-->

30 Nov 2017

Sinopsis Drama My Coffee Prince (Astro)

Drama My Coffee Prince, Drama Melayu, Sinopsis Drama My Coffee Prince, Astro Ria, Mega Drama Astro, Adaptasi Daripada Drama Korea, Gong Yoo, Yoon Eun Hye, Pelakon Drama My Coffee Prince, Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Isma Daniel, Mohamad Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari, Roy Azman, Cinta, OST My Coffee Prince, Lagu Sebentar Saja, Nyanyian Janna Nick, Cinta, Romantik Komedi,
Sinopsis Drama My Coffee Prince (Astro)

Drama My Coffee Prince sudah mula disiarkan di Astro Ria bermula 27 November yang lalu bagi menggantikan Drama Red Velvet yang telah tamat episodnya. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Drama Popular Korea Selatan yang juga bertajuk Coffee Prince (2007) lakonan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye. Antara Pelakon Drama My Coffee Prince ini adalah Fattah Amin sebagai watak Raikal, Janna Nick sebagai watak Dani, Daiyan Trisha sebagai Ira, Sean Lee sebagai Jia Wu, Syafiq Ahmad sebagai Hadi, Faez Azemi sebagai Riduan, Fahrin Ahmad sebagai Amri, Diana Danielle sebagai Maryam, Ellie Suriati sebagai Kalthom, Sharifah Shahira sebagai Zahara, Jasmin Hamid sebagai Khadijah, Zain Hamid sebagai Syukri, Ijoi Azahari sebagai Ramli, Roy Azman sebagai Abas dan ramai lagi. Selain itu Drama My Coffee Prince ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Michael Ang serta diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Aku pernah tengok beberapa episod awal drama Korea Coffee Prince itu, tapi aku tak tengok sampai habis. Jadi nanti bolehlah layan versi drama melayu pula nanti kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca.

Sinopsis Drama My Coffee Prince (Astro)

Mengisahkan Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani bekerja keras untuk menampung kehidupan bersama ibunya, Zahara dan adiknya, Ira. Manakala Raikal yang baru pulang dari New York dipaksa kahwin oleh neneknya, Kalthom. Raikal yang cuba mengelak dari kahwin mengupah Dani untuk memperdayakan semua calon pilihan neneknyaSementara itu, Puan Seri Kalthom melabur dalam kedai kopi Encik Syukri dan menjadikan Raikal pengurus bersama. Raikal, yang tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.
Drama My Coffee Prince, Drama Melayu, Sinopsis Drama My Coffee Prince, Astro Ria, Mega Drama Astro, Adaptasi Daripada Drama Korea, Gong Yoo, Yoon Eun Hye, Pelakon Drama My Coffee Prince, Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Isma Daniel, Mohamad Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari, Roy Azman, Cinta, OST My Coffee Prince, Lagu Sebentar Saja, Nyanyian Janna Nick, Cinta, Romantik Komedi,

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan. Identiti sebenar Dani akhirnya terdedah dan akibat daripada penyamaran Dani itu, hubungannya dengan Rayqal terjejas. Bagaimanapun, Rayqal cuba untuk memahami situasi yang memaksa Dani berkelakuan sedemikian dan akhirnya memaafkan Dani. Hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Kalthom telah menyebabkan mereka kembali berjauhan.

Lagu Tema / OST My Coffee Prince
Akan Bercinta Nyanyian Janna Nick
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

5 ulasan:

  1. Versi korea dulu pun tgok ckit2 je. Ni versi mlayu boleh la layan. 28 episod panjang jgk

    BalasPadam
  2. omg mcm best.... tp....... hahaha i really dont like fattah amin.. sorry.

    BalasPadam
  3. Fattah amin poyo

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017