-->

10 Nov 2014

Senarai Lagu-Lagu Di Konsert Akhir AF2014

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk Konsert Final dah AF2014 ni. Siapakah yang akan bergelar Juara nanti? adakah Firman, Ewal, Nuha, Adel atau pun Aman??. Rasanya saingan terdekat semestinya lah antara Ewal dan Firman, masing-masing ada peminat sendiri dan disebut-sebut sebagai calon juara. Adakah Aman mampu buat kejutan? mampukah Nuha dan Adel menjadi juara mengikut jejak langkah Mila dan Stacy sebelum ini? Pendapat aku, Juara kali ni mestinya lelaki juga iaitu diantara Firman atau pun Ewal? kalau imbas kembali masa Konsert Akhir AF2013 dulu, aku ingatkan Azhael yang akan jadi juara tapi Faizul yang menang hehe n masa tu juga ada Johan yg datang untuk buat kejutan pada Zizan n kali ni maybe kejutan lain pulak kot.

Di Konsert Akhir AF2014 ini, diorang akan nyanyi 2 lagu, satu lagu sendiri dan satu lagi lagu yg diberikan untuk mereka. So jom tengok Senarai Lagu-lagu yang akan Ewal, Firman, Aman, Adel, Nuha nyanyikan di pentas akhir AF2014.

Lagu Sendiri..

Kembalikan Semula - Ewal
Di Pintumu - Firman
Without You - Aman
Pertama Kali - Nuha
Cinta dan Tasbih - Adel

Update..
Tahniah Firman sbb jadi Juara AF2014..
Aman- Naib Juara AF2014
Ewal- Tempat ke-3
Nuha- Tempat ke-4
Adel- Tempat ke-5
Read More »

9 Nov 2014

Lee Chong Wei Kena Gantung Sementara Sebab Positif Dexamethasone

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memastikan Datuk Lee Chong Wei menerima hukuman minima selepas disahkan gagal dalam ujian doping.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihak kementerian akan turut menyalurkan bantuan terbaik kepada pemain tersebut untuk mengelakkannya daripada berehat panjang dan sekali gus memberi kesan kedudukan ranking nombor satu dunia yang dipegangnya sejak beberapa tahun lepas. Beliau yang sudah mangadakan perjumpaan dengan Chong Wei, berharap pemain tersebut dapat bersabar menghadapi 'detik hitam' dalam hidup sebagai seorang bergelar jaguh badminton negara.

"Saya mendapat tahu berita ini 2 Ogos lalu dan saya telah selaraskan segala siasatan bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan BAM termasuk berjumpa dengan atlet tersebut."Jadi, kita telah beri kerjasama yang baik kepada BAM untuk menjalankan siasatan terhadap kes ini sehingga sesi pendengaran BWF bermula nanti," katanya. Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas.
Sebelum ini, Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria mengumumkan hasil keputusan itu dalam sidang media di sini. Dengan keputusan itu, Chong Wei berdepan hukuman gantung dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) sekiranya gagal dalam rayuannya kepada BWF.

Mengulas lanjut, Khairy berkata peguam sukan terkenal dari England, Mike Morgan telah dilantik oleh BAM untuk menyediakan segala hujah berkaitan kes doping tersebut di hadapan jawatankuasa panel pendengaran BWF. BWF bagaimanapun masih belum menentukan tarikh dan tempat yang sesuai bagi mendengar penjelasan daripada Morgan dan Chong Wei. "Selepas sesi pendengaran itu tamat, barulah BWF akan buat ketetapan sama ada atlet itu digantung ataupun tidak atau diberi amaran...Buat masa ini, kita sedang sediakan maklumat yang terperinci untuk dikemukakan dalam sesi pendengaran tersebut," menurut Khairy.

Dalam pada itu, Khairy berharap tiada yang menuding jari kepada ISN yang sepatutnya mempunyai seorang doktor pakar khusus bagi mengawal pengambilan ubat-ubatan oleh Chong Wei.

"Susahlah kalau setiap atlet perlu mempunyai doktor pakar. Dalam kes ini, atlet berkenaan telah dirujuk kepada seorang doktor pakar swasta di mana dia (Chong Wei) telah menerima rawatan dan ini bukan kali pertama dia menerima rawatan di sana. "Klinik ini menjadi rujukan kepada ISN, jadi terlalu awal untuk kita buat kesimpulan mengenai peranan dan tanggungjawab ISN," jelas Khairy.


Media tempatan sebelum ini melaporkan Chong Wei terbabit dalam skandal doping selepas bahan 'dexamethasone' ditemui dalam air kencingnya semasa ujian rawak dijalankan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas. 'Dexamethasone' adalah sejenis ubat steroid dengan kesan antiradang bagi kegunaan rawatan pelbagai masalah kesihatan dan pemulihan termasuk reumatologi.

Saya Tak Pernah Menipu - Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei berkata dia tidak pernah menipu sepanjang kerjayanya dalam sukan badminton. Pemain nombor  satu dunia itu tampil memberi kenyataan buat kali pertama selepas dia gagal dalam ujian doping apabila ujian sampel B yang dijalankan di sebuah makmal di Hospital Universiti Oslo, Norway disahkan positif.
"Saya melihat segala usaha sepanjang 15 tahun seperti tidak bermakna ketika ini. Saya terasa kehidupan saya seperti sudah musnah dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan.
"Saya tak pernah menipu atau pun membuat percubaan untuk menipu dan ini seperti panahan petir.....membinasakan kerja keras saya selama ini.
"Saya adalah seorang yang mempercayai kepada usaha gigih dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan dan dakwaan seperti ini membuat saya buntu dan terperanjat," kata pemain badminton tersohor negara itu kepada blogger sukan, Satwant Singh Dhaliwal dissdhaliwal.blogspot.com. pada Sabtu. Selepas menerima surat mengenai keputusan ujian doping yang dijalaninya, pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata isterinya telah mencadangkan agar dia pergi bercuti ke luar negara dan membiarkan pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian."Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) secara peribadi banyak membantu saya dalam mengharungi situasi sekarang dan saya amat menghargai bantuan bermakna daripada beliau.
"Dia membantu dan memberi saya nasihat baik bagaimana mahu menangani perkara ini," katanya. Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria, pada Sabtu mengumumkan hasil ujian doping sampel B milik ikon badminton negara disahkan mengandungi dadah jenis Dexamethasone. Beliau turut menambah, mengikut peraturan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) Perenggan 14.3 berkaitan Huraian Am, pihaknya tidak dibenarkan mendedahkan nama atlet berkenaan sehingga proses pendengaran selesai. Norza juga berkata, pemain negara itu digantung daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga selesai proses pendengaran isu doping.
P/s- Semoga Dato Lee Chong Wei terus tabah menghadapi dugaan ini

Read More »

Lagu Tema (OST) Drama Cinta Ibadah Nyanyian Melly Goeslaw

Assalammualaikum..
Sape ada tengok drama Cinta Ibadah ni? Episod drama ni memang panjang dan lagu tema untuk cite ni dicipta dan dinyanyikan oleh Melly Goeslaw khas untuk drama ni. Boleh tahan gak lak lagu tema drama ni yg bertajuk Cinta dan Ibadah. Semua pun tahu, kebanyakkan lagu2 yang dicipta oleh Melly Goeslow ni mmg sedap2 belaka dan popular gitu. So apa lagi, jom layan video lagu ni beserta lirik lagu kat bawah ni yer..

Lirik Lagu Cinta Dan Ibadah

senandung cinta dalam hati memahami ketakutanku
semakin kini aku merasakan waktuku smakin dekat
kidung malam menyaksikan janjiku padamu demi dia
petir mencekam menarik jiwa kita berdua merana

tiada yang bisa kuberi demi cinta hanya pengorbanan
walau tersiksa namun demi cinta bahagia aku rela
tak pernah kubayangkan takdirku mengantarkan pada janji
menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan
andai takdir bisa berubah ke manakah kita pergi

kau pikir mudah menjadi aku
kau kira tak sulit jadi aku
mencintai dia lelaki yang sama pedihnya

sesungguhnya jiwa berderai tangis
membelah langit hitam sampai laut marah
antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
cinta dan ibadah



Baca gak Yang Ini yer..


Read More »

8 Nov 2014

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin ASK2014


Assalammualaikum...
Anugerah Skrin 2014 kembali lagi, tahniah pada pemenang dan ASK2014 ini dihoskan oleh Fahrin Ahmad beserta dengan beberapa hos lain seperti Zul Ariffin, Fara Fauzana, Tasha Shila, Amyra Rosli dan ramai lagi. Calon Favourite aku Fazura x menang lak malam ni, apapun tahniah untuk Adik Balqis sebab menang Pelakon Wanita Terbaik Drama. Woww kecik2 lagi dah menang anugerah penting gitu. Memang berbakat die ni, Tahniah untuk semua. Persembahan untuk ASK2014 yang paling aku suka sekali ialah Teater arahan Erma Fatima tu yg ada Nora Danish, Fatia, Izreen, Johan Asaari dan ramai lagi, best2 hehe. 
Persembahan Stacy yang buat pertama kalinya menyanyi lagu Irama Malaysia iaitu Cindai wajar diberi pujian. Suara die okey cuma mungkin sedikit keras sbb lagu Cindai tu ada lenggoknya yg tersendiri kan. Tapi okeylaa first time kan, siap dengan menari semua gitu. Apapun ramai yang komplen audio ASK2014 agak kureenngg. Apapun jom layan senarai pemenang ASK2014 dibawah ini.
  • Drama Terbaik – Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
  • Lakon TV Terbaik – Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
  • Pengarah Terbaik Drama – Azeli Mohamad (Matahari Terbit Lagi)
  • Pelakon Lelaki Terbaik – Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
  • Pelakon Wanita Terbaik – Puteri Balqis (Balqis)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  – Namron (Balqis)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nabila Huda (Balqis)
  • Videografi Terbaik Drama – Mohammad bin Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)
  • Drama Komedi Bersiri Terbaik – Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
  • Drama Rantaian Terbaik – Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
  • Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial – Ariana Rose (Pena Creative)
  • Drama Premium Terbaik- Karlos Bolos (Frontrow Pictures Sdn Bhd)
  • Filem Terbaik – Tanda Putera (Pesona Pictures Sdn Bhd)
  • Lakon Layar Terbaik Filem – Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
  • Pengarah Terbaik Filem – Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
  • Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Zizan Nin (Tanda Putera)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)
  • Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
  • Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
  • Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
  • Laporan Khas/ Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
  • Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
  • Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)
Read More »

7 Nov 2014

Sinopsis Drama Baby Ana Milik Siapa Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru di Tv3 untuk Slot Lestary Baby Ana Milik Siapa, akan mula bersiaran mulai 6 November ini menggantikan drama sebelum ini iaitu Selamat Pengantin Madu. Mempunyai 13 episod dan dibintangi oleh Hairul Azreen, Christina Suzanne dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Productions dan diarahkan oleh Shahrulezad/ Nizam Zakaria. Nampaknya drama ini akan menceritakan kisah 5 sahabat dari zaman sekolah hingga lah ke zaman dewasa, pelbagai dugaan yang mereka lalui, suka dan juga duka. 

Mampukah Persahabatan mereka ini bertahan selamanya? Apakah cabaran dan dugaan yang mereka lalui? dan persoalan terbesarnya Baby Ana Milik Siapa (BAMS)?? Semestinya akan banyak konflik yang akan berlaku, biasalah dalam persahabatan ni macam2 boleh berlaku kan. Nak tahu selanjutnya kena laa tengok drama ini.

Sinopsis drama ini akan diupdate dari masa ke semasa.

mengisahkan kisah persahabatan 5 sekawan yang terdiri dari Raihana (Cristina Suzzane), Reza (Hairul Azreen), Edry (Hafidz Roshdi), Salina / Sally (Zika Ziandra) dan Qaisara / Sarah (Ardell Ayana). Raihana seorang gadis tomboy, berperwatakan kasar. Salina dan Qaisara merupakan sahabat rapat Raihana. Edry menaruh hati pada Raihana semenjak dari sekolah menengah.

Reza menjadikan kerjaya jurugambar sebagai pekerjaannya. Dia masih menyimpan gambar-gambar lama ketika mana dia bersekolah menengah. Gambar Raihana mencuri tumpuannya. Siapa sangka dirinya yang selalu bergaduh dengan gadis tomboy itu, dalam diam mencintai Raihana.

Qaisara merupakan adik angkat Reza. Qaisara di ambil oleh ibunya melalui rumah anak yatim. Cara ibu angkatnya iaitu Datin Maimon (Tania Zainal) mendidiknya begitu tegas sekali. Sekaligus menyebabkan Qaisara merasa terasing di rumah itu. Pada awalnya seorang gadis yang sopan, berhijab, namun lama-kelamaan dia menanggalkan hijabnya. Hubungan Qaisara dengan ibunya begitu tegang.

Salina yang mempunyai hati terhadap Reza bercita-cita ingin mengahwini Reza. Malah Datin Maimon telah mengatur pertunangannya dengan Reza. Salina begitu gembira sekali. Namun, di sebalik kegembiraan itu ada insan yang berasa tertekan. Reza tidak mencintai Salina. Malah dia enggan untuk bertunang dengan Salina seperti mana kehendak ibunya. Reza mempunyai wanita pilihannya sendiri, iaitu Raihana.

Kepulangan Raihana dari Amerika Syarikat membawa seorang anak kecil berusia 3 tahun menimbulkan tanda tanya. Milik siapakah bayi itu? Adakah bayi Raihana? Siapakah bapa kepada bayi tersebut?

Read More »

6 Nov 2014

CPUV Nuffnang: Mah Sing - Avenue Street

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat CPUV lagi dari Nuffnang iaitu Mah Sing - Avenue Street. Thank you Nuffnang dan jugak pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Terima kasih juga pada mereka2 yang rajin klik iklan2 di blog ini. Kalau nampak mana2 iklan Nuffnang yg menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 iklan tersebut yer hehe. Thanks semua.
Read More »

5 Nov 2014

Lagu & Lirik Rude By MAGIC!

Assalammualaikum..
Lagu ni mmg tgh popular sekarang, best gak lagu ni, lirik lagu ni pun simple n senang paham, mmg asyik nak menyanyi tang part korus tu hihihi. Oh ye, Ewal pun ade menyanyi lagu ni di konsert separuh akhir AF2014 yang lalu. Apapun layannnn jer k, lirik lagu dan video dibawah ni.

Lirik Lagu Rude - MAGIC!

Saturday morning jumped out of bed
And put on my best suit

Got in my car and raced like a jet

All the way to you

Knocked on your door with heart in my hand

To ask you a question

‘Cause I know that you’re an old-fashioned man, yeah
Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes ’cause I need to know

You say I’ll never get your blessing ’til the day I die

Tough luck, my friend, but the answer is ‘No’
Why you gotta be so rude?
Don’t you know I’m human too?

Why you gotta be so rude?

I’m gonna marry her anyway
Marry that girl
Marry her anyway

Marry that girl

Yeah, no matter what you say

Marry that girl

And we’ll be a family

Why you gotta be so

Rude
I hate to do this, you leave no choice
Can’t live without her

Love me or hate me we will be both

Standing at that altar

Or we will run away

To another galaxy, you know

You know she’s in love with me

She will go anywhere I go
Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes ’cause I need to know

You say I’ll never get your blessing ’til the day I die

Tough luck, my friend, ’cause the answer’s still ‘No”
Why you gotta be so rude?
Don’t you know I’m human too?

Why you gotta be so rude?

I’m gonna marry her anyway
Marry that girl
Marry her anyway

Marry that girl

No matter what you say

Marry that girl

And we’ll be a family

Why you gotta be so

Rude

Rude


Read More »

4 Nov 2014

Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama baru untuk Slot Akasia yang bertajuk Bila Hati Berbicara telah mula bersiaran di tv3 sejak 28 Oktober yang lalu. Drama ini dibintangi oleh Shafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam dan ramai lagi. Watak utama dipegang oleh pelakon2 baru gitu. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel yang tajuknya juga sama. Drama ini mempunyai 32 episod dan nukilan skrip daripada Sharifah Abu Salem. Apapun semoga drama ini juga berjaya seperti drama2 terdahulu yang pernah ditayangkan di Slot Akasia ini. Jom layan sinopsis drama ini dibawah yer..

Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara

 Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.
Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.
Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.
Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.
Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan BILA HATI BERBICARA.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017