-->

30 Okt 2018

Review Drama Korea - Misty

Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,

Dah agak lama tak buat review drama Korea di blog ini, memang agak ketinggalan sikit hehe, apa pun hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Misty. Korean Drama Misty ini mempunyai 16 episod dan release pada 2 Februari 2018 dan tamat pada 24 March yang lalu serta drama ini disiarkan di channel JTBC. Antara pelakon drama Korea Misty ini adalah Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Untouchable yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan dengan drama Something In The Rain. Lebih menarik bila heroin drama ini iaitu Kim Nam Joo turut menang anugerah "Best Actress" menerusi drama Misty ini di 2018 (54th) BaekSang Arts Awards mengalahkan pelakon - pelakon hebat yang lain. Antara sebab aku tertarik untuk menonton drama ini adalah kerana jalan ceritanya yang memang best dan suspen, lebih best bila ada plot twist di penghujung cerita. Selain itu aku sangat suka dengan watak Kim Nam Joo sebagai Go Hye Ran, watak Go Hye Ran itu digambarkan sebagai seorang wanita yang kuat, berani, bijak dan tahu apa yang dia nak. 
Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,
Aku suka dengan personaliti Go Hye Ran itu walaupun dia sangat obses dengan kerjayanya itu, lagi pun aku dah malas nak tengok watak - watak heroin yang lemah - lembut dan lembik. Semua pelakon drama ini berjaya berjaya bawa watak masing - masing dengan cemerlang, especially Kim Nam Joo, jadi memang patutlah dia menang pelakon wanita terbaik tu kan. Korang memang rugi kalau tak layan drama ini sebab memang suspen bila Go Hye Ran tiba - tiba boleh jadi suspek pembunuhan pula. Gandingan Kim Nam Joo dan Ji Jin Hee juga nampak sepadan dan serasi, ikutkan aku tidak begitu minat dengan Ji Jin Hee ini, tapi dalam drama ini aku suka pula dengan wataknya itu iaitu sebagai Kang Tae Wook yang merupakan suami pada Go Hye Ran dan juga merupakan anak orang kaya yang dulunya pendakwaraya dan kini menjadi peguambela pula. Kang Tae Wook memang memang dingin pada Go Hye Ran dan makan hati dengan sikap isterinya yang lebih pentingkan kerjayanya sebagai pembaca berita berbanding keluarga sehingga sanggup menggugurkan kandungannya. Sejak dari itu hubungan mereka memang ibarat retak menunggu belah. Tapi bila Go Hye Ran jadi suspek pembunuhan, Kang Tae Wook ni lah yang sanggup menjadi peguambelanya dan membuatkan hubungan mereka berdua menjadi semakin baik. 
Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,
Apa pun bila tengok drama Misty ini, korang pasti akan tertanya - tanya siapa pembunuh sebenar, sebab semua orang pun ada motif untuk membunuh dan boleh menjadi suspek. Tapi agak annoying dengan sikap pegawai polis dalam drama ini sebab dia sangat obses nak menangkap Go Hye Ran, sampai geram pula aku jadinya hehehe. Tapi in real life, polis macam tulah yang kita nak kan. Begitu juga dengan perangai Seo Eun Joo yang awalnya baik tapi tiba - tiba berubah jadi jahat sekejap pada Go Hye Ran kerana menyangka Go Hye Ran yang membunuh suaminya, sedangkan dia tahu yang suaminya itu memang playboy besar dan sudah beberapa kali ada skandal dengan perempuan lain. Selain itu aku juga suka melihat persaingan sengit antara Go Hye Ran dan Han Ji Won (lakonan Jin Ki Joo) dalam merebut jawatan sebagai pembaca berita utama di sebuah stesen TV terkenal. Go Hye Ran ingin terus mengekalkan jawatannya sebagai pembaca berita utama, tapi berdepan dengan tekanan bila pihak atasannya ingin menggantikannya dengan Han Ji Won yang lebih cantik dan lebih muda darinya. Persaingan diorang memang sengit giler sebab dua - dua tak nak mengalah sampai sanggup guna taktik kotor untuk jatuhkan reputasi masing - masing. Tapi korang jangan terkejut bila diorang juga boleh bekerjasama dengan baik bila Go Hye Ran mula berlembut dengan Han Ji Won dan Han Ji Won pula sanggup membantu Go Hye Ran.
Misty, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Penuh Drama Korea Misty, Korean Drama Review Misty, 2018, JTBC, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, In Tae Kyung, Watak Dalam Drama Korea Misty, Go Hye Ran, Kang Tae Wook, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Korean Drama Misty,
Lagu tema / OST Misty ini juga best - best belaka, manakala Ending drama Korea Misty ini agak tergantung dan open ending gitu. Korang kena buat kesimpulan sendiri apa yang berlaku sebenarnya di penghujung cerita. Ikutkan kesian jugalah pada Go Hye Ran itu, bila semua dah selesai, benda lain pula yang terjadi. Pada yang suka menonton drama yang penuh misteri dan suspen serta ada plot twist gitu, bolehlah menonton drama ini nanti okey. Bagi aku drama ni memang best dan aku bagi 9.5/10 bintang untuk drama ini. Bagi yang nak baca sinopsis penuh drama Korea Misty ini, boleh klik link di bawah ye. Selamat membaca..

P/s- review di atas berdasarkan pandangan aku, tak suka sila pi main jauh - jauh. Hormati pandangan masing2 ye, jaga bahasa bila nak komen.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. Wah macam menarik je jalan cerita dia. Dulu memang suka tengok cite korea gini. Tapi sekarang macam dah tak sempat nak layan. hehe. Kalau dilayan, mahu seharian tak buat kerja. Sekali tengok, nak tengok sampai habis. hehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017