-->

11 Apr 2014

Emergency Couple - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama Korea yang bertajuk Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo (Running Man), Choi Jin Hyuk, Lee Pil Mo yang baru saja habis ditayangkan minggu lalu. Drama ni mempunyai 21 episod dan bergenre Romantic Comedy/Medical. Jalan cerita drama ni berkisarkan pasangan suami isteri iaitu Oh Chang Min dan Oh Jin Hee yang berkahwin pada usia muda namun bercerai setahun kemudian atas sebab tidak serasi namun selepas 6 tahun, mereka bertemu semula sebagai doktor pelatih di sebuah hospital. Mereka terpaksa bekerjasama sbg satu kumpulan dan bermulalah insiden2 lucu antara mereka kerana mereka saling membenci. Akhirnya perasaan cinta mula timbul kembali dalam diri mereka namun keadaan dirumitkan dengan kehadiran Chief Gook dan Han Ah Reum yang turut menagih cinta dari mereka.
Kelakar gak bila tengok Oh Jin Hee ngan Oh Chang Min tak boleh berjumpa asal berjumpa jer diorang nak gaduh. Namun bila masuk episod demi episod diorang dah jarang bergaduh n makin sweet gitu. Perangai masing2 pun makin berubah sebab makin dewasa. Agak menyampah gak tengok perangai mak Oh Chang Min yg cerewet dan gila2 tu tapi nanti perangai mak die akan berubah jadi baik nanti. Scene paling sedih masa kematian bapa Oh Chang Min tu yang menyebab semua jadi sedih. Boleh dikatakan kematian Bapa Oh Chang Min tu membuatkan watak Ji Hyo sbg Oh Jin Hee tu menjadi simpati dan terbuka hati untuk terima Oh Chang Min semula sbb sebelum ni dia agak jual mahal sikit n mcm serik.
Mungkin drama ni adalah drama terakhir Choi Jin Hyuk sebab dengar cerita nama die tersenarai untuk join Army selama 3 tahun. Suka gak dengan watak2 lain dlm drama ni mcm watak adik dan adik ipar Jin Hee tu diorang ni sporting giler n slumber jer mintak tolong dgn Chang Min walaupun Chang Min bukan lgi abang ipar diorang dah. Diorang ada baby yg sgt comel, nama adik ipar Jin Hee tu adalah Kim Kwang Soo dah macam sengaja jer nk gabung kan nama Kim Jong Kook ngan Kwang Soo Running Man jd satu nama hehe. Selain itu Gary (Running Man) turut buat kemunculan khas untuk episod 6. Lawak jer tengok Gary jadi pemandu yang bawa Ji Hyo balik.
Sweet n comel jer gandingan Ji Hyo ngan Choi Jin Hyuk ni. Lagu2 soundtrack drama ni juga best, lagu yang paling aku suka adalah lagu Flower Scent nyanyian Lim Jung Hee. Lagu ni akan muncul masa part sedih2 part sweet2 part2 terharu gitu. Ada gak version lelaki yang dinyanyikan sendiri oleh Choi Jin Hyuk. Latar tempat untuk drama ni banyak dalam hospital serta di rumah Oh Jin Hee dan rumah Oh Chang Min. Drama ni popular sampai extend 1 episod menjadi 21 episod semuanya dan episod akhirnya semestinya happy ending gitu. Tak berapa berkenan tgk rambut palsu Ji Hyo masa flash back tu, tapi still comel.
Ni masa hari perkahwinan diorang sebelum bercerai setahun selepas tu.

Apapun mmg layan drama ni walaupun cerita pasal doktor pelatih di hospital tapi still menghiburkan dengan telatah diorang. Lagipun ceritanya x berat sebab bergenrekan romantik komedi. Aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Baca jugak yang ni-KLIK pada tajuk entry dibawah untuk membaca entry berkenaan.

Review Drama2 Choi Jin Hyuk yang terdahulu..
Read More »

9 Apr 2014

Ragam Suami Isteri Ketika Shopping

Read More »

8 Apr 2014

5 Wasiat Imam Shafie

Read More »

7 Apr 2014

Shila Amzah Dapat Tempat Ke-3 Dalam Pertandingan I Am A Singer Di China

Read More »

6 Apr 2014

Hide And Seek

Read More »

5 Apr 2014

Lagu & Lirik Bebaskan Ost Frozen Let It Go Malay Version By Marsha

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun dah tengok cite Frozen nih kan dan lagu2 dalam cite Frozen ni memang semua best2. Antara lagu paling top adalah lagu Let It Go sehingga lagu ni ada banyak version ikut negara masing2. Contohnya versi China, Korea dan sebagainya. Lagu dalam versi Korea dinyanyikan oleh Hyorin mmg sedap, kalau dalam version Malaysia pula dinyanyikan oleh Marsha Milan yang juga turut alih suara filem Frozen dalam bahasa melayu bersama Liyana Jasmay dan Ray. Dalam versi Melayu lagu Let It Go ditukar tajuk kepada "Bebaskan". Boleh tahan gak suara Marsha, jom layann lirik dan video lagunya kat bawah ni k.
Lirik Lagu Bebaskan

Bebaskan bebaskan
Tak dapatku pendam lagi
Bebaskan bebaskan
Mulakan hidup baru
Salju putih menutupi malam
Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya
Jangan sampai mereka tahu
Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku
Kini dapatku lihat jelas dari kejauhan
Ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
Diatas kedinginan ku bernyawa lagi
Kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Ku cuba sedayaku
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku


Read More »

3 Apr 2014

Episod Akhir Drama 7 Suami TV9

Assalammualaikum..
Semalam berakhirnya drama 13 episod 7 Suami yang bersiaran di tv9Kisah benar yang diangkat menjadi drama ini merupakan hasil arahan Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. 7 Suami turut diwarnai dengan kehadiran 7 lelaki berbeza untuk menguatkan jalan cerita ini iaitu Aiman Hakim Ridza, Kaza, Yuswaisar, Esma Daniel, Azhar Sulaiman, Fazreen Rafi dan Azhan Rani. Jalan cerita drama ni mmg best, lain dari yang lain tak macam drama2 yg tak habis2 pasal kahwin paksa semua tu. Banyak pengajaran gitu. Lakonan Izreen Azminda, Aiman Hakim dan lain2 semuanya terbaik.
Episod akhir drama 7 Suami menyaksikan Yah keguguran akibat dikasari suaminya Lokman, Selain Ah Keong dan Ihsan bekerjasama dalam menyelamatkan Yah dari cengkaman Lokman yg kejam dan Akhirnya Lokman berjaya ditangkap polis. Berlaku konflik yg mana Yah dah bersumpah bahawa perkahwinan ke-6 nya dengan Lokman adalah perkahwinan terakhirnya dan tidak mungkin boleh berkahwin dengan kekasih lamanya Ihsan. Namun segalanya terjawab yang mana Yah dan Ihsan akhirnya dapat berkahwin dan bahagia hingga ke akhir hayat. Happy Ending, sehidup semati gitu..
Yah dan Ihsan

Baca Yang Ini Jugak-Klik pada tajuk dibawah untuk membaca entry berkenaan..
Read More »

2 Apr 2014

Sinopsis Drama Aku Isterinya Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Hello April...dan hari ni aku start berblog kembali selepas berehat seketika, dah masuk bulan April ni, ada drama baru yg start ditayangkan di tv3 untuk slot Akasia menggantikan drama Jika Itu Takdirku dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7.00-8.00 malam. Drama terbaru ini bertajuk Aku Isterinya dan dilakonkan oleh Anzalna dan Izzue Islam sebagai watak utama dan drama ini adalah adaptasi dari Novel Popular "Aku Bukan Mistress" karya Acik Lana.
Jom layan Sinopsis Drama Aku Isterinya..

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Gambar2 credit to Facebook tv3
baca yg ini jugak, klik pada tajuk entry dibawah ini..


Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017