-->

8 Dis 2014

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM 21)

Assalammualaikum..
Sabtu yang lalu berlangsungnya Anugerah Industri Muzik (AIM 21) yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Faizal Ismail. Tahniah buat semua pemenang. Jom kita tengok Senarai Penuh Pemenang AIM21 ini dibawah k.

Anugerah Sri Wirama AIM21
Datuk Ramli Sarip



Lagu Terbaik AIM21

No More - SonaOne



Album Terbaik

Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza (Aubrey Suwito, Mujahid Abdul Wahab, Faizal Tahir, Mike Chan & Dato' Siti Nurhaliza)



Artis Baru Terbaik

Poova



Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki)

Akim Ahmad - Mewangi



Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)

Dato' Siti Nurhaliza - Lebih Indah



Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)

Azhael - Hujung Waktu



Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Nora ft Mosyi, Alif ft Putri - Selamanya Bahagia



Kulit Album Terbaik

#1 - Stacy (Wan Izhar)



Rakaman Album Terbaik

Konsert Lantera Timur Dato' Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Dato' Siti Nurhaliza (Greg Henderson)



Video Muzik Terbaik

Falling - Yuna (Yuna & Zul Luey)



Lagu Pop Etnik Terbaik

Akar Kita Zapin - Ihab Ismail (ciptaan sepenuhnya Ihab Ismail)



Lagu Nasyid Terbaik

Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A) - Iwan Syahman & Iwan Junior (ciptaan sepenuhnya Iwan Syahman & Iwan Junior)



Lagu Rock Terbaik

Rentak Laguku - Bunkface ft Amy Search (komposer: Sam Bunkface / Penulis Lirik: Bunkface)



Lagu Pop Terbaik

Sesal Separuh Nyawa - Alyah (komposer: Rizal Tiga & Aidil AF / Penulis Lirik: Alyah & Shah Shamsiri)



Lagu Hip Hop Terbaik

Apa Khabar - Joe Flizzow ft SonaOne (komposer: Joe Flizzow & SonaOne / Penulis Lirik: Joe Flizzow)



Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

No More - SonaOne (ciptaan sepenuhnya oleh SonaOne)



Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Salahkah - Hafiz Suip & Dato' Rossa



Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan (Aubrey Suwito)
Read More »

7 Dis 2014

Zero, Bocey & Comey Menyerlah Dalam Tema Parody MLM2014


Assalammualaikum..
Sape tengok Maharaja Lawak Mega 2014 jumaat yang sudah yang bertemakan parody tu? Tiada penyingkiran di minggu ke-4 ini. Namun kumpulan Jalor, Ekzos dan Wala berada dalam kedudukan tiga terendah. Dalam minggu ke-4 ini kumpulan Zero menjadi kumpulan pertama yang mendapat bintang paling banyak hehe iaitu 4 setengah bintang, manakala kumpulan Bocey, Comey dan Sepahtu mendapat 4 bintang. Bagi aku untuk tugasan parody ni, kump Zero, Bocey dan Comey jer yang paling menyerlah dan lawak. Manakala kumpulan yang lain2 tu biase-biase jer, mungkin boleh diperbaiki lagi di minggu seterusnya. Abam Bocey memenangi Man Of The Match untuk minggu ke-4 ini. 

Nabil dan lain2 kumpulan mendapat 3 bintang, manakala Ekzos menerima 2 bintang dan Jalor mendapat 2 setengah bintang. Zero terus konsisten di minggu ke-4 ini, mampukah diorang mengekalkan rentak dan maintain di minggu2 seterusnya? Kumpulan Virus perlu bangkit di minggu hadapan, begitu gak dengan kumpulan yang lain. Kesian gak kat Taufik Batisah teruk kena bahan di MLM2014 pasal isu bola yang Singapore kalah dengan Malaysia tu dan juga isu keeper kat mana? hehehe. Apapun semua tu gurau-gurauan manja jer hihi Agaknya tema apa pula di minggu ke-5 nanti? Good Luck untuk semua peserta MLM2014. 

Good Luck gak untuk Team Malaysia yang akan bertemu Vietnam di separuh akhir untuk Piala Suzuki AFF Ahad ini.

Read More »

6 Dis 2014

Lagu & Lirik Lelaki Nyanyian Yuna - AJL29

Assalammualaikum..
Sape layan lagu Yuna ni yang bertajuk Lelaki. Best gak lagu ni, unik n kreatif hehe. Sekali dengar dah suka lagu ni, rasa nak dengar lagi lagu ni berulang-ulang. Lagu ini juga berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL29) yang akan berlangsung pada bulan Januari 2015. So korang agak2 ada peluang tak lagu ni nak menang dalam AJL29 nanti? Apa pun, jom layannn lagu dan liriknya sekali kat bawah ni k..

 Lirik Lagu - Lelaki 

Kau fikir kau siapa 
Cinta ini kau buang saja 
Ku tak perlukan memori 
Dan kau tak perlu kembali 

Kau fikir ku apa 
Siang malam engkau yang punya 
Kau datang dan kau pergi 
Kau buat aku begini 

Oh lelaki 
Tak guna ku berikan semua 

Banggakah dirimu 
Kekasihmu sahabatku 
Rupanya selama ini 
Dia menaruh hati 

Kadang kala aku terfikir 
Kau berikan nya janji yang sama 
Dan kau katakan pada ku oh 
Sepuluh tahun yang lalu 
Oh lelaki 
Tak guna ku berikan semua 

(French Language)

Ini rupanya kau balas kembali 
Semua yang ku beri 
Tak pernah mencukupi 
Kau bukan lagi yang aku kenali 
Perempuan seperti ku 
Tak ingin bersamamu 

Dahulu kau bukan begini 
Kau hancurkan hati 
Ku yakin dahulu 
Kau bukan 
Kau bukan 
Kau bukan 

Oh lelaki 
Tak guna ku berikan semua 
Oh lelaki 
Tak guna ku berikan semua 
Lelaki lelaki 
Tak guna tak guna tak guna 



P/s- Bagi yang belum tahu -> Kalau nak tengok video muzik kat atas ni boleh jer klik tengok kat youtube terus ataupun tengok jer kat atas ni. Sebelum tu korang boleh klik butang stop yang ada disidebar untuk tutup lagu background blog ini.

Read More »

5 Dis 2014

Waktu - Waktu Baik Untuk Berdoa

Read More »

4 Dis 2014

CPUV Nuffnang - Mi Sedaap Cup Noodles Dig..

Assalammualaikum..
Alhamdulilah baru-baru ni dapat cpuv dari Nuffnang..iaitu Mi Sedaap Cup Noodles Dig..Terima Kasih Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Thanks gak pada mereka yang rajin Klik2 Iklan di blog ini. Kalau korang nampak iklan ini menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah klik2 yer. Thanks semua..
Read More »

3 Dis 2014

Sinopsis Drama Satu Hari Slot Ratu Tv9

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk Slot Ratu di Tv9 akan bersiaran mulai selasa ini. Drama tersebut bertajuk Satu Hari dan dilakonkan oleh Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan dan ramai lagi. Drama ini akan menggantikan drama Setitis Kasih Darmia dan mempunyai 14 episod. Kalau tengok dari Sinopsis, drama ni nampak macam best jer. So jangan lupa tengok drama ni di Tv9 dalam slot ratu setiap Selasa dan Rabu pada pukul 8.30 malam. Sebelum tu jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

 Sinopsis Drama Satu Hari
Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Read More »

2 Dis 2014

Liar Game - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ini nak buat review drama Korea yang bertajuk Liar Game. Drama ini baru jer habis ditayangkan di Korea penghujung November yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Lee Sang Yoon, Kim So Eun, Shin Sung Rok dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi dari komik Jepun, selain itu komik ini telah pun terlebih dahulu dibuat drama oleh produksi Jepun (2007) yang tajuknya juga sama, siap ada season 2 dan versi filem lagi. Drama Liar Game ini mempunyai 11 episod dan ramai yang mengharapkan drama ini disambung untuk musim ke-2 seperti drama Jepun tu, tapi tak pastilah sama ada ianya akan jadi kenyataan. Aku tak pernah menonton drama ini dalam versi Jepun, jadi aku tak dapatlah nak buat perbandingan versi mana yang lebih best. Ada yang cakap Korean version ni lain sikit dari yang versi Jepun. Ada perubahan sikit tapi aku x sure laa apa yg berubahnyer.
Tarikan utama drama ini semestinyalah kerana jalan ceritanya yang menarik dan unik gitu. Drama ini juga takde langsung menyentuh isu2 percintaan antara hero dan heroin drama ini hehehe, ending drama ini juga menunjukkan hero dan heroin drama ini akan buat hal masing2 lepas semua masalah selesai. Maknanya hero dan heroin tidak akan bercinta yer, apapun pelakon drama ini memang semuanya best, lakonan terbaik gitu. Awalnya aku x berapa kenal sangat heroin drama ini iaitu Kim So Eun. Kemudian baru dapat tahu yang Kim So Eun ni adalah pelakon yang jadi kawan baik kepada watak Geum Jan Di iaitu heroin drama Boys Over Flowers. Patutlah muka die familiar sikit, rupanya die ada berlakon gak dalam cite popular BOF tu. Hero drama ini adalah hero dalam drama Angel Eyes tu manakala Shin Sung Rok ada berlakon sbg watak jahat dalam drama top My Love From The Star.
Apapun aku memang suka sangat lakonan Lee Sang Yoon dlm drama ni, die sangat bijak dlm drama ini suka tengok karakter watak die tu. Manakala Shin Sung Rok sangat cemerlang dengan watak Kang Do Young yang sangat terror memanipulasi orang, ekspresi wajah die memang terbaiklah, nampak jahat gitu. Aku suka dengan game2 yang diorang main dalam drama ini, kreatif giler, memang game yang mencabar psikologi, diorang kena bijak main game ini sebab nama pun Liar Game so memang banyak laa unsur tipu menipu, tikam dari belakang semata-mata untuk mengejar jumlah wang yang ditawarkan. Bila duit jadi ganjaran semua pun mula jadi tamak. Antara game yang diorang main macam game minoriti, game presiden, game seludup wang, game tembak2 dengan pistol mainan hehe. Masa cara game tu diterangkan aku tak berapa faham sangat tapi bila dah start tengok diorang main game2 ni, baru faham hehe. 
Watak Nam Da Jung yang digambarkan sebagai seorang yang naif, baik hati, penyabar, jujur, pendek katanya semua sifat baik ada pada dirinya membuatkan aku terpikir, wujud ker orang sebaik die di alam realiti ni kan hehe nama pun drama gitu. Selain itu aku suka tengok hubungan baik antara pemungut hutang (Jo Dal Go) dan pemiutang (Nam Da Jung) yang sangat baik hehe. Bagi aku drama ni memang penuh dengan unsur suspen, kita akan sentiasa tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku seterusnya. Watak Kang Do Young yang penuh misteri itu akan terungkai di episod akhir drama ini. Ending drama ni not bad gak sebab semua rahsia dan misteri akan terbongkar di final episod. Apapun memang berbaloi tengok drama ini. Aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk drama ini. Jom layan sinopsis drama ini dibawah k.
Nam Da Jung seorang pelajar kolej yang baik hati namun hidup dalam kesusahan kerana terpaksa melangsaikan hutang bapanya kepada Lintah darat. Bapanya melarikan diri dan tinggal lah Nam Da Jung seorang diri. Tanpa diduga Nam Da Jung telah terpilih menjadi peserta kpd rancangan realiti tv Liar Game. Rancangan tersebut mengkehendaki para peserta menipu antara satu sama lain untuk menjadi seorang yang bertuah dan memenangi hadiah yang lumayan. Disebabkan ingin menglangsaikan segala hutangnya N.Da Jung akhirnya bersetuju untuk menyertai rancangan tersebut. Di peringkat permulaan Liar Game, Nam Da Jung hampir2 tersingkir namun dia akhirnya meminta pertolongan seorang bekas banduan yang juga bergelar Professor yg sangat genius iaitu Ha Woo Jin. Atas pertolongan Ha Woo Jin, Nam Da Jung terselamat dan berjaya ke pusingan seterusnya.
Pengacara Liar Game iaitu Kang Do Young berjaya menyakinkan Ha Woo Jin untuk menjadi peserta dalam rancangan Liar Game jika H.W.Jin mahu mengetahui siapa dalang yg bertanggungjwb atas kematian emak Ha Woo Jin. Sepanjang Game berlangsung, Ha Woo Jin cuba menyiasat latar belakang Kang Do Young yang sangat misteri itu. Siapa sangka Kang Do Young, Ha Woo Jin dan Nam Da Jung telah pun bertemu ketika mereka masih kecil di rumah anak2 yatim yang dikendalikan oleh emak Ha Woo Jin. Apakah hubungan mereka bertiga ini? kenapa Kang Do Young berdendam dengan Ha Woo Jin? Apakah yang bakal berlaku seterusnya? kenalah tengok drama ni yer.

Baca Yang Ini Jugak-

 Review Drama Lakonan Shin Sung Rok Yang Terdahulu:-
Review Drama Lakonan Jo Jae Yoon Yang Terdahulu:-



Read More »

1 Dis 2014

Tema Minggu Ke-4 Maharaja Lawak Mega 2014 : Parody

Assalammualaikum..
Minggu ke-3 MLM2014 telah pun berlangsung dengan tema Kilauan Emas, rata-ratanya semua peserta agak sukar untuk membuat lawak yang terbaik, mungkin sebab temanya agak sukar. Namun terdapat beberapa kumpulan yang cemerlang dengan tema yang diberi seperti kumpulan Bocey, Zero, SYJ, Nabil, Sepahtu dll. Selepas undian ditutup Bocey berada ditangga teratas gitu. 

Apapun untuk minggu ke-4 temanya adalah Parody. Rasanya MLM di musim-musim yang lepas pun dah banyak kali ada tema Parody ni, so tema ini sudah tidak asing lagi di kalangan peserta dan juga MLM sendiri. Agaknya peserta manakah yang bakal menyerlah dan kreatif di minggu ke-4 nanti. Sama-samalah kita nantikan yer. 
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017