-->

24 Ogo 2019

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama (Akasia TV3)

Kau Yang Pertama, Drama Kau Yang Pertama, Slot Akasia, TV3, Drama Bersiri, Drama Melayu TV3 2019, Poster Drama Kau Yang Pertama, Sinopsis Drama Kau Yang Pertama, Drama Baru Fikry Ibrahim, Drama Baru Farah Nabilah, Watak Pelakon, Pelakon Drama Kau Yang Pertama, Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Laila Nasir, Nasz Sally, Drama Slot Akasia TV3,
Drama Kau Yang Pertama Slot Akasia TV3

Drama Kau Yang Pertama sudah mula disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 12 Ogos 2019 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan mempunyai 28 episod. Pelakon - pelakon drama Kau Yang Pertama ini terdiri daripada Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Laila Nasir, Nasz Sally dan ramai lagi. Selain itu drama Kau Yang Pertama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampaknya Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah bergandingan buat kali kedua selepas sukses dengan drama mereka yang terdahulu iaitu Cik Reen dan Encik Ngok Ngek. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Kau Yang Pertama, Drama Kau Yang Pertama, Slot Akasia, TV3, Drama Bersiri, Drama Melayu TV3 2019, Poster Drama Kau Yang Pertama, Sinopsis Drama Kau Yang Pertama, Drama Baru Fikry Ibrahim, Drama Baru Farah Nabilah, Watak Pelakon, Pelakon Drama Kau Yang Pertama, Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Laila Nasir, Nasz Sally, Drama Slot Akasia TV3,

Mengisahkan Farhan (Fikry Ibrahim) adalah pengasas dan pemilik Butik Carla’s Collections di mana tempat Rose Natasya lakonan Farah Nabilah membuat latihan industri bagi semester akhir pengajiannya. Dalam diam, Rose selalu berangan bersama Farhan bagaikan babak dalam drama-drama Korea. Namun, Rose sedar dirinya siapa, lagipun Farhan sudah pun bertunang dengan Ameera (Tasha Shilla)Ikatan pertunangannya dengan Ameera, seorang model terkenal sentiasa mendapat perhatian netizen kerana kedua mereka dikenali di media sosial. Namun, berlaku sesuatu yang mengejutkan di hari pernikahan mereka. Ameera pengsan sebelum sempat mereka diijabkabulkan. Farhan terkejut apabila mendapati Ameera hamil. Ameera berbohong mengatakan bahawa dia telah dirogol sewaktu dia membuat peragaan di luar negara. Farhan kecewa dengan Ameera yang berselindung dan malu apabila majlis perkahwinannya terbatal. Farhan mengurungkan diri di rumah dan urusan pelancaran koleksi terbaharu butik Carla’s Collection di serahkan kepada Irfan buat sementara waktu. Semasa ketiadaan Farhan, Rose dan Kak Zaza bertungkus lumus menyiapkan rekaan baju baharu mereka. Penat lelah Rose berhasil apabila rekaannya telah terpilih sebagai koleksi terbaharu Carla’s Collection. Rose terus diserap untuk bekerja di butik sebagai pembantu kak Zaza sebaik sahaja tamat latihan industrinya. 
Kau Yang Pertama, Drama Kau Yang Pertama, Slot Akasia, TV3, Drama Bersiri, Drama Melayu TV3 2019, Poster Drama Kau Yang Pertama, Sinopsis Drama Kau Yang Pertama, Drama Baru Fikry Ibrahim, Drama Baru Farah Nabilah, Watak Pelakon, Pelakon Drama Kau Yang Pertama, Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Laila Nasir, Nasz Sally, Drama Slot Akasia TV3,
Rose gembira dan lega kerana akhirnya dia dapat membantu ibunya, Mak timah (Sheila Mambo) yang sering diganggu oleh Mak Gayah (Wan Nor Azlin) dan anaknya Suraya (Wan Sharmila) kerana menuntut hutang yang dibuat oleh bapanya. Farhan dan Rose juga semakin hari semakin rapat. Sikap Rose yang suka berangan tetapi berani telah memikat hati Farhan. Ketiadaan Rose yang bercuti untuk pulang ke kampung membuatkan Farhan resah. Farhan menyedari yang dia seperti sudah dilamun cinta dengan Rose tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya. Rose yang pulang untuk bercuti di kampung tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh ibunya kerana terpengaruh dengan kata-kata Suraya yang menjaja cerita buruk kononnya Rose menjual maruahnya di Kuala Lumpur. Apabila mengetahui Rose mahu berhenti kerja, Farhan membuat keputusan untuk pergi ke kampung Rose dan memujuk Mak Timah. Sesampainya di kampung, Farhan dikejutkan dengan permintaan Mak Timah yang meminta supaya dia mengahwini Rose jika mahu dia benarkan Rose kembali bekerja di butik Farhan. Farhan tersepit tetapi dalam masa yang sama Farhan merasakan itu yang terbaik untuk menutup mulut orang dan juga mengelakkan dirinya daripada diganggu Ameera yang masih menagih cintanya. 
Akan bahagiakah cinta pertama buat Rose dengan lelaki yang diminatinya, iaitu majikannya sendiri?

Lagu Tema / OST Drama Kau Yang Pertama
➤ I Want You To Love Me nyanyian Alif Satar

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Farah Nabilah

~ Blog Miss Banu Story ~
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. suka cerita ni sebab fikry kelakar

    BalasPadam
  2. dah lama tak tengok drama melayu sejak masuk asrama dulu.. nak try tengok la drama niiiii, youtube mesti adakan ? hihih

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017