-->

7 Nov 2018

Sinopsis Drama Rahasia Kasih (NTV7)

Rahasia Kasih, Drama Rahasia Kasih, Slot GlamaDrama, NTV7, Poster Drama Rahasia Kahsih, Sinopsis Rahasia Kasih, Drama Baru, Drama Melayu, Drama 20 Episod, Cast, Pelakon Drama Rahasia Kasih, Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda, 2018, Cinta, Love Story,
Sinopsis Drama Rahasia Kasih Lakonan Isa Khan & Nadia Brian

Drama Rahasia Kasih adalah drama terbaru di slot GlamaDrama NTV7 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Terima Aku Seadanya lakonan Nazim Othman dan Puteri Aishah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Rahasia Kasih ini adalah Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda dan ramai lagi. Drama 20 episod ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam di ntv7. Selain itu drama Rahasia Kasih ini akan diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh  Suhan Movies & Trading. Nampak menarik juga drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Rahasia Kasih (NTV7)

Mengisahkan latar belakang keluarga Nazmi (Isa Khan) iaitu anak tiri kepada Datuk Ariffin (Hasnul Rahmat) yang telah berkahwin dua secara diam-diam. Semua rahsianya terbongkar apabila Datuk Ariffin meninggal dunia, lantas menjadi tamparan hebat buat isteri pertamanya, Datin Syuhada (Wilma Muhammad) setelah nama Nailis (Catriona Ross) selaku isteri kedua dan anaknya Nazmi tersenarai dalam wasiat Datuk Ariffin untuk dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya, manakala Nailis pula menjadi penasihat. Datin Syuhada mempunyai tiga orang anak bersama Datuk Ariffin – Shahrul (Mathni Razak), Syaiful (Hafiz Nolan), dan Suhaila (Abby Nour). Shahrul merupakan anak sulung Datin Syuhada dan dia tidak begitu berminat dengan perniagaan keluarganya. Bukan itu sahaja, Shahrul juga terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan ibunya iaitu Melinda (Ruzana Ibrahim), meskipun sudah memiliki kekasih hati bernama Adeeba (Syida Melvin).

Rahasia Kasih, Drama Rahasia Kasih, Slot GlamaDrama, NTV7, Poster Drama Rahasia Kahsih, Sinopsis Rahasia Kasih, Drama Baru, Drama Melayu, Drama 20 Episod, Cast, Pelakon Drama Rahasia Kasih, Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda, 2018, Cinta, Love Story,

Anak perempuan mereka Suhaila sering membuat hal sendiri dan dia tidak sehaluan dengan kakak iparnya Melinda. 

Syaiful pula disahkan menghidap penyakit bipolar dan sering rasa diabai oleh keluarga sendiri. Hidup Syaiful mula berubah menjadi lebih indah selepas dia berkenalan dan mula jatuh hati dengan Alina yang akhirnya pulang ke Malaysia demi menyelesaikan sebuah misi. Siapa sangka, Alina (Nadia Brian) akan bertemu dengan Nazmi sekali lagi selepas kembali di Malaysia, dan dia mula mempunyai perasaan terhadap Nazmi. Konflik bertambah keruh apabila Nazmi telah jatuh hati dengan bekas kekasih Shahrul iaitu Adeeba, serta hadirnya orang ketiga yang sering menghasut dan ingin mengambil kesempatan untuk meretakkan lagi hubungan keluarga ini. Keadaan menjadi semakin rumit, apakah kesudahan konflik keluarga ini? Adakah Alina akan terus menaruh hati terhadap Nazmi, atau adakah Nazmi tetap akan bersama dengan Adeeba?

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Penuh Nadia Brian
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. best jugak jalan ceritanya

    BalasPadam
  2. Wow best jgk cerita ni hingga epsd berapa ni rahasia kasih?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017