Apr 2, 2014

Sinopsis Drama Aku Isterinya Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Hello April...dan hari ni aku start berblog kembali selepas berehat seketika, dah masuk bulan April ni, ada drama baru yg start ditayangkan di tv3 untuk slot Akasia menggantikan drama Jika Itu Takdirku dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7.00-8.00 malam. Drama terbaru ini bertajuk Aku Isterinya dan dilakonkan oleh Anzalna dan Izzue Islam sebagai watak utama dan drama ini adalah adaptasi dari Novel Popular "Aku Bukan Mistress" karya Acik Lana.
Jom layan Sinopsis Drama Aku Isterinya..

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Gambar2 credit to Facebook tv3
baca yg ini jugak, klik pada tajuk entry dibawah ini..



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 comments:

Syiera Firdaus said...

datang jemput

http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

hadiah
-bawal rose
-produk herbalife
-BAP cap
-topup

dan banyak lagi!!

Yana Libra said...

saya dah baca novel..drama dia best ke?

Yana Libra said...

saya dah baca novel..drama dia best ke?

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum..miss banu,

cerita nie mesti best kan?...

mselim3

Anne Idris said...

hi nice to read your blog..
www.mommyanneshop.com

Related Posts with Thumbnails