-->

18 Nov 2016

Review Running Man Episod 325 - Good Bye Gary


Assalammualaikum..
Bagi semua peminat Running Man pasti dah tahu yang Kang Gary sudah keluar dari Running Man, episod 324 adalah episod terakhir Gary shooting Running Man. Namun tanpa disangka, di episod 325 Gary masih terlibat dengan Running Man, dalam erti kata lain Gary jadi guest dalam Running Man tanpa die sedar sebab die tak sangka yang Member RM yang lain akan melawat sambil menjalankan mission mereka di Studio Gary. So memandangkan ni episod last yang ada Gary, so aku pn buat laa review khas gitu. Paling tak leh blah bila member RM bukan datang sekali jer kat studio Gary tu tapi berkali - kali diorang datang hahaha, sampai member RM pun rasa malu sebab ada yang menangis bagai nak rak masa episod akhir Gary tu tapi lepas seminggu diorang kena jumpa die lagi pastu kena datang berkali - kali plak jumpa die hehe. Rasanya Gary pun tak boleh nak buat kerja die masa tu hahaha, tapi stil rindu laa pasni kat Gary bila die dah takde dlm RM, dah xde lagi org yang paling innocent dalam RM tu. Episod 325 dimulakan dengan 6 member Running Man diberikan misi untuk bercuti dan berjalan - jalan dengan bajet yang terhad, kereta yang hampir kehabisan minyak dan telefon yang mempunyai bateri hanya 7 peratus saja. Ini bermakna 6 member RM terpaksa berjimat cermat dan terpaksa buat apa saja asalkan diorang dapat duit tambahan ataupun harga dikurangkan.
Untuk menjimatkan perbelanjaan mereka, mahu atau tidak mereka kena libatkan Gary dalam setiap mission mereka. Nampak yang diorang semua tak nak kacau Gary siap cakap kt PD lagi "Just Let Him Go" hehe. Namun diorang kena tebalkan muka jumpa Gary lagi hehe maybe diorang akan rasa sedih setiap kali jumpa Gary, yela 7 tahun bersama, tiap-tiap minggu jumpa, ni bila salah sorang takde memang rasa lain sangat kan. Kita yang sebagai penonton pun rasa sedih ni pula diorang yang rapat dengan Gary kan. Mission awal diorang kena gi makan, pastu gi makan dessert semua n dalam masa yang sama diorang kena telefon Gary dan main game secara pantas dengan Gary di telefon tu. Tak leh blah sekali bila diorang berenam sibuk berebut makanan sebab makanan sikit dan duit pulak tak banyak untuk pesan makanan banyak2 sampai diorang terlupa yang Gary xde dengan diorang masa tu dan hanya diorang berenam jer haha. Kemudian diorang gi karaoke ramai2 dan setiap dari diorang kena gilir2 gi studio Gary dan buat mission dengan Gary kat sana iaitu nyanyi dan sambung lirik lagu. Suk Jin yang first sekali gi jumpa Gary tu, nampak Gary macam terkejut dan tak sangka yang member RM akan datang jumpa die lagi tapi pastu die happy dan bagi kerjasama yang baik gitu.
Nampak perjalanan dari tempat karaoke ke studio Gary agak jauh juga laa sebab diorang just jalan kaki+berlari untuk ke studio Gary tu, member RM mengejar masa dan nampak agak kepenatan bila dah sampai kat studio Gary tu hehehe. Kelihatan Suk Jin dan Ji Hyo nak Gary ikut diorang gi shooting RM sebab hari tu hari isnin hehehe, nampak semua member RM rindu kat Gary dan dalam episod tu jugak ada reveal yang Ji Hyo dan Kwang Soo banyak menangis masa episod 324 lepas shooting RM tu. Paling sweet mestila masa Song Ji Hyo datang ke studio Kang Gary tu, datang2 je terus die berlari peluk Gary hehehe, pastu diorang ada sembang2 sikit sambil Ji Hyo mintak duit sikit daripada Gary hehe, tak leh blah bila Gary bergurau yang die kalau boleh nak bagi semua duit dalam dompet die tu kat Ji Hyo siap bergurau ajak Ji Hyo kahwen lagi hehehe, pastu Gary tanya lagi sama ada Ji Hyo nak Monday Couple semula hehehe pastu Ji Hyo cakap tak nak hihi. Apapun lepas tu kalau aku tak silap diorang berenam datang semula ke studio Gary untuk melawat semua n then cakap good bye semua. Selepas itu diorang pun menjalankan mission yang seterusnya iaitu kena bergambar ramai2. Setelah selesai bergambar, diorang kena pergi jumpa Gary sekali lagi dan melekatkan gambar diorang berenam yang diambil sebentar tadi di barang2 peribadi Gary macam dompet, laptop dan lain2.
Masa diorang berenam dapat tahu yang kena pergi jumpa Gary semula, semua rasa macam malu nak pergi lagi sekali hahaha. Namun diorang tebalkan muka dan pergi jumpa Gary lagi. Kali ni diorang berpecah, Ji Hyo, Haha pergi menjalankan mission manakala yang lain pergi bersembang dengan Gary, masa ni ada anjing cute yang keluar yang buat Kim Jong Kook fokus kat anjing tu jer, sampai laa Yoo Jae Suk dan Kwang Soo datang dan ketika ni banyak benda lawak yang terjadi. Di mission yang seterusnya diorang kena berbasikal dan juga curi basikal Gary. So diorang berpecah kepada 2 team, yang mana Kwang Soo, Suk Jin dan Ji Hyo akan ke studio Gary sekali lagi dan curi basikal Gary manakala yang lain akan berbasikal mencari bendera. Part Ji Hyo, Kwang Soo, Suk Jin curi basikal Gary tu pun memang lawak habis, Gary punyalah tak sedar yang basikal die dah hilang tu memang lawak habis walaupun Gary tahu ada benda tak kena bila tengok perangai pelik Ji Hyo tapi die stil x sedar sampai sudah yang basikal die dah hilang sampai la diorang hantar balik basikal tu buatkan Gary terkejut habis hahaha. Part ni memang lawak habis laa, lepas tu duit bajet yang tinggal tu diorang kena belikan hadiah (couple set) untuk Gary. 
Diorang berenam belikan pen untuk Gary sebab duit tak banyak yang tinggal so diorang kena beli benda2 simple jer. Lepas tu semua pergi ke studio Gary semula dan berkumpul kat sana untuk penutup RM. Jadi bermula episod 326 memang takde Gary langsung, di episod 325 ni pun dah takde gambar Gary di bahagian opening RM tu. Apapun semua akan merindui Gary di RM tu, moga Gary sukses dalam bidang muzik. 
Read More »

17 Nov 2016

Cinderella And Four Knights - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Cinderella and Four Knights

Assalammualaikum..
Hari ni tibalah giliran Drama Korea Cinderella and Four Knights untuk direviewkan, drama 16 episod ini mula disiarkan pada 12 Ogos dan tamat episodnya pada 1 Oktober 2016 yang lalu. Ada ramai pelakon best yang membintangi drama ni seperti Jung Il Woo, Park So Dam, Ahn Jae Hyeon, Lee Jung Shin (CNBLUE), Son Na Eun, Choi Min, Kim Yong Geon, Cho Hye Jung dan ramai lagi. Drama ini diadaptasikan daripada Novel dan pengarah drama ini pernah mengarah drama2 popular lain seperti Gentleman's Dignity, Lie To Me, Secret Garden dll. Drama ini akan digantikan dengan drama Entourage yang tengah hangat disiarkan sekarang. Tengok dari tajuk drama ni pun dah buatkan penonton tak sabar nak menontonnya, tambahan lagi drama ini dibarisi oleh pelakon2 hebat dan best. Dah nama pun Cinderella kan, mestilah ada watak wajib, iaitu mak tiri dan kakak tiri yang jahat dan sering mendera / membuli heroin drama ini yang dilakonkan oleh Park So Dam (Eun Ha Won). Kehidupan Eun Ha Won mula berubah apabila die berpindah dan tinggal bersama dengan 3 orang cucu hartawan yang sering bermusuh antara satu sama lain iaitu Kang Ji Woon, Kang Hyun Min dan Kang Seo Woo.
Keadaan menjadi bertambah menarik apabila Eun Ha Won mendapat mission untuk menyatukan semula tiga sepupu terbabit, yang tidak sependapat dan asyik bergaduh tu. Awalnya Eun Ha Won tu punyalah confident dapat melaksanakan misinya dengan jayanyer tapi akhirnya die sedar bukan mudah nak menyatukan ketiga-tiga mereka ni, nak suruh diorang makan bersama-sama pun payah hahaha. Eun Ha Won mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan Kang Ji Woon kerana Kang Ji Woon paling payah nak diajak berbincang berbanding Kang Hyun Min dan Kang Seo Woo. Walaubagaimanapun Eun Ha Won berjaya melaksanakan missionnyer satu persatu hinggalah Kang Ji Woon dan Kang Seo Woo jatuh cinta padanya. Kang Hyun Min juga cuba memikatnya tapi dah ditolak awal2 lagi oleh Eun Ha Won, lagipun Kang Hyun Min sangat cintakan Park Hye Ji. Awalnya aku suka dengan personaliti Eun Ha Won yang ceria, bijak dan tidak mudah dipermainkan. Namun bila die dah start bercinta senyap2 dengan Kang Ji Woon tu, personaliti die yang tegas tu mula jadi lembik, n lemah. Aku mula jadi tak suka dengan watak die masa die start bercinta dengan K.Ji Woon tu sebab die dah tahu akibatnya kalau die langgar peraturan tapi die sibuk nak bercinta gak hahaha. Kang Seo Woo paling kesian sebab die bertepuk sebelah tangan dan akhirnya terpaksa membiarkan Eun Ha Won bersama dengan K.Ji Woon. 
Antara scene yang aku suka adalah masa Eun Ha Won melaksanakan missionnyer tu, selain itu aku juga suka masa Eun Ha Won cuba menguji tahap kesabaran Kang Ji Woon untuk tahu sama ada Kang Ji Woon sukakannya atau tidak, macam2 benda yang Eun Ha Won buat dan akhirnya K.Ji Woon benar2 jadi marah hahaha. Selain tu scene masa Kang Hyun Min jadi benggong sekejap tu pun lawak especially masa lepas Eun Ha Won reject die n scene die kena reject tu viral kat tenet dan buatkan Kang Hyun Min malu dan jadi benggong sekejap hahaha. Aku juga stress tengok permainan Kang Hyun Min yang suka tarik tali dengan Park Hye Ji, sekejap macam benci, sekejap macam suka hahaha manakala Park Hye Ji pula jarang betul tersenyum, muka die sedih sepanjang masa. Episod akhir baru la nampak Park Hye Ji ni gembira dan senyum sentiasa. Agak menyampah juga dengan mak Lee Yoon Sung yang jadi isteri baru kepada CEO Kang sekaligus jadi nenek kepada cucu2 CEO Kang, boleh plak die merancang nak rampas harta diorang dan bagi kat anak kandungnya yang juga pembantu peribadi pada CEO Kang. Nasiblah Lee Yoon Sung ni bukan jenis tamak, tapi sweet gak bila tengok CEO Kang akhirnya memaafkan ibunya dan nak berbaik kembali.
Disebabkan ada ramai pelakon hensem dalam drama ni meningatkan aku kat drama Boys Over Flower yang pernah jadi fenomena dulu. Lagu tema / OST Cinderella And Four Knights memang best2 belaka dan sedap di dengar, aku paling suka dengar lagu yang rancak tu, yang akan keluar masa scene2 kelakar dan sweet. Walaubagaimanapun aku rasa jalan cerita drama ni biase2 jer, takde suspen pun yang boleh buat aku excited untuk menontonnyer, ada gak scene2 yang aku langkau, pendek kata drama ni bukan drama favourite aku, sayang jugalah sebab drama ni ada banyak pelakon hebat dan jalan cerita jadi makin tak best plak bila masuk pertengahan episod. Episod2 awal drama ini memang menarik tapi lepas tu ianya jadi semakin boring. Ending drama ni memang happy ending, dan nasiblah hanya 16 episod jer pun hahhaa. Aku bagi 5.8 Bintang untuk drama ini dari 10 Bintang.
Read More »

13 Nov 2016

Lagu - Lagu Konsert Ke-5 GV3 (Gegar Vaganza 2016)

Senarai Lagu - Lagu Konsert Ke-5 GV3 (Gegar Vaganza 2016)

Assalammualaikum..
Dah masuk minggu kelima dah Gegar Vaganza Musim Ketiga ni dan tema untuk minggu ini adalah Hits Vaganza. Tinggal 9 peserta jer lagi dalam GV3 selepas Razis Ismail, Rem dan Elly Mazlein tersingkir pada minggu2 sebelumnya. Apapun jom tengok lagu apa yang peserta2 GV3 nyanyikan malam ahad ini..

1-Gmie Screen - Sentuhan Kecundang (Ekamatra)
2-Ameng Spring - Tiara (Kris)

3-Nora - Kasih (Hetty Koes Endang)

4-Intan Sarafina - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
5-Shidi Data - Ratuku (Awie)
6-Zarul Umbrella - Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
7-Zur Eda - I Will Survive (Gloria Gaynor)
8-Azharina - Berhenti Berharap (Sheila On 7)
9-Siti Sarah - Purnama Merindu (Datuk Siti Nurhaliza)

Shidi Data Tersingkir di Minggu Ke-5 GV3

Read More »

12 Nov 2016

38 Task Force - Korean Drama Review

Review Drama Korea - 38 Task Force

Assalammualaikum..
Rasa macam dah lama tak buat Review Drama Korea ni, sedangkan dah banyak drama yang dah disiarkan ni. So hari ni tiba giliran Drama Korea yang bertajuk 38 Task Force / Police Unit 38 / 38 Revenue Collection Unit. Drama ni ngam2 16 episod dan release pada 17 Jun hingga 6 Ogos yang lalu.  Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Seo In Guk, Ma Dong Seok, Soo Young (Girl's Generation), Song Ok Suk, Heo Jae Ho, Ko Kyu Pil, Lee Sun Bin, Ahn Nae Sang, Jung In Gi, Oh Dae Hwan dan ramai lagi. Pengarah dan Penulis Skrip drama ni adalah orang yang sama mengarah dan menulis skrip untuk drama Bad Guys (2014) yang turut dilakonkan oleh Ma Dong Seok. Drama ini juga mendapat rating paling tinggi dalam sejarah channel OCN di Korea. dan ternyata jalan cerita drama ni memang gempak dan awsome walaupun ianya memfokuskan tentang isu cukai. Seo In Guk memang bijak memilih drama2 yang best untuk dilakonkannya seperti drama ini dan tak sangka juga, Seo In Guk dan Oh Dae Hwan turut reunion sekali lagi selepas drama ini dan berlakon bersama semula dalam drama terbaru Seo In Guk iaitu King Of Shopping Louis / Shopaholic Louis. 
Berbalik pada drama ini, ianya mengisahkan tentang pekerja kerajaan yang tugasnya untuk memungut cukai namun mengalami kesukaran untuk memunggut cukai di kalangan orang kaya yang mempunyai tunggakan cukai yang sangat banyak, namun sangat liat untuk membayarnya. Banyak helah yang mereka gunakan untuk membuatkan team pemungut cukai menjadi buntu dan sakit hati kerana mereka akhirnya terpaksa memungut cukai dikalangan orang miskin dan yang kaya terlepas. Akhirnya ketua salah satu unit team pemungut cukai iaitu Baek Sung Il terpaksa bekerjasama dengan beberapa orang penipu dan penyamar yang bagus dalam kerja mereka iaitu Yang Jung Do, No Bong Sil, Jang Hak Joo, Jung Ja Wang dan Jo Mi Joo untuk mencari jalan bagi menipu serta memungut cukai bagi pihak team pemungut cukai. Bila diorang start bekerjasama tu memang menarik habis, kreatif betul diorang cari jalan nak menipu orang kaya yang liat bayar cukai ni, bila dapat tipu, duit orang kaya yang diorang dapat tu akan digunakan untuk membayar cukai. Takde banyak scene2 cinta cintun dalam drama ni, walaupun watak Mi Joo ada hati dengan Yang Jung Do dan Sung Hee pula adalah ex girlfriend Y.Jung Do, namun diorang tak bercinta pun.
Soo Young nampak biase- biase jer dalam drama ni tapi Lee Sun Bin memang lawa betul haha, tambah2 die berada dalam team penipu, macam2 stail die menyamar. Watak - watak jahat dalam drama ni memang nampak betul - betul jahat, tak padan dengan tua, kaya dan ada duit banyak tapi tak nak banyak cukai langsung. Hal ini diburukkan lagi dengan Datuk Bandar yang menjadi ketua tertinggi team pemungut cukai tu pun sebenarnya makan rasuah dan bersubahat dengan semua orang kaya yang tak nak bayar cukai tu. Ma Jin Suk menjadi orang pertama dalam list diorang untuk ditipu dan mereka berjaya menipunya dan mendapatkan wang yang banyak sekaligus membayar cukai bagi pihaknya. Selepas itu Ma Jin Suk akan berubah menjadi baik dan join team pemungut cukai + team penipu untuk menolong mereka memungut cukai di peringkat terakhir iaitu memungut cukai untuk Choi Chul Wo yang sememangnya sangat licik. Lagu tema / OST 38 Task Force ni sangat best okey, memang awsome sesuai dengan jalan cerita, aku masih teringat-ingat OST drama, sekali dengar dah rasa syok haha. Selain tu watak polis yang bernama So Jae Sung tu agak misteri gak pada awalnya sebab die selalu memantau pergerakan Yang Jung Do macam obses pun ade gak. 
Aku ingatkan polis tu baik dan tak nak Yang Jung Do tu menipu orang lagi dan masuk penjara tapi sangkaan aku salah, sebenarnya polis tu memang jahat, die memang sengaja pantau pergerakan Jang Jung Do kerana risau Y.Jung Do akan balas dendam padanya kerana pernah mengkhianati ayah Yang Jung Do suatu ketika dulu. Apapun aku suka tengok diorang semua bekerjasama, kreatif habis, namun dalam banyak - banyak penipuan yang diorang lakukan, penipuan terhadap Choi Chul Wo lah yang paling susah untuk dilakukan, rancangan diorang pada peringkat awal tak berjaya kerana Choi Chul Wo sudah dapat mengagak rancangan diorang. Namun akhirnya diorang berjaya juga walaupun Yang Jung Do akhirnya terpaksa mengorbankan dirinya untuk masuk penjara. Kiranya ending drama ni happy ending apabila semua watak jahat akhirnya tewas tapi sad ending gak laa sebab Yang Jung Do kena masuk penjara tapi ada twist pada endingnya bila Yang Jung Do secara tak sengaja bertemu dengan Park Woong Cheol yang mukanya mirip dengan Baek Sung Il di penjara. Sebenarnya watak Park Woong Cheol ni adalah dari drama Bad Guys so diorang sengaja bawakan kembali watak ni masa ending drama ni, pandai betul diorang buat suprise ending gitu. Bagi yang tak tengok drama Bad Guys sebelum ni mungkin akan konfius sikit dekat ending drama ni. Bagi yang dah tengok memang faham sangatla kan hehe.
Aku rekomenkan korang tengok drama ni, memang berbaloi tengok drama ni sebab fokus jalan ceritanyer juga berbeza dari dari drama2 lain, unik dan menarik. Memang puas hati tengok drama ni dan aku bagi drama ni markah penuh 10 bintang gitu 10/10 hehehe. Jarang aku bagi 10 Bintang untuk drama2 yang aku tengok sebelum ni, maknanya drama ni memang best.
Read More »

Amyra Amar Selamat Pengantin Baru

Amar Baharin & Amyra Rosli Sah Bergelar Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, pelakon Amar Baharin, 31, selamat bergelar suami kepada pelakon jelita Amyra Rosli kira-kira jam 5.15 petang, Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang dalam sebuah majlis pernikahan di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Pernikahan mempelai ini disempurnakan oleh jurunikah daripada Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim. Amar Baharin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,111 kepada Amyra Rosli atau Nur Amira Izzati Rosli, 25. 
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak serta pihak media. Amar turut menghadiahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Mempelai mengenakan busana serba putih yang direka khas oleh Rizman Ruzaini. Pasangan dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu. Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di lokasi yang sama jam 9 malam, pada Sabtu, 12 November. Manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bakal diadakan di Ampang pada 19 November depan.

Read More »

11 Nov 2016

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal (Astro) Lakonan Ayda Jebat & Sharnaaz Ahmad

Assalammualaikum..
Drama Awak Sangat Nakal adalah drama terbaru di Astro Ria menggantikan drama popular Suri Hati Mr Pilot yang telah tamat episodnyer. Seperti biasa drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Awak Sangat Nakal karya Novelis Syamnuriezmil. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Sharnaaz Ahmad sebagai watak (Johan Rizqin), Ayda Jebat (Erine Johanna), Ika Nabella (Ain Humaira), Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain dan ramai lagi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. 
Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

Lagu Tema / OST Awak Sangat Nakal
--> Awak Sangat Nakal Nyanyian Ayda Jebat
Read More »

10 Nov 2016

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama 7 Hari Mencintaiku adalah drama terbaru di Slot Akasia menggantikan Drama Cinta Masam Manis yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel 7 Hari Mencintaiku karya Novelis Siti Rosmizah. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin, Anne Abdullah, Zarynn Min, Idris Md Diah, Lia Natalia, Liza Abdullah, Fikhree Bakar, Faye Kusairi dan ramai lagi. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Wah ramai pelakon best2 dalam drama ni dan aku sendiri pernah baca Novel 7 Hari Mencintaiku ni, so dah tahulaa camne jalan cerita drama ni, walaupun pada awalnya agak clisye juga dengan kisah kahwin paksa semua ni. Aku lebih tertarik nak tengok hubungan Mia Adriana dengan Mak Mertuanya tu yang sentiasa tegang dan asyik bertengkar tu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Mengisahkan Khuzairi, jejaka biasa yang dalam diam mencintai Mia Adriana. Disebabkan sifat sombong dan angkuh Mia, tidak pernah terlintas difikirannya untuk memiliki gadis itu. Memuja kecantikkan gadis itu dari jauh sudah memadai baginya. Namun Mia lupa yang hidup ini bagaikan roda. Beliau tidak akan berada di atas buat selamanya. Keangkuhan dan kesombongannya akhirnya memakan diri sendiri. Mia telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu Khalil. Dek kerana terlalu mempercayai tunangnya, tanpa dia sedar Khalil telah menipu syarikat guaman milik bapanya. Khalili juga tidak muncul pada hari perkahwinan mereka sebaliknya menikahi Rita kerana harta.
Bapa Mia, Datuk Megat, diserang sakit jantung kemudian meminta Khuzairi menjadi menantunya. Demi menjaga maruah keluarga, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupu lelaki itu tidak setaraf dengannya. Selepas berkahwin, mereka menetap di kampung akan tetapi  Mia dibenci ibu tiri Khuzairi, Mak Leha. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perkahwinan mereka ada pasang surutnya, akan tetapi suatu peristiwa terjadi membuatkan Mia sedar yang dia mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan hanya mempunyai 7 hari untuk meraih kembali cinta suaminya yang telah pudar. 
Lagu Tema / OST 7 Hari Mencintaiku

--> Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah
Read More »

9 Nov 2016

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Sinopsis Drama Mr. Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi & Azira Shafinaz

Assalammualaikum..
Drama Mr Donat Karamel ini adalah drama terbaru di Slot Lestary menggantikan drama Sweetie Nanie yang telah tamat episodnyer. Drama ini sudah pun disiarkan sejak 2 November yang lalu dan dilakonkan oleh Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan DFKL, Roy Azman, Noniswara serta ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini juga adalah drama adaptasi Novel Mr Donat Karamel karya Novelis Hanny Esandra. Kalau korang nak baca online Novel Mr Donat Karamel ni boleh Klik ---> SiNi.. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya. Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya. Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.
Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka. Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan. Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Lagu Tema / OST Mr Donat Karamel
--> Jangan Kecam Cintaku Nyanyian Bahrain Rahman
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017