-->

8 Ogo 2016

Sinopsis Filem Dukun Doktor Dani

Sinopsis Filem Dukun Doktor Dani Lakonan Taufik Batisah & Fasha Sandha

Assalammualaikum..
Filem Dukun Doktor Dani telah pun ditayangkan di pawagam pada 28 Julai 2016 yang lalu. Filem arahan Sabri Yunus ini dilakonkan oleh Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Pak Yuss, Raysha Rizrose, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Sani Sudin dan ramai lagi. Filem Dukun Doktor Dani ni diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd dan Balang Rimbun Produksi Sdn Bhd. Dari sinopsis cite ni, memang nampak menarik filem ni. Apapun jom layann sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Dukun Doktor Dani 

Mengisahkan tentang Doktor Dani (Taufik Batisah), seorang doktor muda yang baru sahaja mendapat kerja di sebuah hospital. Dia yang menjalani pembedahan pesakit pertamanya teruja dengan pengalaman tersebut. Tapi malangnya pembedahan tersebut gagal dan pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Tegasnya dia tak mahu jadi pembunuh dan meletakkan jawatan. Dani pulang ke kampung halamannya dan keputusan tersebut benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti (Khatijah Tan) yang berhabis duit membiayai pembelajarannya dahulu. Ibunya begitu marah dan tidak setuju dengan tindakan Dani dan meminta Doktor Lily (Fasha Sandha) memujuk semula Dani untuk menjadi doktor semula.

Dani akhirnya ke rumah Dukun Sudin dan melihat sendiri kehidupan dukun yang tidak terurus. Mereka sepakat untuk bekerjasama selepas itu. Dia akhirnya berniaga di hadapan rumah Dukun Sudin menjual barang-barang yang diperlukan pesakit yang datang ke rumah tersebut. Menariknya, khidmat dukun tersebut semakin laris dan mendapat ramai pelanggan. Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih tugas sebagai dukun. Masalah Dani semakin rumit apabila ibunya, Mak Siti pula jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit yang dideritai ibunya. Dia tidak akan menggunakan cara dukun Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan doktor, nyatalah ibu Dani menderita sakit yang sama seperti pesakit yang meninggal dunia di tangannya dahulu. Dani berperang dengan dilema dan akhirnya dia bersetuju untuk melakukan pembedahan kepada ibunya sendiri. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Dukun Doktor Dani
---> Harus Begitu Nyanyian Taufik Batisah

3 ulasan:

  1. lawak plak tgk muke tofik tu..name dh masuk dlm list blogwalking
    https://rojakonemalaysia.blogspot.my/2016/08/bloglist-untuk-blogwalking.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017