-->

11 Apr 2014

Emergency Couple - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama Korea yang bertajuk Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo (Running Man), Choi Jin Hyuk, Lee Pil Mo yang baru saja habis ditayangkan minggu lalu. Drama ni mempunyai 21 episod dan bergenre Romantic Comedy/Medical. Jalan cerita drama ni berkisarkan pasangan suami isteri iaitu Oh Chang Min dan Oh Jin Hee yang berkahwin pada usia muda namun bercerai setahun kemudian atas sebab tidak serasi namun selepas 6 tahun, mereka bertemu semula sebagai doktor pelatih di sebuah hospital. Mereka terpaksa bekerjasama sbg satu kumpulan dan bermulalah insiden2 lucu antara mereka kerana mereka saling membenci. Akhirnya perasaan cinta mula timbul kembali dalam diri mereka namun keadaan dirumitkan dengan kehadiran Chief Gook dan Han Ah Reum yang turut menagih cinta dari mereka.
Kelakar gak bila tengok Oh Jin Hee ngan Oh Chang Min tak boleh berjumpa asal berjumpa jer diorang nak gaduh. Namun bila masuk episod demi episod diorang dah jarang bergaduh n makin sweet gitu. Perangai masing2 pun makin berubah sebab makin dewasa. Agak menyampah gak tengok perangai mak Oh Chang Min yg cerewet dan gila2 tu tapi nanti perangai mak die akan berubah jadi baik nanti. Scene paling sedih masa kematian bapa Oh Chang Min tu yang menyebab semua jadi sedih. Boleh dikatakan kematian Bapa Oh Chang Min tu membuatkan watak Ji Hyo sbg Oh Jin Hee tu menjadi simpati dan terbuka hati untuk terima Oh Chang Min semula sbb sebelum ni dia agak jual mahal sikit n mcm serik.
Mungkin drama ni adalah drama terakhir Choi Jin Hyuk sebab dengar cerita nama die tersenarai untuk join Army selama 3 tahun. Suka gak dengan watak2 lain dlm drama ni mcm watak adik dan adik ipar Jin Hee tu diorang ni sporting giler n slumber jer mintak tolong dgn Chang Min walaupun Chang Min bukan lgi abang ipar diorang dah. Diorang ada baby yg sgt comel, nama adik ipar Jin Hee tu adalah Kim Kwang Soo dah macam sengaja jer nk gabung kan nama Kim Jong Kook ngan Kwang Soo Running Man jd satu nama hehe. Selain itu Gary (Running Man) turut buat kemunculan khas untuk episod 6. Lawak jer tengok Gary jadi pemandu yang bawa Ji Hyo balik.
Sweet n comel jer gandingan Ji Hyo ngan Choi Jin Hyuk ni. Lagu2 soundtrack drama ni juga best, lagu yang paling aku suka adalah lagu Flower Scent nyanyian Lim Jung Hee. Lagu ni akan muncul masa part sedih2 part sweet2 part2 terharu gitu. Ada gak version lelaki yang dinyanyikan sendiri oleh Choi Jin Hyuk. Latar tempat untuk drama ni banyak dalam hospital serta di rumah Oh Jin Hee dan rumah Oh Chang Min. Drama ni popular sampai extend 1 episod menjadi 21 episod semuanya dan episod akhirnya semestinya happy ending gitu. Tak berapa berkenan tgk rambut palsu Ji Hyo masa flash back tu, tapi still comel.
Ni masa hari perkahwinan diorang sebelum bercerai setahun selepas tu.

Apapun mmg layan drama ni walaupun cerita pasal doktor pelatih di hospital tapi still menghiburkan dengan telatah diorang. Lagipun ceritanya x berat sebab bergenrekan romantik komedi. Aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Baca jugak yang ni-KLIK pada tajuk entry dibawah untuk membaca entry berkenaan.

Review Drama2 Choi Jin Hyuk yang terdahulu..

7 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017