Sinopsis Drama Aku Cinta Dia Slot Lestary TV3
Drama Aku Cinta Dia sudah mula bersiaran di slot Lestary TV3 bermula 26 Disember 2018 yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Aku Cinta Dia ini adalah Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally, Yuna Rahim, Catriona Brian, Fauzi Nawawi, Hafiz Bahari, Elly Mazlein, Zul Huzaimy, Miera Leyana, Natasha Elyzza, Idzham Ismail, Sasha Bashir dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Cinta Dia ini diarahkan oleh Bahri Uma dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Nampak macam best je drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Laila (Hannah Delisha) yang terpaksa meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan (Fahad Iman), putus di tengah jalan. Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya. Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar. Laila berkenalan dengan Sarina (Nadia Brian), seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku. Pertemuan Laila bersama Affan (Aiman Hakim) yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.
Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut. Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan. Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan. Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar (Fauzi Nawawi) dan Puan Zaity (Catriona Ross) tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?
Lagu Tema / OST Aku Cinta Dia
➔ Hingga Akhir Nanti nyanyian Neon Band
Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Hannah Delisha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.