-->

22 Jun 2018

Review Drama Korea - Money Flower

Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Money Flower - Korean Drama Review

Macam biasa, hari ini aku akan buat review Drama Korea Money Flower yang release pada 11 November 2017 dan tamat pada 3 Februari 2018 yang lalu. Drama Korea MoneyFlower ini mempunyai 24 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Bad Thief, Good Thief yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk My Husband Oh Jak Doo. Antara Pelakon Drama Money Flower ini adalah Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak dan ramai lagi. Pelakon Han Chae Ah telah ditawarkan untuk menjadi heroin drama ini tapi dia menolak dan akhirnya watak Na Mo Hyun itu menjadi milik Park Se Young. Ini merupakan kali kedua Jang Hyuk dan Park Se Young bergandingan dalam drama yang sama selepas drama Beautiful Mind (2016). Selain itu drama Money Flower ini juga turut menang beberapa anugerah dalam 2017 MBC Drama Awards yang menyaksikan Jang Hyuk, Lee Mi Sook dan Jang Seung Jo yang merupakan pelakon utama drama ini sama – sama menang anugerah.
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Park Se Young membawakan watak baik dalam drama ini, lakonannya memang menyakinkan sebab memang nampak watak Na Mo Hyun tu perfect dan baik hati gitu. Aku dah pernah tengok Park Se Young ni bawa watak jahat giler dalam drama My Daughter Geum Sa Wol. Lakonan Jang Hyuk memang cemerlang dalam drama ini iaitu sebagai Kang Pil Joo yang merupakan seorang peguam yang berkarisma, licik, bijak dan penuh dendam serta menyimpan satu rahsia besar dalam hidupnya. Lagi pun drama - drama lakonan Jang Hyuk memang selalunya best -best kan, antara sebab utama aku memilih untuk menonton drama ini adalah kerana ramai yang memuji - muji lakonan Jang Hyuk dalam drama Money Flower ini. Watak Kang Pil Joo lakonan Jang Hyuk mengalami pelbagai emosi tapi tak dapat nak menunjukkan semua emosinya dan harus pendam segalanya demi dendamnya. Mukanya juga hanya mempunyai 1 reaksi saja, tak kisahlah sama ada dia tengah happy, sedih, takut, marah, muka dia memang macam tu jela, tanpa menunjukkan sebarang reaksi. 
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Kiranya Jang Hyuk kena tunjukkan perasaan wataknya melalui pandangan matanya sahaja. Ini bermakna susah untuk orang lain meneka apa yang dirasakan mahu pun difikirkan oleh Kang Pil Joo. Selain itu ramai juga yang memberikan komen positif mengenai drama ini dan sebab itulah aku decide menonton Korean Drama Money Flower iniTiada aksi bromance yang sweet dalam drama ini okey, walaupun watak Kang Pil Joo dan Jang Boo Cheon (lakonan Jang Seung Joo) agak rapat, tapi masing - masing tidak ikhlas dan mempunyai niat lain untuk mempergunakan antara satu sama lain demi kepentingan masing - masing.  Kang Pil Joo ingin menggunakan Jang Boo Cheon untuk membalas dendam, manakala Jang Boo Cheon pula ingin menggunakan Kang Pil Joo dan seterusnya dapat menjadi satu – satunya pewaris empayar perniagaan keluarganya. Selain itu terdapat juga kisah cinta tiga segi antara Kang Pil Joo, Na Mo Hyun dan juga Jang Boo Cheon. Kang Pil Joo sangat mencintai Na Mo Hyun namun terpaksa mengorbankan cintanya pada Na Mo Hyun dan membiarkan Jang Boo Cheon berkahwin dengan Na Mo Hyun demi dendamnya. 
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Malah Kang Pil Joo juga adalah perancang utama yang membuat plan untuk Na Mo Hyun jatuh cinta pada Jang Boo Cheon sekaligus bersetuju untuk berkahwin. Kang Pil Joo sangat berdendam dengan mak Jang Boo Cheon iaitu Jung Mal Ran (lakonan Lee Mi Sook) kerana Jung Mal Ran menjadi penyebab kemusnahan keluarga Kang Pil Joo. Namun Kang Pil Joo mengetepikan perasaan marahnya itu dan berpura - pura menjadi orang suruhan Jung Mal Ran yang setia. Cuma aku keliru sikit scene yang seolah - olah Kang Pil Joo ini ada affair dengan Jung Mal Ran itu, hahaha betul ke diorang ada affair atau pun sebaliknya. Apa pun Jung Mal Ran sememangnya sangat bergantung dengan Kang Pil Joo terutamanya jika dirinya dan anaknya dilanda masalah, Kang Pil Joo inilah yang akan bertindak sebagai penyelesai masalah. Malah Jung Mal Ran juga sangat mempercayai Kang Pil Joo dan tidak pernah terfikir yang Kang Pil Joo menyimpan dendam terhadapnya selama 20 tahun dan terus menunggu hari yang sesuai untuk dendamnya terlaksana.
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Selain itu drama ini juga turut memfokuskan tentang ketamakan manusia yang tidak berpenghujung dan akhirnya diri sendiri yang rugi. Antara scene yang aku suka dalam drama ini adalah ketika Kang Pil Joo menyuruh Jang Boo Cheon dan juga sepupu J.Boo Cheon iaitu Jang Yeo Cheon (lakonan Im Do Gyoo) untuk berlawan dan bertumbuk sesama mereka, siapa yang menang akan dapat Kang Pil Joo untuk dijadikan orang penting mereka. Diorang pula memang betul – betul ikut arahan Kang Pil Joo dan berlawan hahaha dan akhirnya Jang Boo Cheon yang menang. Ada banyak scene – scene suspen dan mendebarkan dalam drama ini, plot twist pun ada juga. Ikutkan agak annoying juga dengan Jang Boo Cheon ini, dahlah dapat isteri yang baik dan cantik tapi dia masih ada affair dengan girlfriend lamanya itu iaitu Yoon Seo Won (lakonan Han So Hee), siap diorang ada anak lagi, kesian dengan Na Mo Hyun tu. Plus Han So Hee tu pun jenis tak sedar diri juga pun sebab berani nak tuntut hak anak dia dekat keluarga Jang Boo Cheon. Tapi tindakan dia tu memang memakan dirilah sebab Jung Mal Ran, mak Boo Cheon memang tak kan biarkan.
Money Flower, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Money Flower, 2018, Artis Korea, Drama Korea Best, Sinopsis Money Flower, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, My Favorite, Suspen, Plot Twist, Drama Korea Money Flower, Pelakon, Money Flower Cast, Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak, Poster,
Selain itu scene ketika Jang Boo Cheon dah tahu identiti sebenar Kang Pil Joo itu pun menarik juga, sebab macam suspen gitu. Ianya bertambah menarik apabila Kang Pil Joo juga dah tahu yang Boo Cheon dah tahu perkara sebenar mengenai dirinya tapi diorang berdua berpura - pura macam tak ada apa - apa berlaku. Tapi setiap kali watak mereka bertemu memang nampak suspen dan mendebarkan, plus memang sukar nak mengagak apa yang akan jadi seterusnya. Ending drama Money Flower ini bagi aku agak sad ending jugalah tapi dalam masa yang sama stil okey jugalah tak adalah sedih sangat kan. Pendek katanya memang syok layan drama ini dan aku bagi 8.5/10 untuk drama Money Flower ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum selamat pagi. Mama singgah lawat blog sis mulan. Semoga Allah berkati hari kita hari ini. Amin

    BalasPadam
  2. nampak menarik drama ni
    jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/arabic-debate-new-experience.html

    BalasPadam
  3. Lelaki ni memang tak pernah puas kan, dapat yang cantik pun nak cari lain jugak! Nak tengok jugak lah nanti sebab menang award :D

    BalasPadam
  4. Yeah! Save masa tuk mission mcari drama korea tuk ditonton weekend ni.
    My next watchlist 😊😊

    BalasPadam
  5. Selamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis mulan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017