-->
Memaparkan catatan dengan label School Of Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label School Of Lawak. Papar semua catatan

16 Feb 2014

Jep Sepahtu Perang Dingin Dengan Shahrol Shiro


Statement Shahrol

Statement Jep
Assalammualaikum..
Sape2 yang dah baca akhbar Harian Metro pasti tahu pasal isu gaduh/perang dingin antara 2 pelawak popular ini iaitu Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro. Sebelum ini diorang memang rapat tapi ketika minggu2 terakhir MLM2013 dah start dengar pasal gosip kumpulan diorang yang bergaduh tapi masing2 menafikan. Ketika di Final MLM2013 waktu penyampaian hadiah dan semua peserta diatas pentas, memang nampaklahlah gaya Jep dan Shahrol yg seakan-akan cuba mengelak dari bertembung atau bersalam. Masa Sidang Media lepas Final MLM tu pun Jep dan Shahrol duduk bukan main jauh lagi, sorang utara, sorang kt selatan. Tak lama pastu para peminat dikejutkan pula dengan kes Jep unfollow Shahrol dari Instagram. Segala yang berlaku mengundang tanda tanya.
Akhirnya Shahrol telah memberitahu wartawan apa yang terjadi dan perasaannya. Kemudian Jep pula membuat kenyataan balas dan mengatakan tidak ada apa2 yg berlaku. Rasanya pasni mungkin Team Melodi ker Propaganza or Galaksi akan mencari diorang untuk mendapatkan statement di tv pula nanti. Apapun hope diorang akan berbaik-baiklah hendaknyer, sebab dalam dunia hiburan ni pusing-pusing diorang akan jumpa balik semula so buang yg keruh ambil yg jernih. Peace2 

P/s-Layan tengok Skool Of Lawak sbb nak tengok Johan dan Jep jadi hos, tapi peserta kurang best sgt maybe sbb baru minggu pertama. Apapun suka dgn juri2 nyer sbb masing2 profesional dan memberi komen ikhlas gitu kan berbanding juri2 MLM tu.
Read More »

9 Feb 2014

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013


Assalammualaikum..
Akhirnya kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013). Bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi, Sepahtu berjaya memperoleh markah/undian tertinggi sebanyak 72 % dan melayakkan mereka menjadi juara. Manakala di tempat kedua jatuh kpd kump Shiro yang berjaya mendapat 69 %. Tempat ketiga pula milik kumpulan Bocey yang mendapat undian sebanyak 68% dan mereka juga turut menang "Man Of The Match" untuk Final MLM 2013 ini. Tempat ke-4 pula milik kump Jambu yg mndapat 65 % dan Nabil di tempat kelima dengan 64%. Peratusan undian mereka sangat dekat beza 3 peratus dan 1 peratus jer. Saingan memang sangat sengit dan bergantung pada rezeki masing2 lah kan.
Shiro dlm MLM2012 mereka mendapat tempat ketiga manakala di MLM2013 dapat jadi Naib Juara. Ada peningkatan disitu cuma untuk final MLM2013, Sketsa pertama diorang agak slow sikit n diorang x patut buat lgi ulangan watak Majibur tu. Tapi sketsa kedua mereka mmg happening. Nabil juga agak menyerlah dlm sketsa pertamanya. Manakala untuk sketsa keduanya Nabil banyak meluahkan apa yang die rasa sepanjang menyertai MLM ini. Sebak juga dengar luahan hati Nabil tu. Kemungkinan untuk MLM2014 ada beberapa kumpulan yang tak akan bertanding lagi disebabkan nak berehat or mungkin ade gak yang merajuk gitu sebab tahun ni, Peserta MLM banyak kena ktirik teruk dengan para peminat MLM.
Ada jugak yang mengatakan Bocey patut jadi juara, tapi bagi aku prestasi Bocey memang sangat baik dan meningkat, cuma apa yg aku tengok Bocey dari awal hingga sekarang sering menggunakan Abam untuk dijadikan bahan lawak. Mungkin diorang patut kurangkan mengunakan isu fizikal Abam sebagai bahan lawak. Apapun memang tak dinafikan yang persembahan Bocey di final sangat meriah gitu, mereka begitu enjoy dalam persembahan mereka. Kita yang tengok pun rasa happening jer. Suka tengok Achey menyanyi lagu nada tinggi hihi dan Fad Rap memang terbaik hehe.
Jambu untuk tahun ini mendapat tempat keempat berbanding di MLM2012 mereka menjadi Naib Juara. Apapun semua rezeki masing2 dan Jambu tetap sangat menghiburkan sepanjang di MLM2013 ni, cuma di Final, sketsa Jambu agak kurang menyengat sikit berbanding minggu2 sebelumnya. Apapun tetap suka dengan semua finalis Raja Lawak Musim pertama ni iaitu Jambu dan Jozan hehe. Sayangnya JOZAN takde pula di Final MLM2013 ni huhuhu. Ntahlaa bilalah agaknya dapat tengok JOZAN comeback semula, mungkin kena tunggu lama sikit lg. Pasni layan JoJep kat School Of Lawak pulak. 
Apapun tamat sudah MLM2013 dan tahniah pada semua Finalis MLM2013 nih.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017