-->

18 Dis 2015

Sinopsis Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku ini adalah drama terlatest untuk Slot Lestary Tv3 menggantikan drama Kau Aku Kita yang telah tamat episodnya. Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku ini merupakan adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama dan mempunyai 13 episod. Pelakon-pelakon drama ni terdiri daripada Shukri Yahaya, Zahirah Macwilson, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Sherry Al-Hadad, Zulin Aziz, Dato Eizlan Yusof dan ramai lagi. Cite ni dah pun mula disiarkan di Tv3 mulai 16 Disember yang lalu. Dapatkah Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku ni mengulang kejayaan cite Kau Aku Kita yang menjadi kesukaan penonton sebelum ini? Kalau tengok dari sinopsis drama ni memang nampak macam best jer, apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k.
Sinopsis Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tiri.  Puteri Nuraisha sering dipinggirkan oleh ayahnya yang seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha.
Dalam masa yang sama, Puteri Nuraisha mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ashraf. Ashraf kerapkali meminjam wang dari Puteri Nuraisha tetapi tidak pernah hendak membayarnya semula. Semakin hari Puteri Nuraisha rasa semakin bosan dengan sikap lelaki itu.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari Puteri Nuraisha bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha mula terpikat kepadanya. Namun dia berdepan dilema, kerana menurut amanat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf.
Tanpa diketahui oleh Puteri Nuraisha, kakak tirinya Sha turut menjalinkan hubungan sulit dengan Ashraf. Sha sangat cemburu dengan Puteri Nuraisha dan sering memantau segala gerak langkahnya. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkarlah rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang sangat mengaibkan.
Sanggupkan Puteri Nuraisha meneruskan perkahwinan itu demi memenuhi amanat arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi kepada Sha yang telah menjatuhkan maruahnya sendiri hanya kerana seorang lelaki?

Jom Baca ni jugak --> Mana Lagi Best Antara Laptop & Tablet?..

2 ulasan:

  1. setakat ni bagi fida drama ni best..sebabnya..Shukri Yahaya berlakon..kalau tak..memang tak layan..

    BalasPadam
  2. Memang best giler drama nie.. suka tengok zahirah dgn zahirah macwilson bercinta....

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017