-->

15 Jul 2017

Rebel : Thief Who Stole The People - Korean Drama

Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Review Drama Korea - Rebel : Thief Who Stole The People

Assalammualaikum..
Drama Korea Rebel : Thief Who Stole The People antara drama favorite aku, drama yang berlatarbelakangkan zaman dulu ini berkisarkan tentang pemberontakan Hong Gil Dong yang sememangnya sangat menarik untuk ditonton. Drama ini release pada 30 Januari 2017 dan tamat pada 16 Mei 2017 yang lalu. Selain itu, drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Night Light dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Lookout. Drama 30 episod ini dilakonkan oleh Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin dan ramai lagi. Pengarah Drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti East Of Eden, Kill Me Heal Me dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip drama best seperti King's Daughter, Soo Baek Hyang. Drama Rebel ini memang best dan aku berharap episodnya sampai 50 atau 60 episod gitu, barulah seronok menontonnya, tapi drama ini hanya 30 episod saja.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Jalan cerita Drama Rebel : Thief Who Stole The People sangat tersusun, menarik dan tidak meleret - leret. Aku suka apabila jalan cerita drama ini bermula dari awal iaitu bermula dengan kisah hidup ibu bapa Gil Dong yang merupakan seorang hamba, kemudian baru lahir Abang Gil Dong iaitu Hong Gil Hyun kemudian Gil Dong dan akhir sekali adik perempuannya iaitu Oh Ri Ni. Jalan ceritanya yang tersusun membuatkan penonton lebih memahami jalan cerita serta terasa dekat dengan watak - watak dalam drama ini. Ketika Gil Dong masih kecil, jalan cerita lebih berfokuskan tentang bapa Gil Dong iaitu Amogae, tentang bagaimana Amogae dapat bebas dari menjadi hamba dengan penuh kesukaran seterusnya membentuk satu kumpulan dan menjadi ketua disitu seterusnya dihormati oleh masyarakat setempat. Dalam drama ini juga ada ramai watak jahat yang akan dibenci penonton, antaranya adalah watak raja yang bernama Lee Young yang dilakonkan oleh Kim Ji Suk. Ramai yang memuji lakonan Kim Ji Suk dalam drama ini, kerana tak sangka dia boleh membawa watak jahat dengan baik sekali. Sebelum ini Kim Ji Suk selalu juga melakonkan watak komedi, jadi menerusi drama ini, penonton boleh nampak Kim Ji Suk ini merupakan seorang pelakon yang versatil dan boleh membawa pelbagai watak.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Selain itu watak Isteri Nobleman Jo itu juga sangat menyakitkan hati, setiap kali watak dia keluar memang ramai yang geram dan benci dengan sikapnya yang angkuh, ego dan jahat tu. Walaupun dah jatuh miskin, perangai tetap tak berubah dan masih menyimpan dendam pada keluarga Amogae yang merupakan bekas hambanya dulu. Kemudian anak dia yang bernama Soo Hak tu pula yang mengikut perangainya yang mana dirinya nak membalas dendam pada Gil Dong dan Gil Hyun. Satu lagi watak jahat yang awalnya jahat tapi akhirnya berubah menjadi baik di episod akhir drama ini adalah MoRi. Aku awalnya berharap agar Mori ni berubah jadi baik lebih cepat dan kemudian dia boleh join team Gil Dong, tapi agak lambat jugalah dia nak berubah. Di episod akhir barulah dia join team Gil Dong ni, tu pun puas Gil Dong dan ahli kumpulannya pujuk dia untuk join diorang hehehe. Antara yang menarik dalam drama ini adalah hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara semua pengikut Amogae. Masing - masing dah macam satu keluarga besar dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Lepas Amogae dah takde, Gil Dong yang ambil alih untuk menjadi ketua kumpulan itu, walaupun pada awalnya dia tak suka, namun akhirnya dia berubah fikiran.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Aku juga suka dengan watak heroin dalam drama ini iaitu Ga Ryung lakonan Chae Soo Bin, Ga Ryung ni memang bukan jenis yang lemah lembut, dia ni kasar dan suka bercerita, paling kelakar bila setiap kali dia bercerita, semua orang yang mendengar ceritanya akan tertidur termasuklah raja hahaha. Ga Ryung ni sangat cintakan Gil Dong dan kisah percintaan diorang juga sweet je, tanpa disangka Mo Ri juga ada hati pada Ga Ryung tapi dia pendamkan saja kerana Ga Ryung dah jadi isteri Gil Dong dah. Cuma ada satu part yang aku tak puas hati dengan Ga Ryung ni apabila dia bertindak terburu - buru untuk membalas dendam pada raja sebab dia ingat Raja dah bunuh Gil Dong tapi sebenarnya Gil Dong masih hidup. Selain itu kisah abang Gil Dong iaitu Gil Hyun juga menarik, selepas dia menyangka semua ahli keluarganya terbunuh, dia menyamar menjadi orang lain kemudian dirinya dibantu oleh seorang ketua sarjana yang jahat yang bernama Song Do Hwan dan akhirnya dia dapat berkhidmat untuk raja dan menjadi orang kepercayaan raja. Awalnya Gil Hyun sangat setia dengan raja, namun semuanya berubah apabila dia bertemu dengan Gil Dong kembali dan seterusnya mengetahui bahawa raja yang selama ini dia hormati adalah sangat kejam dan jahat, begitu juga dengan Song Do Hwan yang sangat licik itu.
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Scene yang paling aku suka mestilah ketika scene ketika Gil Hyun berpura - pura menjadi orang kepercayaan raja yang setia dan dalam masa yang sama membantu Gil Dong. Seterusnya kisah adik perempuan Gil Dong dan Gil Hyun iaitu Oh Ri Ni juga menarik apabila dia hilang ingatan selepas terpisah dengan Gil Dong dalam satu kejadian, dan akhirnya namanya ditukar menjadi Sang Hwa dan turut berada dalam istana. Namun yang kelakarnya Gil Hyun dan Oh Ri Ni tak pernah terserempak, walaupun masing - masing bekerja di dalam Istana. Awalnya penonton kena berteka teki tentang siapakah Oh Ri Ni dan yang mana satukah Oh Ri Ni, sebab Oh Ri Ni dah bertukar nama menjadi Sang Hwa dan dia sentiasa bersama dengan kawan baiknya yang bernama Ok Ran. Mula - mula memang penonton menjangkakan Ok Ran adalah Oh Ri Ni yang sebenarnya, sebab dia berperwatakan baik dan lemah lembut berbanding Sang Hwa yang kelihatan lebih kasar dan licik. Selain itu lagu tema / OST Rebel : Thief Who Stole The People ini juga sangat menarik best dan unik, lagunya macam ala - ala tradisional sikit tapi sedap di dengar dan senang nak ingat melodinya. Malah ada beberapa scene dalam drama ni menunjukkan semua watak sama - sama menyanyikan lagu OST drama ini. Kiranya lagu tersebut boleh dijadikan lagu semangat gitu. 
Rebel : Thief Who Stole The People, Sinopsis, Review, My Review, Hong Gil Dong, Drama Korea, K-Drama, Korean Drama, Korean Style, Joseon, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, OST, Ending, Suspen, Sejarah, Fiction, Watak, Pelakon, Yoon Gyun Sang, Chae Soo Bin, Kim Sang Joong, Kim Ji Suk, Lee Honey, Sim Hee Seop, Kim Jung Hyun, Lee Soo Min, Seo Yi Sook, Park Eun Seok, Park Soo Young, Ahn Nae Sang, Jeong Da Bin,
Apa pun Drama Korea ini memang best dan seronok untuk ditonton, ending drama ini memang happy ending dan keseluruhannya aku memang suka drama ini dan aku bagi 9.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Rebel ini.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. suka citer korea zaman dedulu ni baju perempuan depa lawa2.. suka tengok cantik2 semua..

    BalasPadam
  2. Tak pernah tengok lagi cerita ini.
    Baca reviews ni teringin pula nak tengok.
    Mesti bukan channel One ni, Mrs. A biasa layan citer Korea di One sekarang follow citer My Sassy Girl.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017