-->

21 Dis 2015

My Love My Bride Lakonan Shin Min Ah & Jo Jung Suk (Korean Movie)

Assalammualaikum..
Sebenarnya dah lama pun tengok movie ni sebab ianya release tahun 2014, tapi masa tu macam malas plak nak tulis pasal cite ni hehe. Tapi bila tengok poster Korean Movie My Love My Bride ni terus terasa nak tulis sikit pasal movie ni sebabnya, poster cite ni semuanya sangat meletop belaka hahaha comel n qiut jer. Lagipun hero dan heroin cite ni memang best iaitu Shin Min Ah dan Jo Jung Suk. Kalau korang perasan drama terlatest Jo Jung Suk adalah Oh My Ghost manakala drama Shin Min Ah memang tengah hangat disiarkan iaitu Oh My Venus, kedua dua drama tersebut ada perkataan "Oh my" hehe memang kebetulan sangat. Shin Min Ah dan Jo Jung Suk ni juga ada muncul dalam Running Man untuk mempromosikan filem mereka ni.
Berbalik pada filem My Love My Bride ni, ianya bergenre romantik komedi dan mengisahkan tentang cute couple iaitu Young Min dan Mi Young yang baru berkahwin. Young Min (J.Jung Suk) adalah suami yang sangat romantik manakala Min Young pula seorang yang baik namun tegas. Mereka berdua berkahwin selepas tamat belajar di Kolej. Perkahwinan mereka pada awalnya sangat bahagia namun lama-kelamaan masalah mula timbul, mereka berdua start bergaduh disebabkan perkara-perkara kecil dan susah untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Mi Young rimas dengan perangai suaminya yang tidak tahu menguruskan hal2 rumahtangga, manakala Young Min pula mengesyaki isterinya curang dengan lelaki lain dan menyebabkan keadaan mula menjadi rumit dan mereka berdua sering bergaduh besar. 
Suatu hari Y.Min berasa amat marah dengan isterinya kerana telah membuang buku-buku kegemarannya lalu memarahi isterinya Mi Young tanpa menyedari Mi Young sedang kesakitan. M.Young cuba mengadu mengenai sakitnya namun tidak diendahkan suaminya sebaliknya dirinya terus dimarahi suaminya. Selepas memarahi isterinya, Young Min terus keluar dari rumah dan Mi Yong terpaksa menanggung kesakitannya berseorangan di rumah sebelum cuba menghubungi ibunya. Akhirnya M.Young terpaksa dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan. Young Min berasa kesal dan amat bersalah pada isterinya dan cuba meminta maaf namun Mi Young berasa sedih lalu meminta cerai pada suaminya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Adakah drama ni berakhir dengan happy ending atau pun tidak? korang kenalah tengok sendiri hehehe. Aku tengok cite ni secara online jer. Bagi aku jalan cerita movie ni biase2 jer, kita dah boleh agak apa yang akan terjadi, nasiblah movie My Love My Bride ni dibintangi oleh pelakon2 yang berbakat besar serta popular sekaligus membuatkan movie ni mendapat sambutan yang baik di Korea. Bagi yang minat hero dan heroin filem ni bolehla tonton nanti hehehe. Bolehlaa nak layann movie ni kalau ada masa lapang. Kalau tak cari jer movie lain hehehe..
Suka tengok gandingan diorang ni, nampak comel jer, Aku bagi 6 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini. Lagu2 OST cite ni bagi aku biase2 jer, xde yang menarik perhatian aku pun. Bagi aku cite ni memang sangat bergantung pada pelakon utamanya dan diorang berjaya melakonkan watak mereka dengan baik sekali. Bila diorang tengah baik memang penonton akan rasa sweetnyer diorang ni tapi bila diorang tengah bergaduh especially masa part akhir tu memang boleh buat penonton jadi geram dengan suaminya tu hehehe.
Suka tengok poster2 cite ni sebab semuanya qiut2 jer kan.. Oh ye, sesape yang belum join Segmen aku yang tengah berlangsung sekarang ni bolehla join nanti yer, tarikh tamatnya 30 Disember 2015, 11.59 malam. Pada mereka yang dah join segmen aku tu terima kasih yer nanti aku update senarai pesertanya, bagi yang belum sertainya boleh la join dengan klik sini --> Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2..

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017