-->

17 Sep 2015

Sinopsis Filem Kapsul

Assalammualaikum..
Filem Kapsul merupakan filem baru yang akan ditayangkan di pawagamn mulai 17 September ini. Filem Kapsul ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Dato Rahim Razali, Elly Mazlein, Jue Aziz, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi. Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membuat penampilan istimewa dalam filem Kapsul ini. Kehadiran filem Kapsul ini akan menambahkan serta memeriahkan lagi senarai filem2 yang berunsurkan sejarah dan kenegaraan di Msia ini. Aku memang bangga dengan kehadiran filem2 seperti ini yang mampu mendidik masyarakat agar menghargai apa yang kita ada selama ini. Tagline filem ini juga menarik iaitu "Kau perlu merasai untuk kau memahami". 

Antara keunikan filem Kapsul ini apabila ianya menggunakan 4 latar masa yang berbeza bagi memberi impak kefahaman maksimum tentang elemen kenegaraan kepada penonton. 4 latar masa tersebut adalah sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu, Era 1955 iaitu ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan ketikA era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jom layannn sinopsis filem ini kat bawah k..
Sinopsis Filem Kapsul

Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017