KUALA LUMPUR: Wanita UMNO mencadangkan penyertaan warga pendidik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dibuka lebih luas kepada guru pelbagai kaum demi mengukuhkan perpaduan bangsa dan mewujudkan daya saing sihat dalam kalangan guru. Wakilnya, Datuk Norhayati Omar yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah, berkata jumlah guru bukan Cina di SJKC dan guru bukan India di SJKT sangat kecil sedangkan ada 1,291 SJKC dan 523 SJKT daripada keseluruhan 7,695 sekolah rendah di seluruh negara setakat Jun lalu.
“Bagaimanapun hanya 2,945 guru Melayu ditempatkan di SJKC dan SJKT di seluruh negara atau purata tidak sampai dua guru Melayu bagi setiap sekolah itu sedangkan bagi sekolah kebangsaan ada 33,707 guru bukan Melayu atau nisbahnya hampir enam orang bagi setiap sekolah,” katanya.
SuMber:BeRita Minggu..
Pada Pandangan Aku…-mang patut ditambah guru Melayu..sikit bebenor..dan kebanyakan guru2 Melayu pun lebih ingin berkhidmat dengan Sekolah Kebangsaan berbanding SJKC dan SJKT sebab diorang tahu peluang yg terhad disamping masalah nak sesuaikan diri dengan persekitaran dan pelajar2 dri bangsa lain..aku rasa mang patut amik byk guru diambil berkhidmat di SJKC or SJKT..barula timbul semangat 1 Malaysia..x gitu..n semangat berpuak-puak dapat dihakis sikit2 di kalangan pelajar kalau guru berbangsa Melayu yg mengajar.
Apa pun diharapkan lebih banyak peluang diberikan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.