-->

17 Jul 2017

Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)

Drama Filipina, Slot Telenovela, TV3, Ysabel, Sa Piling Ni Nanay, Telenovela Filipina, Kisah Ibu Tumpang, Cinta, Dendam, Aksi, Jenayah, Pelakon, Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann, Kisah Perebutan Anak,
Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)

Assalammualaikum..
Drama Filipina Ysabel atau Sa Piling Ni Nanay telah mula disiarkan di Slot Telenovela TV3 bermula 10 Julai yang lalu menggantikan drama Glamorosa yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan  Yasmien Kurdi-SoldevillaKatrina HaliliMark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann dan ramai lagi. Drama Filipina Ysabel ini telah pun disiarkan di Filipina pada bulan June 2016 hingga Januari 2017, ini bermakna drama ini masih baru lagi dan kini dah disiarkan di Malaysia. Drama ini akan disiarkan di Tv3, pada hari Isnin hingga Khamis, jam 3 petang dan bergenre romantik, aksi, jenayah dan dendam. Bila tengok sinopsis drama ini, aku teringat pula kat filem Hindustan Chori Chori Chupke Chupke hahaha, sebab fokus utama jalan ceritanya berkisarkan tentang Ibu Tumpang dan Ibu Angkat tapi jalan cerita kedua - duanya memang berbezalah kan. Ada sesiapa tak yang tengok drama ini?, pastinya drama Ysabel ini atau tajuk sebenarnya drama ini adalah Sa Piling Ni Nanay akan membuai emosi penonton, manakala Ysabel adalah nama watak heroin cerita ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Ysabel ini di bawah ye.


Drama Filipina, Slot Telenovela, TV3, Ysabel, Sa Piling Ni Nanay, Telenovela Filipina, Kisah Ibu Tumpang, Cinta, Dendam, Aksi, Jenayah, Pelakon, Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann, Kisah Perebutan Anak,
Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)

Mengisahkan tentang Ysabel yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Maymay. Ysabel bekerja sebagai pembantu peribadi pada Scarlet dan sangat menyayangi anaknya Maymay, walaubagaimanapun Maymay menghidapi Kanser dan memerlukan rawatan pemindahan tulang sumsum. Ini menyebabkan Ysabel perlu mencari wang secepat mungkin untuk membiayai kos rawatan anaknya itu. Majikannya iaitu Scarlet tidak boleh mengandung dan menyakinkan Ysabel untuk menjadi Ibu Tumpang dan melahirkan anaknya. Ysabel yang terdesak kerana memerlukan wang untuk anaknya, akhirnya bersetuju. Ketika Ysabel hampir melahirkan bayi tersebut, Maymay telah meninggal dunia akibat kemalanganYsabel menjadi kemurungan akibat perkara itu. Tidak lama kemudian, bayinya dilahirkan dan diberi nama Katherine. 
Drama Filipina, Slot Telenovela, TV3, Ysabel, Sa Piling Ni Nanay, Telenovela Filipina, Kisah Ibu Tumpang, Cinta, Dendam, Aksi, Jenayah, Pelakon, Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann, Kisah Perebutan Anak,
Disebabkan rindu kepada Maymay, Ysabel ingin menjaga bayi yang dikandungnya itu, tetapi dihalang Scarlet sekeluarga. Scarlet sebenarnya bukanlah ingin menjadi ibu, tetapi dia hanya menuruti kehendak ibu mertuanya yang inginkan cucu. Kerana marah dengan sikap acuh tak acuh Scarlet terhadap anaknya, Ysabel membuat keputusan melarikan bayi tersebut. Bayi itu diberi nama sebagai Maya, sempena nama anaknya yang telah mati, Maymay. Suami Scarlet iaitu Jonas mempunyai perasaan cinta pada Ysabel tetapi cintanya mula berubah menjadi benci dan marah apabila Ysabel mengambil dan melarikan anak Scarlet itu. Bermulalah perebutan antara Ysabel dan Scarlet untuk mendapatkan anak mereka iaitu Maya. Siapakah yang akan dipilih oleh Maya untuk menjadi ibunya? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Jonas aka jatuh cinta kembali pada Ysabel? 

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

15 ulasan:

  1. Rajin sis tengok drama ya

    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tengok pun, cuma buat sinopsis je dalam blog ni hehe..

      Padam
  2. ada tengok minggu lalu.. geram jak rasa..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Seorang perempuan di jadikan ibu yang mengandung kan anak dari benih lelaki pasangan yg tak boleh dapat kan anak..

      Padam
  4. Berapa siri ye cerita Ysabel ni?
    Hari ini, 26hb Julai baru episod ke 11 rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 77 episod. Saya tanda di kalendar, jika tiada "skip" masa cuti sekolah atau cuti perayaan, tamatnya 20/11/17

      Padam
    2. sis ada link online free streaming tak tuk semua full episod Ysabel ni... tq ye

      Padam
  5. saya da follow cerita ysabel ni..pstu 15hb august saya da masuk kerja balik.so frust x dpt tengok..try bukak kt tonton pn x dpt jugak..boleh tengok tp kena bayar la pulak...ada sape2 tau link yg boleh tengok x..tq bnyak2 pada sape yg ada..

    BalasPadam
  6. iyela..sy pn cri jgk link crita ni. mmg seronok tgk lain dri crite mlyu cintan cintu mmbosankn. terbaik la jln crita dy.

    BalasPadam
  7. Best cite ni...sebab Maya dah menjadi remaja...
    Jalan citer pun menarik...

    BalasPadam
  8. ada sape2 yg ada link tuk tgok online kesemua episod lengkap Ysabel ni pls ? tq 😉

    BalasPadam
  9. Knpa ysabel dah xditayangkan di tb3 erk. . Sedihnya.. bila d tayangkan semula?

    BalasPadam
  10. http://www.rajadrama.com/2017/08/tonton-ysabel-telenovela-tv3-full-episod.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017