Hari ini aku nak buat review Korean Drama Angel’s
Last Mission : Love yang disiarkan di channel KBS bermula 22 Mei 2019 dan tamat
episodnya pada 11 Julai 2019. Selain itu drama Korea 32 episod ini disiarkan
bagi menggantikan drama Doctor Prisoner dan kemudian akan digantikan dengan
drama Justice. Antara pelakon drama Korea Angel’s Last Mission : Love ini
adalah Shin Hye Sun, Kim Myung Soo ( L), Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, Do Ji Won,
Kim In Kwon, Gil Eun Hye, Woo Hee Jin dan ramai lagi. Pengarah drama ini pernah
mengarah drama – drama best seperti Queen For Seven Days, Healer, King Of
Baking Kim Tak Goo dan banyak lagi. Manakala screenwriter drama ini pula pernah
menghasilkan skrip drama Lucky Romance. Drama Korea Angel’s Last Mission : Love
ini mengisahkan tentang Kim Dan yang merupakan seorang Angel yang perlu
menyelesaikan tugasan terakhirnya sebelum dapat pulang ke syurga.
Tugasan terakhirnya
dia perlu mencari cinta sejati buat seorang wanita bernama Lee Yeon Seo yang
merupakan seorang ballerina yang tidak mempercayai akan cinta sejati. Namun
lain jadinya bila Kim Dan dan Lee Yeon Seo saling jatuh cinta antara satu sama
lain. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang perebutan harta dan kuasa
untuk merebut Fantasia Ballet yang diasaskan oleh ibu bapa Lee Yeon Seo. Sejujurnya aku suka dengan barisan pelakon drama
ini terutama hero dan heroinnya iaitu Shin Hye Sun dan L (Infinite). Diorang
berdua serasi dan sweet together, namun aku agak struggle untuk menghabiskan
menonton drama ini sebab jalan ceritanya agak draggy, bosan, tak suspen sebab
penonton boleh jangka apa yang akan berlaku seterusnya. Orang jahat dalam drama
ni pun datang dari keluarga Oh Yeon Seo sendiri juga, jadi memang ceritanya
biasa – biasa saja. Walaubagaimanapun dari komen – komen yang aku baca ramai
gila yang suka dengan drama ini.
Berbeza dengan aku yang tak berapa suka dengan
drama ini walaupun aku minat dengan para pelakonnya, cita rasa setiap orang
berbeza – beza kan. Awalnya aku nak drop
drama ini lepas episode 11 kot, tapi bila drama ini popular dan ramai yang
suka, aku sambung balik menonton episod seterusnya sebab aku teringin nak tahu
apa yang best sangat dengan drama ni. Episod akhir drama Korea Angel’s Last
Mission : Love ini juga agak kucar – kacir dan huru – hara bila terlampau banyak
benda yang terjadi dalam episod akhir drama ini. Selain itu aku juga tak berapa
suka dengan watak Ji Kang Woo lakonan Lee Dong Gun tu, rasanya aku lagi suka
tengok lakonan Lee Dong Gun dalam drama Korea Sketch dan drama Where Stars Land
tu sebab lebih menarik dan ada sedikit plot twist gitu. Apa pun aku bagi 5.8/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Sketch
drama ni memang dalam 'waiting list' untuk ditengok sebab clips dia selalu keluar dekat explore ig ^^
BalasPadamApe la xpatut la bg 5.8markah.klau bawah 6 markah pade sy itu cerita sampah xbest.contoh my strange hero sy bg 5.8 sbb citer tu bosan.sy tgok hny sbb xde cter lain nak tgol.jd layankan saje la.tp untuk angel last mission love ni sy bg 11arkah.sbb lagu dia best.jln cerita pun best.ringan2 je.dpt agak jln criter pd sy xjdi mslh pun.jnji best.
BalasPadamhehehe citarasa kita berbeza, saya suka drama yang jlan ceritanya suspen..so payah sikit nak suka drama2 yg ringan ni..
PadamAkan tgk nantiii! Mmg dah ada dalam listtt tapi tak menyempat lagi nak tgk! Banyak betul kdrama baruuu huhuhu
BalasPadamanyway jom singgah baca my new entry ;)
https://koxtau.blogspot.com/2019/08/blogger-challenge-3-handwriting.html
haritu nak tengok tapi macam jiwang sangat
BalasPadamcerita ni memang kurang sikit ,cinematography dia baik ,audiovisual pun cantik https://mulan-sahbanu.blogspot.com/logout?d=https://www.blogger.com/logout-redirect.g?blogID%3D226419138860640437%26postID%3D7776985074473015271,lagu dia sedap2 .tapi jalan cerita dia sikit terabur and hujung dia mmg agak huru hara jadi saya bagi 6
BalasPadam