-->

22 Nov 2015

Sinopsis Telemovie Wan Embong Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Tengok dari Iklan dan Sinopsis Telemovie Wan Embong ni memang nampak macam best, pastu dibarisi pelakon2 hebat dan popular gitu jadi haruslah tengok hehehe. Cite ni akan disiarkan pada 21 November ini dan merupakan terbitan Zeel Production. Telemovie Wan Embong ini dilakonkan oleh Faizal Hussein, Neelofa, Johan Asaari, Izreen Azminda, Vanida Imran, Dato Rahim Razali dan diarahkan oleh Amie Maziah. Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis Telemovie Wan Embong (Cerekarama TV3)
Mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketiga. Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali). Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu. Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. 
Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua. Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?
Read More »

21 Nov 2015

Senarai Lagu Konsert Ke-6 Gegar Vaganza 2015

Assalammualaikum
Dah masuk minggu ke-6 dah Gegar Vaganza musim kedua ni. Setakat ni dah ada 4 peserta tersingkir bermula dengan Ezlynn, Zul Handyblack, Sheeda dan Amir Ukay's. Dengar cerita kemungkinan besar akan ada undi masuk peserta yg tersingkir ni tapi entahlah kan. Tema untuk minggu ke-6 Gegar Vaganza ni adalah Kenangan Terindah, yang mana peserta akan menyanyikan lagu2 dari penyanyi yang telah meninggal dunia. Senarai lagu yang bakal peserta Gegar Vaganza nyanyikan tu boleh tengok gambar diatas yer.

Read More »

20 Nov 2015

Juara Parodi 2015

Assalammualaikum..
Juara Parodi ni kira rancangan baru yang unik sebab menggabungkan penyanyi dan pelawak dalam satu kumpulan dan berentap di Pentas Juara Parodi untuk merebut hadiah RM300,000 gitu. Juara Parodi ni dah masuk minggu ketiga, minggu pertama dan kedua dikira sebagai konsert pengenalan gitu. Minggu ketiga ini barulah bermula pertandingan sebenar yang mana peserta diperlukan untuk melakar lirik-lirik kreatif secara bersahaja dengan berlatarbelakangkan lagu asal yang ditukar genre muziknya dan dipersembahkan secara langsung menerusi tema istimewa yang diberikan pada setiap minggu. Najip Ali dan Dina Nadzir menjadi pengacara / hos Juara Parodi ni. Kan best kalau Jozan jadi Hos Juara Parodi ni mesti kecohnyer haahaha. Aku suka dengar suara Dina menyanyi, bile die jadi pengacara nampak okeylaa gak. Manakala Najip Ali ni aku suka tengok die jadi Juri MLM dulu sebab cara die kritik peserta best. 
Namun bila die jadi hos Juara Parodi ni agak kurang best sikit n kurang lawak maybe akan best di minggu2 akan datang. Antara peserta yang join program Juara Parodi ini adalah Shuib Sepahtu, Mark Adam, Ajak Shiro, Hattan, Mawi, Zero, Jambu, Misha Omar, Tomok, Rahim R2, Sam Bunkface, Joey, Syuk, Achey, Black, Abam, Fad Bocey, Waris, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Zahid, Firman, Azlee Senario, Lan Pet Pet. Awalnya ingatkan ada Awie dan Shahrol Shiro, tup2 Ajak Shiro jer ada manakala Awie takde n Hattan pula muncul hehehe. Manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki jadi juri tetap program Juara Parodi ni. Kebanyakkan pelawak yang join program ni memang boleh menyanyi dan sedap gak suara diorang. Uniknya rancangan ini apabila tiada penyingkiran yang akan dibuat kerana sistem carta digunakan. Apapun layannn Juara Parodi setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna dan Astro Mustika HD.

Read More »

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Abang Sado Jemur Kain adalah drama terbaru untuk Slot Iris Tv3, ianya telah mula disiarkan mulai 16 November yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama Abang Sado Jemur Kain ni dilakonkan oleh Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro, Cat Farish, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan Rahman dan ramai lagi. Sape layannn drama ni?? Sementara nak tunggu drama Akulah Balqis tu bolehla layan drama ni sekejap sebab setengah jam jer bila masuk iklan semua tak sampai pun setengah jam hehehe. Apapun jom layann sinopsis drama Abang Sado Jemur Kain kat bawah ni k..

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain

Mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu. Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.


Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang berehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng. Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

Read More »

Review Blog Pemenang Bertuah - http://izyanyancinnamon.blogspot.my


Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, aku nak buat review blog bertuah yang merupakan pemenang kepada satu contest yang aku jadi sponsor. Blog yang bertuah tersebut adalah milik Izyan --> http://izyanyancinnamon.blogspot.my Jadi sebelum itu jom kita berkenalan dengan pemilik blog ini yang bernama Izyan, berusia 20 tahun dan merupakan anak jati Perlis gitu, wahh orang Utara gak, kite geng laa hehe sebab sy pun asal utara juga, anak jati Penang. Berbalik pada Izyan ni, die start berblogging pada bulan Jun 2011, lama jugak tuh kan dan setakat ni Izyan sudah ada 506 post di blog nya itu. Suke dengan header blog Izyan ni nampak comel dengan ada kucing gitu hehehe, design / background blog Izyan ni nampak nice and simple, semuanya tersusun. Bila belek2 di sidebar blog Izyan ni nampak kemas dan x banyak widget jadi loading blognya juga agak laju.
Di halaman utama Blog Izyan ni ada memaparkan 8 Post dan setiap postnya mempunyai butang atau label "Read More' yang memudahkan pembaca memilih untuk membaca mana2 entry yang disukai. Aku pun dah lama nak letak label Read More tu dalam entry2 aku tapi rasa malas pulak nak godek2 blog sendiri hehehe. Izyan ni rajin join Giveaway dan Segmen2 yang dianjurkan oleh blogger lain disamping itu die juga gemar berkongsi resepi di blognya antara resepi yang menarik perhatian aku seperti resepi Ayam Tandori, Nasi Goreng Sardin Cili Tumbuk, Bubur ala2 MCD, Nasi Daging dan sebagainya. Selain resepi, Izyan juga ada berkongsi mengenai tips2 menarik di blognya antara yang best ialah Tips guna Tomato untuk jinakkan kucing garang, aku memang ada bela kucing so tips ni memang berguna gitu, selain itu ada gak tips untuk menjadi cantik, tips jaga mata dan sebagainya.

Izyan juga ada berkongsi mengenai percutiannya di Lumut Perak, nampak mcm best jer bercuti kat sana tu, Apapun memang rugi tak singgah blog Izyan ni sebab macam2 ada gitu. Diharapkan Izyan berpuas hati dengan review saya yang tak seberapa ni maklumlah x berapa pandai nak review2 blog ni. Kalau ada salah ker apa ker sorry k ;) so korang semua jom singgah blog Izyan k --> http://izyanyancinnamon.blogspot.my
Read More »

19 Nov 2015

Lagu Dalam Filem Dilwale (2015) Lakonan Shah Rukh Khan Dan Kajol

Assalammualaikum..
Nampaknya setelah Trailer Filem Dilwale ditonton ramai peminat dan mendapat jutaan view, kini tibalah giliran satu lagu dari filem Dilwale ini yang bertajuk Gerua telah pun release di Youtube. Lagu Gerua ni menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol. Sedap gak lagu ni tapi aku lebih suka pada muziknya jer berbanding nyanyian. Muzik masa permulaan lagu tu sangat sedap hehehe. Pemandangan dalam lagu ni sangat indah dan cantik gitu, kat mana ler agaknya diorang shooting kan, sebab tempatnya sangat cantik memang woww gitu. Apapun meh layannn video lagu yang ada SRK n Kajol kat bawah ni k lalalala Selamat Menonton.
Jom Baca ni jugak k --> 6 Adegan Dalam Filem Yang Tak Masuk Akal Tapi Lawak..
Read More »

Sinopsis Drama Akulah Balqis Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Akulah Balqis adalah drama terbaru di Slot Akasia Tv3 menggantikan drama Hello Mr Perfect yang telah tamat episodnya. Drama Akulah Balqis ni akan mula disiarkan mulai 18 November ini dan dilakonkan oleh Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, Nazim Othman, Nadia Bran, Nabilah Dally serta ramai lagi. Drama ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya manakala skrip Akulah Balqis nukilan Erma Fatima. Kalau tengok dari Sinopsis cite ni memang nampak best jadi haruslah tonton nanti kan. Apapun jom layan Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Akulah Balqis


Mengisahkan mengenai kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu mereka risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup. Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafril) dan Seri (Nabila Huda) sangat sibuk mencari pekerjaan selepas syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis juga terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah. Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terbabit dengan dadah selepas mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperoleh Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. 

Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan. Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang sering kali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis. Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis. 

Tiba-tiba suatu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis daripada ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu. Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana? 

Lagu Tema / OST Akulah Balqis
--> Semua Tentang Kita nyanyian Asfan Shah

Read More »

18 Nov 2015

Trailer Dilwale - Filem Terbaru Shah Rukh Khan & Kajol

Assalammualaikum..
Filem Dilwale menemukan semula 2 bintang Bollywood kesukaan ramai iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol. Filem Dilwale ini akan mula ditayangkan mulai 18 Disember ini dan diarahkan oleh Rohit Shetty. Disamping SRK dan Kajol terdapat juga pelakon baru yang berbakat besar seperti Varun Dhawan, Kriti Sanon berlakon dalam filem Dilwale ini. Baru 24 jam Trailer Filem Dilwale diupload ker Youtube ianya telah mencecah jutaan view dan sehingga kini ianya telah mencecah 12 juta lebih view. Hebat penangan gandingan Shah Rukh Khan n Kajol ni yang membuatkan peminat tak sabar nak tengok diorang berlakon bersama kembali.
Selain itu kelihatan Kajol nampak sangat cantik dan muda dalam filem Dilwale ni. Dalam filem ni juga ada scene tembak menembak gitu, dari trailer ni mungkin kita dapat meneka serba sedikit sinopsis filem ini namun setakat teka jerlaa hahaha. Hlive juga ada siarkan trailer cite ni hari tu, Apapun selamat menonton Trailer Filem terbaru SRK dan Kajol kat bawah ni yer..
Jom Baca ni jugak k --> 5 Sebab Kenapa 'Single' Lebih Best Dari 'Couple'..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017