Life On Mars - Korean Drama Review
Korean Drama Life On Mars ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel OCN serta mula bersiaran pada 9 June 2018 dan tamat episodnya pada 5 Ogoas 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Korea Life On Mars ini adalah Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook, Choi Jin Ho dan ramai lagi. Drama Korea Life On Mars ini disiarkan bagi menggantikan drama Mistress dan kemudian akan digantikan dengan drama Voice 2. Selain itu drama ini adalah remake pada siri televisyen UK yang juga bertajuk Life On Mars. Antara sebab utama aku menonton drama ini sebab ada Jung Kyung Ho, biasanya aku memang akan menonton drama – drama lakonan Jung Kyung Ho ini, sebab semua dramanya memang best – best belaka. Selain itu jalan ceritanya juga menarik dan suspen, tambah menarik bila diorang kena gambarkan keadaan dan suasana tahun 1988 dalam drama ini. Korean Drama Life On Mars ini mengisahkan tentang detektif Han Tae Joo (lakonan Jung Kyung Ho) yang dilanggar kereta ketika sedang mengejar pembunuh bersiri, ketika dia sedar kembali, Han Tae Joo kini berada dalam tahun 1988.
Han Tae Joo
memang keliru dan hampir nak gila bila memikirkan macam mana dia boleh berada
dalam tahun 1988 itu. Jadi sepanjang masa memang susah gila nak tengok Jung
Kyung Ho senyum sebab wataknya sentiasa berada dalam keadaan stress dan keliru
serta sentiasa cepat marah. Malah Han Tae Joo juga hampir nak terjun bangunan
kerana tak tahan dengan keadaan sekelilingnya yang mengelirukan. Tapi nasib
baiklah salah seorang dari anggota bawahannya iaitu Yoon Na Young (lakonan Ko
Ah Sung) menghalangnya dari terjun serta menenangkan dirinya. Han Tae Joo
mengandaikan dirinya kini berada dalam koma kerana sering terdengar suara –
suara doktor yang memanggil namanya serta bercakap dengan dirinya. Namun Han
Tae Joo tak dapat melakukan apa – apa selain dari cuba menyelesaikan segala kes
jenayah yang ada di tahun 1988 itu dengan harapan dapat pulang semula ke tahun
2018. Han Tae Joo awalnya sukar nak menyesuaikan diri dengan rakan sekerjanya
termasuk ketuanya Kang Dong Chul (lakonan Park Sung Woong). Oleh sebab itu
mereka sering bergaduh sesama sendiri kerana sikap Han Tae Joo yang tidak dapat
terima cara kerja polis di tahun 1988 itu yang kasar dan mengikut gerak hati
tanpa bukti kukuh.
Walaupun
jalan cerita drama Korea Life On Mars ini serius dan suspen tapi masih ada
scene – scene kelakar yang boleh buat aku senyum gitu. Antaranya scene ketika
Han Tae Joo dah mula rasa selesa dengan teamnya itu dan ingin mengucapkan
terima kasih pada ketuanya itu iaitu Kang Dong Chul, tapi dia rasa awkward dan
pelik untuk ucap terima kasih, sebab selama ini diorang sering bergaduh, jadi
bila nak berbaik tu rasa macam awkward sangat pulak. Pastu Han Tae Joo hanya
mampu mundar - mandir depan meja Kang Dong Chul sambil pandang – pandang pastu
jalan terus saja. Even Kang Dong Chul pun nak tergelak tengok perangai Han Tae
Joo tu. Ikutkan drama ini tak memfokuskan kisah cinta pun tapi rasa sweet
sangat tengok Han Tae Joo dan Yoon Na Young tu, nampak ada chemistry gitu. Yoon
Na Young memang ada hati pada Han Tae Joo tu dan sering menjadi pendengar yang
setia dan membantu Han Tae Joo. Malah ada dua tiga kali Han Tae Joo tersenyum,
dan dia senyum pun sebab Yoon Na Young tu, comel betul tengok diorang berdua
ni. Scene paling epik bila Yoon Na Young cemburu dan mula berubah sikap menjadi
dingin dan marah – marah pada Han Tae Joo tu. Lawak betul reaksi Han Tae Joo
masa ni macam dah buat kesalahan besar gitu.
Pendek kata semua scene yang ada Han Tae Joo dan Yoon Na Young tu memang best habis. Selain itu bila tengok drama ini memang akan buat penonton berfikir tentang apa sebenarnya yang berlaku dan macam – macam teorilah yang keluar tentang apa yang sebenarnya yang berlaku pada Han Tae Joo. Adakah benar dia sedang koma dan bermimpi atau memang dia benar – benar time travel ke tahun 1988 itu, atau dia sudah mati dan berada di alam lain?. Memang kena berfikir sikit bila tengok drama ini dan buat kesimpulan sendiri. Kiranya ending drama Korea Life On Mars ni open ending gitu. Bagi aku pula, aku tak kisah apa sebenarnya yang berlaku, yang penting Han Tae Joo happy dimana dia berada gitu hehehe. Apa pun drama ini memang best, berbaloi menonton cerita ni dan aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.
Pendek kata semua scene yang ada Han Tae Joo dan Yoon Na Young tu memang best habis. Selain itu bila tengok drama ini memang akan buat penonton berfikir tentang apa sebenarnya yang berlaku dan macam – macam teorilah yang keluar tentang apa yang sebenarnya yang berlaku pada Han Tae Joo. Adakah benar dia sedang koma dan bermimpi atau memang dia benar – benar time travel ke tahun 1988 itu, atau dia sudah mati dan berada di alam lain?. Memang kena berfikir sikit bila tengok drama ini dan buat kesimpulan sendiri. Kiranya ending drama Korea Life On Mars ni open ending gitu. Bagi aku pula, aku tak kisah apa sebenarnya yang berlaku, yang penting Han Tae Joo happy dimana dia berada gitu hehehe. Apa pun drama ini memang best, berbaloi menonton cerita ni dan aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.
saya pun suka! memang serius jugak la tengok tapi saya suka jenis serius/dark humour/thriller camni :D
BalasPadamantara drama terbaik selepas DOTS, goblin, Legend of the blue sea.
BalasPadamJom balas balik blogwalk.
Aril ade entri baru.
https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html
Tergoda nak tengok..
BalasPadam