Dah lama aku x menulis dan mengemaskini blog aku..heee rindu la plak..emm kali ni aku nak cite pasal Bukit Bendera..actually aku dok kat Ayer Itam di Pulau Pinang..tempat tinggal aku boleh dikatakan berdekatan gak la dgn Bukit Bendera tuh..Orang kata kalau Jalan Kaki pun leh sampai kat stesen Bukit Bendera tu.pernah sekali aku gi jogging ngan bapa aku dr umah aku jalan sampai ke stesen Bukit Bendera..pastu patah balik gi umah aku..tp penat beb..sakit gak kaki hehee..tp ni sume blaku masa aku kecik dulu laa hehe dlm darjah 4 kot..lama dah..kalau skrg suh aku jalan gi sana sorry la..x snggup den..bek naik bus dr tmpt aku trus je die bawa pi sana heee..
Walaupun dekat dgn Bukit Bendera..tp x selalu pun gi sana..adala dlm bbrp kali..dulu xde bus gi Bukit Bndera..sekarang ni dh senang kit kalau nk gi sbb dh ada perkhidmatan bus dh..last sekali aku pi sana lepas stpm..aku pi dgn 3 org kawan baik aku..Insyaallah ada umur yg pjg aku gi lg nanti bila ada masa dan peluang.
Sape yg x pernah pergi kt Bkt Bndera msti tertanya-tnya apa yg ada kt Bkt Bndera tu..emm mcm2 ada..hehe.ianya sesuai utk menenangkan pikiran..byk pemandangan mnarik kat atas tu..selain sejuk dn nyaman..wajib bawa kamera tau hehe..kt atas tu hotel pun ada juga..n bawa air byk2 heehe..sbb letih juga kalau berjalan..lainla kalau sewa jip kat situ..
So aku ada jumpe 1 artikel dlm akhbar Kosmo ttg Bukit Bendera ni..die ada cite pasal serba sedikit ttg Sejarah Bkt Bndera ni..so aku nk kongsi la dgn sape2 yg baca Blog aku ni.smoga kita semua dpt serba sdikit pengetahuan..lagipun berdasarkan undian yg dibuat oleh gov..Bukit bndera adalah destinasi pertama yg ingin dilawati oleh pelancong..so jom baca ramai2 k..
penduduk Bukit Bendera kebanyakannya adalah petugas kereta api selain peniaga dan kakitangan kerajaan yang menguruskan destinasi pelancongan itu.
Kerajaan pada masa itu membina kuarters kepada pekerja kereta api yang membolehkan mereka membina komuniti penduduk yang merangkumi pekebun sayur di stesen tengah kereta api Bukit Bendera.
menjadi tarikan para pengunjung ke pusat pelancongan terkenal di Pulau Pinang sejak perkhidmatan kereta api dibuka di Bukit Bendera kira-kira 86 tahun lalu.
Mengikut sejarah, pusat peranginan itu dibuka oleh tentera British pada zaman kolonial selepas Francis Light mendarat di Pulau Pinang pada tahun 1786 yang kemudian membina sebuah rumah rehat untuk unit tentera pengibar bendera di sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Bel Retiro pada tahun 1789.
Komunikasi
Dengan kedudukannya yang strategik, unit itu berkomunikasi dengan rakan mereka di Kubu Cornwallis, George Town menerusi bahasa isyarat. Mereka menggunakan bendera dan kerlipan cahaya bagi memberitahu ada kapal musuh yang datang ke perairan dan sebagainya.
Pada kurun ke-19, penjajah cuma membina banglo bagi para pegawainya untuk menghilangkan rasa rindu pada kampung halaman di England, sesuai dengan suasana hutan dan persekitaran ala Inggeris di puncak Bukit Bendera.
Ketika itu, untuk pergi ke puncak perlu melalui denai kuda dari air terjun di kaki bukit yang kini dikenali sebagai Kebun Bunga. Ia dibina oleh Light pada tahun 1788 dengan menaiki tandu yang diusung enam lelaki.
Selepas itu barulah landasan kereta api kabel dibina pada tahun 1897 dan siap menjelang tahun 1906. Kereta api itu mengguna konsep kereta api gunung Switzerland.
Perkhidmatan kereta api kabel pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara itu hanya bermula pada tahun 1923 dengan landasan sejauh lebih dua kilometer.
Penggunaan rel menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pusat peranginan tersebut sebagai tumpuan pelancong yang ingin menikmati pengalaman indah berada pada tahap kecerunan sehingga 45 darjah.
Pengunjung yang ingin ke puncak boleh menggunakan dua buah kereta api iaitu dari bahagian bawah ke bahagian tengah dan dari tengah ke puncak yang berada pada ketinggian 830 meter dari paras laut.
Kemudahan
Antara kemudahan yang terdapat di Bukit Bendera adalah balai polis, pejabat pos, masjid dan klinik selain gerai menjual makanan dan cenderamata.
Sementara itu, suami Norma, Ghazali yang bekerja sebagai petugas kereta api menjelaskan, ketika diperkenalkan koc kereta api yang diguna adalah koc kayu.
Koc itu kemudiannya ditukar kepada koc yang ada sekarang pada tahun 1978 dan ia boleh memuatkan 60 penumpang pada satu-satu masa.
PELANCONG asing tidak ketinggalan singgah di kedai cenderamata di Bukit Bendera.
"Dulu koc dibahagikan mengikut kelas iaitu kelas satu yang disediakan kusyen sebagai alas tempat duduk dan dikhaskan untuk isteri-isteri pegawai British dan golongan bangsawan.
"Koc kelas dua pula hanya dilengkapi kerusi kayu dan digunakan oleh rakyat tempatan serta pekerja asing," katanya.
Kini terdapat hanya sebuah koc asal itu di Bukit Bendera yang dikekalkan sebagai rujukan dan kenangan untuk tatapan pelancong asing dan tempatan.
Bagi A. Sathivel, 37, Bukit Bendera amat istimewa di hatinya kerana tiga generasi telah berniaga kacang putih di atas bukit itu.
"Ia bermula daripada bapa saya yang berniaga kacang putih di tepi jalan di atas tong sebelum saya mewarisinya di gerai ini.
"Saya juga seumpama kaunter maklumat pelancongan di Bukit Bendera kerana lokasi gerai yang strategik menjadikan gerai saya tumpuan para pelancong," katanya yang fasih berbahasa Arab hasil pergaulan dengan pelancong dari Asia Barat.
Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen bagaimanapun mengumumkan bahawa kereta api Bukit Bendera digugurkan daripada senarai ikon pelancongan negara tahun depan. Pengumuman itu menimbulkan kebimbangan kepada pencinta tanah tinggi itu khususnya masyarakat yang mendiaminya.
Pendapatan
Ini kerana sekiranya tiada perkhidmatan kereta api, pendapatan mereka pasti terjejas seandainya tiada pelancong yang naik ke puncak bukit itu.
Perkhidmatan kereta api itu akan dinaik taraf selepas Tahun Baru Cina tahun depan dan kerja-kerja itu mengambil masa sepuluh bulan untuk disiapkan.
PENGUNJUNG menikmati keindahan suasana di sekitar Bukit Bendera.
Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Bendera, M. Arunasalam mahu kerajaan negeri mengambil langkah proaktif membela nasib peniaga di Bukit Bendera agar pendapatan mereka tidak tersekat
Katanya, janganlah disebabkan tiada perkhidmatan kereta api maka kunjungan pelancong ke Bukit Bendera dihentikan dan ia ditinggalkan sehingga projek menaik taraf kereta api itu siap pada tahun depan.
"Kami akan berbincang dengan kerajaan negeri supaya mengadakan perkhidmatan jip untuk membawa naik pelancong dari laluan Kebun Bunga ke Bukit Bendera.
"Jika ada perkhidmatan ini, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban peniaga selain memberi peluang kepada pelancong untuk terus menikmati pemandangan indah George Town dari puncak bukit itu," jelasnya.
Perkhidmatan kereta api itu pernah dihentikan sebanyak beberapa kali. Ini termasuklah selama lapan bulan pada 2004 dan enam bulan pada tahun lalu kerana kerosakan kabel.
Arunasalam juga mencadangkan supaya lebih banyak aktiviti diadakan di Bukit Bendera termasuk kursus ataupun perkhemahan untuk pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan serta swasta.
"Malah program mendaki Bukit Bendera juga perlu dianjurkan seperti yang pernah diadakan sebelum ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.