST drama ni boleh tahan jugak, apapun dari komen2 penonton yang aku baca mengenai cite ni, kebanyakkannya komplain mengenai jalan cerita drama ni yang agak slow, bayangkanlah penghujung episod 14 barulah hero dan heroin drama ni start bercinta, diorang bermula dari kawan baik, selepas 17 tahun berkawan barulah diorang bercinta. Apapun aku suka juga tengok hubungan persahabatan yang akrab antara watak Ha Ji Won sebagai Oh Ha Na serta watak Lee Jin Wook sebagai Choi Won. Diorang ni sangat rapat dan sentiasa bantu membantu dalam apa pun masalah. Tambahan lagi diorang ni tinggal berjiran, rumah sebelah menyebelah jer kot. Ibu Bapa Oh Ha Na melayan Choi Won macam anak sendiri dan diorang juga sangat berharap agar Choi Won menjadi menantu mereka, namun malangnya Oh Ha Na dan Choi Won takut untuk menukar persahabatan mereka kepada percintaan. Diorang takut seandainya hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama terputus macam tu jer akibat hubungan cinta yang tak kesampaian.
Aku juga suka tengok sikap Choi Won yang dedikasi dengan kerjayanyer sebagai seorang pramugara, banyak gak scene2 di kawasan Airport dan dalam kapal terbang yg menunjukkan Choi Won seorang yang berbudi bahasa serta peramah dengan semua penumpang2 kpl terbang. L Infinite turut menjadi guest dalam drama ni x silap aku dalam episod 2 hingga episod 4, yang mana die nampak sangat cute jer especially bila bersama Oh Ha Na. Tak boleh blah tengok part Oh Ha Na boleh tersuka gitu dengan watak L ni tapi akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Yoon Kyun Sang pula memegang watak sbg Cha Seo Hoo yg menjadi bekas teman lelaki Oh Ha Na. Bagi yang tak tahu Yoon Kyun Sang ni lah yang pegang watak sebagai abang kepada watak Lee Jong Suk dalam drama Pinocchio sebelum ini. Ramai yang kesian dengan wataknya dalam drama berkenaan kan, tapi sayangnya dalam drama ni wataknya tak berapa best sebab die akan menjadi penyebab cinta tiga segi antara dirinya, Choi Won dan Oh Ha Na bila die tiba2 kembali dan cuba merampas Oh Ha Na semula dari Choi Won.
Scene paling sedih sekali mestilah Scene Oh Ha Na menolak cinta Choi Won sebab die ingin kembali pada bekas kekasihnya iaitu Cha Seo Hoo. Walaupun hubungan cintanya dengan ditentang keluarga, Oh Ha Na tetap dengan keputusannya untuk menerima semula Ex-Boyfriend nyer tu. Memang kesian dengan Choi Won masa ni tapi nasiblah die ni jenis tak mudah mengalah dan terus menjadi kawan Oh Ha Na. Ending drama ni semestinya sweet giler dan happy ending, especially di penghujung episod 14. Bermula episod 15 dan 16 cite ni memang semua scene happy2 jer, xde yg sedih pun, Tak leh blah tengok Oh Ha Na yang merajuk dengan Choi Won pastu lari balik rumahnyer yg ada kat sebelah jer, siap bawa beg baju semua, lepas Choi Won pujuk, tak sampai seminit dah okey dah pastu terus balik umah diorang semula hahaha, mak, ayah Oh Ha Na geleng kepala jer tengok kerenah anaknya tu hehehee. Majlis kahwin diorang pun simple giler, just depan umah jer hihihi.
Apapun drama ni mempunyai jalan cerita yang ringan dan tidak terlalu berat, takde adegan suspen2 semua ni, yang ada banyak adegan2 sweet serta lawak dan beberapa scene sedih. Kira okeylaa nak layannn cite ni cuma xdela terlampau best pun, sekadar okey2 jer. Aku bagi 5.8 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.

Sinopsis The Time We Were Not In Love (Korean Drama)
Something that’s right in front of your eyes is sometimes the hardest for you to see. Oh Ha Na (Ha Ji Won) and Choi Won (Lee Jin Wook) have been lifelong friends. Through thick and thin, they’ve been through many things together in the nearly 20 years of friendship, including relationships that each has had with other people. Approaching her 30th birthday, Ha Na receives an email from Won that jokes about the “symptoms of premature aging.” Angry about the widely held belief that men are like grapes that turn into a fine bottle of wine as they age while women are like grapes that shrivel up into raisins, Ha Na makes a bet with Won that she can get married first before they turn 35. Will Ha Na and Won be able to find their true loves or have they been blind to what’s been there all along?


5 ulasan:

  1. tak tgk lagi cita nie...mcm slow jer.

    BalasPadam
  2. 5.8 bintang ye..tak rugilah kalau tak tgk ye? huhu..xminat sgt hero dia~ :p

    BalasPadam
  3. Super3 best.. Rugi xtgok, awl mmg biase je tp ish.. Ceritanya makin menarik la..

    BalasPadam
  4. menyesal kamu tak tgok drama ni..hahaha sepa yg tak minat korea tu memng laa tak suka...tapi drama ni konfom krg suka.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017