-->
Memaparkan catatan dengan label Filem Indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem Indonesia. Papar semua catatan

26 Mac 2019

Movie Review : Rasuk (2018)

Rasuk, Rasuk (2018), Movie, Filem, Movie Review, Indonesian Movie, Filem Indonesia, Indonesian Movie Rasuk (2018), Shandy Aulia Movie, Filem Rasuk Lakonan Shandy Aulia, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Kisah Seram, Filem Indonesia Rasuk (2018), Sinopsis Filem Indonesia Rasuk (2018), Cast, Pelakon Filem Indonesia Rasuk (2018), Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta, Miller Khan Movie, Indonesian Horror Movie, Poster Filem Rasuk,


Rasuk adalah sebuah filem Indonesia yang release di Malaysia pada 1 November 2018 yang lalu. Antara pelakon filem Rasuk ini adalah Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta dan ramai lagi. Filem Rasuk ini bergenre seram dan merupakan adaptasi daripada novel karya Risa Saraswati serta filem ini berdurasi 1 jam 31 minit. Aku tertarik nak tengok filem Indonesia Rasuk ini sebab para pelakonnya iaitu Shandy Aulia. Kebiasaannya filem - filem seram lakonan Shandy Aulia selalunya best - best belaka plus dalam movie ini juga ada Miller Khan yang merupakan pelakon yang berasal dari Malaysia tapi memfokuskan kariernya di Indonesia. Poster filem Rasuk ini juga cantik dan turut menjadi tarikan untuk menonton filem ini, walaubagaimanapun apa yang ada di poster filem ini, langsung tak sama seperti dalam filem. Rasanya tak ada babak pun yang membabitkan watak Shandy Aulia tu tenggelam bagai hahaha. Filem Rasuk ini bermula baik di awal cerita sebelum di pertengahan cerita, ianya bertukar menjadi clisye dan biasa - biasa saja, manakala pengakhiran cerita agak mengarut bagi aku.
Rasuk, Rasuk (2018), Movie, Filem, Movie Review, Indonesian Movie, Filem Indonesia, Indonesian Movie Rasuk (2018), Shandy Aulia Movie, Filem Rasuk Lakonan Shandy Aulia, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Kisah Seram, Filem Indonesia Rasuk (2018), Sinopsis Filem Indonesia Rasuk (2018), Cast, Pelakon Filem Indonesia Rasuk (2018), Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta, Miller Khan Movie, Indonesian Horror Movie,
Di permulaan cerita dapat dilihat watak utama filem Rasuk ini Langgir Janaka lakonan Shandy Aulia kelihatan cantik dan berada di atas bukit tinggi. Dia kemudian bermonolog dan menceritakan kisahnya dari awal pada penonton. Di pertengahan cerita, plot filem ini mula jadi klisye bila Langgir Janaka dan kawan - kawannya nak bercuti, masuk hutan, pastu sesat, jumpa seorang perempuan misteri dan dia tunjukkan jalan untuk ke resort berhampiran. Tak lama kemudian bermulalah scene diorang bergaduh, pastu kena kacau dengan hantu, kena rasuk dan sebagainya. Sangat clisye dan terlampau biasa jalan ceritanya di bahagian pertengahan tu, boleh dikatakan sama macam filem - filem seram yang lain, tak ada beza langsung hahaha. Pastu tak suspen pun penonton boleh mengagak apa yang berlaku seterusnya. Di penghujung cerita lagilah mengarut bila Langgir Janaka yang kena rasuk tu berada di  tempat yang jauh dari rumahnya, tapi boleh sekelip mata je sampai ke rumahnya. Pastu tak lama kemudian kawan - kawan dia pun sampai di malam yang sama. Macam tempat tu dekat sangat pula, sedangkan sebelum ni semuanya berada dalam hutan, pastu tup tup dah ada depan pintu rumah haahaha, sangat tak logik. 
Rasuk, Rasuk (2018), Movie, Filem, Movie Review, Indonesian Movie, Filem Indonesia, Indonesian Movie Rasuk (2018), Shandy Aulia Movie, Filem Rasuk Lakonan Shandy Aulia, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Kisah Seram, Filem Indonesia Rasuk (2018), Sinopsis Filem Indonesia Rasuk (2018), Cast, Pelakon Filem Indonesia Rasuk (2018), Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta, Miller Khan Movie, Indonesian Horror Movie,
Boleh dikatakan ending filem Rasuk ini agak kelam kabut dan nak cepat habis. Tak boleh blah bila Langgir Janaka boleh berubah jadi baik hanya sekelip mata selepas kena rasuk tu hahaha, just like that okey. Sedangkan sebelum ni bukan main benci dia dengan semua orang. Lepas filem Rasuk ni, Shandy Aulia ada berlakon filem seram lagi iaitu Perjanjian Dengan Iblis (2019). Dari review yang aku baca banyak yang negatif, plus sinopsis filem tersebut juga sangat clisye, jadi aku malas nak tengok filem tu. Berbalik pada filem Rasuk ni, ianya mengisahkan tentang Langgir Janaka yang membenci keluarganya, kematian ayahnya ketika dia masih kecil telah merubah hidupnya. Ibunya menyalahkan dirinya kerana menjadi penyebab kematian ayahnya. Sejak dari itu Langgir Janaka dan ibunya sering bergaduh dan hal itu telah menimbulkan rasa kebencian di hati Langgir. Keadaan makin rumit bila ibunya berkahwin lain dan kemudian mendapat anak lelaki yang masih kecil. Langgir menjadi semakin benci dengan keluarganya, mujurlah ayah tirinya baik dan cuba memahami keadaan Langgir. 

Langgir Janaka juga sering berasa cemburu dengan kehidupan rakan-rakan baiknya yang dianggapnya mempunyai kehidupan sempurna. Namun Langgir tak tahu yang semua kawan baiknya itu ada masalah mereka yang tersendiri dan merahsiakan masalah mereka itu dari pengetahuan rakan - rakan lain. Satu hari, dia dan rakannya pergi bercuti di sebuah villa. Persahabatan mereka diuji apabila lelaki idaman Langgir, yang kini merupakan teman lelaki salah seorang rakan baiknya, turut serta bersama. Berasa cemburu, Langgir ambil keputusan untuk meninggalkan rakannya. Dia kemudian bertembung dengan sesuatu yang menyeramkan. Apa yang berlaku seterusnya. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Rasuk ni. Jadi secara keseluruhan aku bagi 5.8/10 bintang untuk filem ini.


(Blog Miss Banu Story) - https://mulan-sahbanu.blogspot.com
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

10 Ogo 2018

Drama Korea & Filem Bulan Julai 2018


Bulan Julai yang lalu, aku sempat menonton 2 drama Korea dan juga 2 filem Indonesia, selalunya aku tengok filem bollywood kan, tapi bulan Julai tu tukar sikit ke filem Indonesia yang kedua - duanya bergenre seram gitu. Manakala drama Korea tersebut pula berkaitan peguam dan hakim di mahkamah. Apa pun jom tengok senarai drama dan filem tersebut di bawah ini okey.

1) Miss Hammurabi (Korean Drama)
Pelakon: Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang dan ramai lagi.
Miss Hammurabi, Korean Drama Miss Hammurabi, Drama Korea & Filem Bulan Julai 2018, Korean Drama, Korean Style, 2018, Judge, Hakim, Mahkamah, Kes, K Drama, Channel JTBC, Berdasarkan Kisah Benar, Lawyer, Peguam, Miss Hammurabi Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Blog Miss Banu Story,
Awalnya aku teragak - agak juga sama ada nak menonton atau tidak drama Miss Hammurabi ini, bila dah menonton, memang rasa berbaloi gitu sebab jalan ceritanya memang berdasarkan kisah benar dan ditulis oleh hakim sendiri serta drama ini mendapat reaksi yang positif serta pujian daripada penonton. Drama Miss Hammurabi ini berkisarkan tentang kisah suka duka mereka yang bergelar hakim / judge. Aku start suka drama ini bermula episod ke 4, apa pun nantikan review drama ini okey.

2) Lawless Lawyer (Korean Drama)
Pelakon: Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Kim Byung Hee, Yum Hye Ran dan ramai lagi.
Lawless Lawyer, Drama Korea & Filem Bulan Julai 2018, Korean Drama, Korean Style, 2018, Judge, Hakim, Mahkamah, Kes, K-Drama, Channel TVN, Lawyer, Peguam, Pendakwaraya, Poster, Blog Miss Banu Story, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, 2018,
Aku suka dengan gandingan hero dan heroin drama Lawless Lawyer ini, plus semua pelakon lain juga best - best belaka. Nasib baik Lee Joon Gi masih berlakon dalam drama moden gitu hehe, selepas drama criminal minds yang kurang best itu, Lee Joon Gi kembali dengan drama Lawless Lawyer yang lebih menarik dan suspen. Berkisarkan tentang Bong Sang Pil yang ingin membalas dendam pada pembunuh ibunya menggunakan undang - undang, kerana pembunuh tersebut adalah orang penting dalam mahkamah dan Bong Sang Pil sendiri adalah seorang lawyer.

3) Mereka Yang Tak Terlihat (Filem Indonesia 2017)
Pelakon: Estelle Linden, Sophia Latjuba, Bianca Hello, Rowiena Sahertian, Frisly Herlind, Aliyah Faizah dan ramai lagi.
Movie List, Filem Indonesia, Indonesian Movie, Mereka Yang Tak Terlihat, Filem Bulan Julai 2018, Berdasarkan Kisah Benar, Filem Indonesia Mereka Yang Tak Terlihat, 2017, Cast, Pelakon Filem Mereka Yang Tak terlihat, Estelle Linden, Sophia Latjuba, Bianca Hello, Rowiena Sahertian, Frisly Herlind, Aliyah Faizah, Seram, Horror, Hantu, Deria Ke - 6, Poster Filem, Blog Miss Banu Story,
Aku suka dengan jalan cerita filem Mereka Yang Tak Terlihat walaupun endingnya agak sedih, malah fakta - fakta disebalik filem ini juga menarik dan buatkan aku makin tertarik nak tengok filem ini. Filem ini dikatakan berdasarkan kisah benar dan ada banyak hantu dalam filem ini hehehe. Suka tengok Estelle Linden dalam filem ini, sebab nampak comel dan lawa gitu. Apa pun memang best layan movie ini.

4) Arumi (Filem Indonesia 2018)
Pelakon: Panji Saputra, Nadira Maharani, Melvionita, Rizka Maharani, Rebecca Tamara, Ardina Rasti, Aditya Suryo dan ramai lagi.
Arumi, Movie List, Filem Indonesia, Indonesian Movie, Filem Bulan Julai 2018, Indonesian Movie Arumi, Seram, Horror, Hantu, Filem Seram, Arumi Cast, Pelakon Filem Arumi, Panji Saputra, Nadira Maharani, Melvionita, Rizka Maharani, Rebecca Tamara, Ardina Rasti, Aditya Suryo, Sinopsis Filem Arumi, 2018, Blog Miss Banu Story,
Filem Arumi ini juga unik dan menarik, berkisarkan tentang Rasty dan kawan - kawannya yang ingin bercuti di villa keluarga Rasty yang terletak di tengah hutan. Namun dalam perjalanan mereka terserempak dengan seorang kanak - kanak perempuan yang misteri bernama Lily. Kehadiran Lily turut mengundang 1 makhluk aneh dan menyeramkan bernama Arumi yang merupakan penjaga Lily yang kini mengganggu Rasty dan kawan - kawannya. Sepanjang menonton filem ini memang tertunggu - tunggu Arumi menjelmakan dirinya hehehe, tapi di peringkat awal dia acah - acah muncul hehe tapi bila dah muncul tu menyeramkan jugalah, tapi Arumi ini juga boleh berubah menjadi manusia yang cantik gitu hehe.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

3 Sep 2017

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Dan Haryati

Filem Adaptasi Novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Novel Karya Hamka, Filem Indonesia, Watak, Hayati, Zainuddin, Aziz, Ending, Drama Malaysia Haryati, 2003, Saidin, Azam, Pelakon Drama Haryati, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Malay Version In Drama Haryati, Pelakon Drama Haryati, Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali, Haryati 2, Senarai Pelakon Filem Indonesia Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza, Rahadian,
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Dan Haryati

Assalammualaikum..
Hari itu sempat tengok filem Indonesia yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Astro Citra. Filem ini diadaptasikan daripada Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka dan filem ini release pada tahun 2013. Novel ini memang popular dan terkenal di Indonesia dan juga Malaysia. Malah di Malaysia sendiri ada drama dan juga teater yang dibuat berdasarkan Novel ini. Apa pun memang best filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini terutamanya part Aziz dan Hayati tinggal kat rumah Zainuddin itu dan tak sangka juga Zainuddin akan buat keputusan terburu - buru dengan menyuruh Hayati pergi dari hidupnya. Scene ketika Hayati nak naik kapal tu pun best, Ending filem ini memang sedihlah kan tapi ada mesej positif disebaliknya. Ketika menonton filem ini juga membuatkan aku teringat pula pada Drama Haryati yang diarahkan oleh Erma Fatima dan disiarkan pada tahun 2002 / 2003 lakonan Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali dan ramai lagi. Drama Haryati ini juga adalah adaptasi daripada Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, no wonderlah bila tengok filem ini membuatkan aku teringatkan jalan cerita drama Haryati ini sebab masing - masing berdasarkan Novel Hamka itu.
Filem Adaptasi Novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Novel Karya Hamka, Filem Indonesia, Watak, Hayati, Zainuddin, Aziz, Ending, Drama Malaysia Haryati, 2003, Saidin, Azam, Pelakon Drama Haryati, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Malay Version In Drama Haryati, Pelakon Drama Haryati, Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali, Haryati 2, Senarai Pelakon Filem Indonesia Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza, Rahadian,
Walaubagaimanapun Drama Haryati ini mempunyai sedikit perbezaan kerana tidak mengikut 100 peratus jalan cerita seperti dalam novel, hanya di part awal dan di pertengahan saja yang sama, malah nama watak - watak juga sedikit berbeza. Serta ianya tidak melibatkan kapal langsung dan Haryati juga tidak mati di ending drama tersebut cuma dia telah meninggalkan kekasihnya buat kali kedua dan kemudian cinta tak kesampaian mereka disambung pula oleh generasi baru iaitu anak - anak mereka hahaha dalam drama Haryati 2 yang disiarkan pada tahun 2004. Namun pada ending drama Haryati 2 itu, barulah Haryati dapat bersatu dan berkahwin dengan kekasihnya itu dalam usia mereka yang dah tua. Apa pun still happy endinglah juga kan. Lagi pun drama Haryati itu selalu benar diulang siar kembali di saluran RTM dulu, membuatkan aku sampai hafal jalan cerita drama tu hahaha. Tapi sekarang ini, drama ini dah tak disiarkan dah di TV, plus aku cari poster drama ni kat google pun tak jumpa okey hahaha. Apa pun versi drama dan juga filemnya memang best dan terbaik.
Filem Adaptasi Novel, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Novel Karya Hamka, Filem Indonesia, Watak, Hayati, Zainuddin, Aziz, Ending, Drama Malaysia Haryati, 2003, Saidin, Azam, Pelakon Drama Haryati, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Malay Version In Drama Haryati, Pelakon Drama Haryati, Umie Aida, Rusdi Ramli, Aqasha, Watie Sadali, Haryati 2, Senarai Pelakon Filem Indonesia Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza, Rahadian,
Kalau korang nak baca sinopsis drama Haryati 2 boleh Klik ➔ SiNi..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017