-->

28 Dis 2015

Splash Splash Love - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Dah lama x buat review Drama Korea terbaru ni hehehe n baru-baru ni aku ada tonton online drama Korea yang bertajuk Splash Splash Love yang dilakonkan oleh Kim Seul Gi, Yoon Doo Joon dan ramai lagi. Uniknya drama ni sebab ianya hanya 2 episod jer, kiranya macam mini drama ataupun Drama Special gitu. Rasanyer ni adalah kali pertama Kim Seul Gi jadi heroin utama sebelum ni die selalu dapat watak pelakon pembantu jer. Ini juga kali pertama aku melihat Y.Doo Joon ni berlakon, patutla muka die cam familiar jer rupanya die salah sorang ahli kumpulan K-Pop (Beast). Aku ni memang tak berapa minat lagu2 kpop ni just minat drama jer sebab tu kadang2 tak kenal hehe. First time aku tengok lakonan Kim Seul Gi ni adalah menerusi drama Flower Boy Next Door, kemudian nampak die berlakon dalam Surpluss Princess, Kill Me Heal Me, Oh My Ghost dan kini Splash Splash Love. Die ni memang berbakat besar n boleh pelbagai watak, ramai juga yang komen cakap tak puas bila drama ni just 2 episod jer.
Tapi kadangkala bagus juga kalau 2 episod sebab kalau drama ni jadi panjang sampai 16 episod atau lebih maybe jalan cerita akan jadi meleret ker apa ker n seterusnya jadi bosan. So bila ada 2 episod jer, ianya akan membuatkan jalan cerita jadi padat, ringkas dan menarik. Banyak adegan2 lawak dalam drama Splash2 Love ni antaranya macam scene Oppa Gangnam Style masa tenggah tunggang kuda hahaha dan macam2 scene lain yang menarik. Bayangkan jerla bila seorang pelajar sekolah di zaman moden ini kembali ke zaman lampau iaitu di Zaman Joseon dan membuatkan hidupnya jadi kucar kacir dan juga jatuh cinta pada raja yang memerintah ketika itu. Keserasian watak Kim Seul Gi dan watak Do Joon memang menjadi, nampak sweet jer diorang berdua ni. OST drama Splash2 Love ni juga sedap didengar
Selain banyak scene2 kelakar dalam cite ni, ade jer scene2 sedih dalam cite ni especially bila watak Kim Seul Gi sebagai Dan Bi ingin pulang semula ke zaman moden, disamping die juga terlalu rindukan ibunya. Walaupun dia mencintai raja dan raja tu juga cuba mengahalangnya dari kembali namun Dan Bi tetap berkeras ingin pulang. Part diorang berpisah tu memang sedih juga tapi ending cite ni still happy ending gitu. Bila tengok cite ni teringat plak drama Rooftop Prince, jalan cerita die nak sama sikit tapi terbalik hehehe. Aku sarankan korang tengok cite ni sebab lawak n episod pun tak banyak, memang best layann cite ni, aku bagi 5/5 bintang untuk cite Splash Splash Love ni.
Sinopsis Splash Splash Love

Mengisahkan Jang Dan Bi yang sangat tidak suka pada mata pelajaran Matematik. Ketika die dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan penting, hari tiba2 hujan. Dan Bi berasa tidak bersedia serta takut untuk pergi menduduki peperiksaan tersebut, die berharap agar dirinya dapat bersembunyi dan pergi jauh2. Hujan masih lebat dan die kemudian duduk di suatu tempat sebelum ternampak lopak air. Dan Bi berasa hairan kerana lopak air tu agak dalam dan tanpa berfikir panjang Dan Bi terus terjun kedalamnya dan tiba2 die berada di dalam air sebelum mucul di zaman Joseon. Dan Bi akhirnya jatuh cinta dengan raja Lee Do yang merupakan seorang raja yang bijak serta suka dengan ilmu pengetahuan terutamanya matematik. Dan Bi menggunakan segala pengetahuan Matematiknya untuk mengajar raja tersebut dalam pelbagai aspek dan Raja Lee Do juga kagum dan jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

6 ulasan:

  1. tak tengok lagi drama ni :) lepas final kot. itu pun banyak lagi drama ngan pending tak sempat nak tengok

    BalasPadam
  2. Act, baru ingat nak review drama ni jugak. Serious, even skjp tapi best! Sbb hero dgn heroin mcm ada chemistry n buat lakonan dyorg jadi best! >< Part-2 lawak pun banyak gak! Hahahaha. Btw, ending dia daebak lahhhh! Really like it! ><

    Kim Seul Gi ada berlakon dlm kill me heal me? Dia sbgai apa eh? Tak perasan pun? :3

    BalasPadam
  3. @Cahaya Kebaikan ♥Kim seul gi ada berlakon dalam kill me heal me untuk satu dua episod jer kot kiranya macam special appearance gitu. Rasanya dalam episod satu dan dua, kim seul gi ni jadi pesakit mental dan watak Hwang Jung Eum sebagai doktornya. watak kim seul gi ni lari dari hospital n terjumpa dengan watak Ji sung kat kelab mlm n ji sung plak tersalah sangka yang hwang jung eum ni yang pesakit mental..

    BalasPadam
  4. @BaNu Syah Ouhhhh! Yg konon jadi doktor tu keee!Die ehh tuuu! Hahahaha. Okok

    BalasPadam
  5. hehehehehehehe qila mcm nak tengok je ni
    mcm jela hahaha
    thanks share wiwiwi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017